Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti senarai dibawah.Kepada sesiapa yang berminat bekerja di sektor Kerajaan dan swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga iaitu :
MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan : Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 KKM
Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
Nama Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia
Gaji : Minima RM 2,429 | Maksima RM 9,656
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 1 December 2021
SYARAT UTAMA LANTIKAN
Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 KKM adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41 KKM
Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)
DESKRIPSI JAWATAN
Deskripsi tugas Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 KKM adalah Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:
- Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
- Keselamatan dan kualiti makanan.
- Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
- Perundangan dan Penguatkuasaan
- Pengurusan dan analisis data
- Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
- Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
- Penyelidikan dan pembangunan
- Merancang program intervensi
Gaji, syarat lantikan, deskripsi tugas bagi jawatan ini melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia :[Klik Disini]
PERMOHONAN JAWATAN
Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 KKM dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :
Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup ikaln. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 1 Disember 2021 (Rabu), jam 11.59 malam.
Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda