Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

rsz main poster scm

Pada 2 Januari 2024, filem epik “Pendekar Awang Darah Indera Gajah” terbitan Studio Kembara bakal menggegarkan pawagam-pawagam seluruh negara bermula 11 Januari 2024! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan perdana yang mendebarkan ini!

Sukacita juga dimaklumkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah sudi mencemar duli untuk menyaksikan tayangan perdana ini di GSC IOI Citi Mall, Putrajaya pada hari ini. Atas kesudian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ini kami merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ke Bawah Duli Tuanku.

rsz dsc03946

Filem ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon terkenal dan yang sedang meningkat naik. Dengan barisan pelakon yang mantap serta kandungan cerita yang menarik ini Studio Kembara berharap ia dapat menghiburkan para penonton.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini konsep hiburan Studio Kembara adalah menyajikan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga. Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda. Filem kali ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanahair.

Mengesyorkan seluruh rakyat Malaysia untuk datang menonton beramai-ramai bersama keluarga. Filem ini mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menghibur sambil menyuntik inspirasi kepada seluruh lapisan penonton lelaki dan wanita. InshaALLAH.

IMG 20240102 165235 1

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment