Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024. Untuk makluman semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan naik ke darjah 1 pada tahun 2023 dan 2024, perndaftaran akan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Pendaftaran Murid Tahun 1

Untuk membuat pendaftaran secara atas talian, anda boleh terus ke pautan Kementerian Pendidikan Malaysia di [Klik Disini]

Untuk info anda, Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

Jika anda adalah pengguna baru, akan dikehendaki untuk membuat pendaftaran pengguna baru iaitu perlu didaftarkan dengan maklumat penjaga.

Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Dokumen Penting Yang Diperlukan

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

TARIKH PERMOHONAN

  1. Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  2. Tarikh Tutup : 30 April 2022
  3. Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  4. Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran tahun 1 2023/2024, anda boleh terus ke pautan untuk pegawai yang boleh dihubungi mengikut negeri dan daerah di [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi info berkenaan pendidikan dan semakan kelulusan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment