Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini dikhaskan bagi membantu golongan pelajar yang berkeperluan untuk mereka melanjutkan pelajaran. Bantuan merupakan inisiatif bantuan di bawah Perbadanan Islam Johor bagi membantu pelajar-pelajar warga Johor atau mereka yang sudah lama menetap di Johor.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ
- Warganegara Malaysia
- Pemohon sudah menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun atau anak jati kelahiran negeri Johor
- Pendapatan ibu bapa pemohon tidak melebihi Rm4000 atau dalam lingkungan Rm4001-Rm5000 dengan syarat mempunyai tanggungan melebihi 5 orang ke atas
- Terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja
- Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon itu berada dalam tahun semester pertama sahaja
- Permohonan bantuan ini terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat
- Diploma
- Asasi
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ
Tarikh buka permohonan : 1 Ogos 2021
Tarikh tutup permohonan : 30 September 2021
JUMLAH BANTUAN
Kepada pemohon yang lulus permohonan bantuan pengajian tinggi PIJ dan menepati syarat-syarat yang telah diberikan, pemohon akan layak menerima :
- Peringkat Diploma Sepenuh Masa : RM 700
- Peringkat Ijazah Sepenuh Masa : RM1000
*Bantuan ini adalah secara one-off kepada pemohon yang lulus. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Perbadanan Islam Johor
DOKUMEN DAN PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen dibawah dan disertakan sekali bersama membuat permohonan :-
- Borang lengkap permohonan bantuan
- 1 Salinan kad pengenalan pemohon
- 1 Salinan surat beranak pemohon
- 1 Salinan kad pengenalan bapa pemohon
- 1 Salinan kad pengenalan ibu pemohon
- Salinan surat tawaran ke IPT
- Salinan slip pendapatan ibu/bapa/penjaga
- Salinan akaun bank
*Borang bantuan ini diedarkan secara percuma dan boleh didapati di pejabat PIJ atau muat turun di laman web PIJ (Klik Sini)
*Borang berkenaan haruslah mempunyai cop rasmi PIJ atau ia adalah cetakan rasmi
MAKLUMAT LANJUT
No Tel : +607 3369 200
No Faks : +607 3369 250
Alamat Emel : pij@pij.gov.my
Klik Sini untuk banyak lagi info permohonan dan bantuan pendidikan