Blog

  • ‘VOICE OF THE HEART’ Membawa Bersama Harapan untuk Rakyat Palestin

    ‘VOICE OF THE HEART’ Membawa Bersama Harapan untuk Rakyat Palestin

    Keperluan untuk penyelesaian yang mapan dan berkeadilan di Palestin menjadi semakin mendesak. Kehidupan rakyat Palestin tidak boleh terus menjadi tawanan konflik yang berterusan. Komuniti antarabangsa perlu bersatu untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan dan menghormati hak asasi manusia bagi mengembalikan keamanan dan keadilan di wilayah tersebut.

    Tidak hanya itu, ramai umat islam yang telah terkorban. Krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah, dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan. 

    Bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, syarikat pengurusan acara CS Excellent tampil menganjurkan persembahan ‘Voice Of The Heart Concert’ yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam, pada 7 Mac 2024 depan.

    Menariknya, ‘Voice Of The Heart Concert’ menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera dan Ernie Zakri.

    Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar berkata, tujuan dan matlamat utama ‘Voice Of The Heart Concert’ ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di Palestin yang amat memerlukan bantuan. Antara bantuan seperti Makanan, Tempat Tinggal, Perubatan dan Infrastruktur. Tidak lupa juga kepada Persatuan Artis Veteren Malaysia dan Pertubuhan Limpahan Kasih (Anak-Anak Yatim dan Asnaf). ‘Kita tahu, mereka ini juga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama. Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka dan dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki Bersama. Pendek kata, sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh.’

     

    “Voice Of The Heart Concert’ ini adalah persembahan kedua terbesar yang kami anjurkan. Sebelum ini kami turut menjalankan acara sama iaitu Rhythm Of Legends Live In Concert di Plenary Hall KLCC membabitkan barisan penyanyi tersohor negara antaranya Dato’ Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emees dan ramai lagi. Sepanjang hampir enam tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” katanya.

    Berkongsi mengenai pemilihan artis, Marinatasha mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian mereka menerima tawaran bagi menjayakan persembahan amal itu,

    “Sebelum ini ada ramai artis lain juga yang kami jemput untuk terbabit sama, tapi hanya yang tersenarai ini saja yang berkelapangan untuk persembahan ini. Mereka juga berminat untuk sama-sama terbabit bagi membantu dan beramal.

    “Dari segi persembahan, pihak penganjur telah menetapkan konsep persembahan perjuangan dan kedamaian selaras dengan tujuan persembahan ini. Jadi, selain lagu popular, mereka juga turut menyampaikan beberapa buah lagu ditujukan khas buat Palestin dalam persembahan Istimewa nanti,” katanya.

    Menurut Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

    Dalam masa sama, Marinatasha mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekaligus boleh berhibur dan memberi sumbangan. Dengan bantuan ini, kita sedaya upaya membantu golongan Keluarga Syuhada dan Keluarga Miskin di sana. Ayuh berdoa dan menyumbang sebagai tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin.

     

    “Sebelum ini, saya juga bersama Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) terbabit dalam beberapa program amal. Malah, saya bersama seorang lagi Pengarah Urusan CS Excellent iaitu Qhal Mustaffa memang aktif menjalankan kerja sukarelawan. Jadi, apabila berlaku krisis kemanusiaan ini dapat dilihat bahawa masyarakat di Gaza telah hilang segala-galanya.

    “Apabila mendapat peluang, itu yang kami merancang untuk mengadakan persembahan amal berkonsepkan konsert. Macam dikatakan tadi, ia bertujuan untuk berkongsi rezeki. Tak banyak sikit, apa yang penting hasilnya nanti dapat memberi manfaat kepada pihak yang memerlukan.

    Kami daripada CS Excellent dan seluruh warga kerja ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik. Kami juga berterima kasih kepada Mr Ahmad Jeoffrey Aladib dari Malaysia International Franchise Sdn. Bhd selaku penaja rasmi makanan dan minuman (1901 HotDog) di majlis Sidang Media Voice Of The Heart Concert (VOTH) pada 4 Januari 2024 bertempat di Urbanhive dan pada hari konsert yg akan berlangsung pada 7 Mac 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

    “Kepada pembeli tiket, mereka bukan saja boleh berhibur tapi juga beramal. Justeru, kami turut mengalu-alukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” katanya.

     

    Berikut harga tiket menyaksikan ‘Voice Of The Heart Concert’:

    VIP Box : RM5,000.00

    Black Team (Seated) : RM399.00

    Red Team (Seated) : RM299.00

    Green Team (Seated) : RM199.00

    White Team (Standing) : RM 99.00

    Meet & Greet – Add on : RM150.00

  • BERGSON DI MATA DUNIA

    BERGSON DI MATA DUNIA

    Menurut data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS), Bergson da Silva berada di kedudukan ke-12 sebagai penjaring terbanyak dunia pada 2023.

     

    Pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson, berusia 32 tahun, telah bermain untuk JDT sejak 2022 dan setakat ini merupakan penyerang paling prolifik dalam Liga Malaysia (Liga-M).

     

    Pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan 21 gol dalam Liga Super, 14 dalam pertandingan piala domestik dan empat dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL).  mypermohonan.com

  • WAYNE ROONEY IS FIRED

    WAYNE ROONEY IS FIRED

    MANAGER: An unlucky start to the new year 2024 for former Manchester United legend Wayne Rooney following his sacking as Birmingham City manager after just less than 3 months in charge of the club.

     

    Wayne Rooney was very sad and shocked to receive his dismissal at the beginning of the new year 2024.

     

    At the same time, the football legend criticized the lack of time given to him to form the best team while with St Andrew.

     

    The team managed by the 38-year-old former England captain and Manchester United star have lost nine of their 15 games with yesterday’s 3-0 defeat against Leeds being his ninth and final defeat as manager of the club.

  • Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

    Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

    Pada 2 Januari 2024, filem epik “Pendekar Awang Darah Indera Gajah” terbitan Studio Kembara bakal menggegarkan pawagam-pawagam seluruh negara bermula 11 Januari 2024! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan perdana yang mendebarkan ini!

    Sukacita juga dimaklumkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah sudi mencemar duli untuk menyaksikan tayangan perdana ini di GSC IOI Citi Mall, Putrajaya pada hari ini. Atas kesudian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ini kami merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ke Bawah Duli Tuanku.

    Filem ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon terkenal dan yang sedang meningkat naik. Dengan barisan pelakon yang mantap serta kandungan cerita yang menarik ini Studio Kembara berharap ia dapat menghiburkan para penonton.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini konsep hiburan Studio Kembara adalah menyajikan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga. Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda. Filem kali ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanahair.

    Mengesyorkan seluruh rakyat Malaysia untuk datang menonton beramai-ramai bersama keluarga. Filem ini mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menghibur sambil menyuntik inspirasi kepada seluruh lapisan penonton lelaki dan wanita. InshaALLAH.

     

  • WELCOME JALIL ELIAS

    WELCOME JALIL ELIAS

     

     

    TRANSFER: On Wednesday, Johor Darul Ta’zim (JDT) formally introduced 27-year-old Syrian Jalil Elias, who had previously competed in the Argentine league, as a new acquisition for the Southern Tigers team.

     

    JDT made the announcement via a video that was posted to Johor Southern Tigers’ official Facebook page.

     

    The 27-year-old central midfielder can, in the opinion of His Majesty, who is also the Tunku Mahkota Johor (TMJ), add more balance and strength to the South Tigers’ midfield.

     

    With the discharge of several imports this season, notably Diogo Luis Santo and Leandro Velazquez, Elias will satisfy the import requirement for the Southern Tigers.

     

    Jalil Elias is now the most expensive player in the Malaysian League (M-League) reaching a value of 3 million Euros (RM15.2 million).