Blog

  • SINGLE TERBAHARU ELLY MAZLEIN BERJUDUL ‘SAYAP’

    SINGLE TERBAHARU ELLY MAZLEIN BERJUDUL ‘SAYAP’

    Artis Malaysia yang serba boleh, Elly Mazlein, Selepas hampir 17 tahun, membuat persembahan dan terbang tinggi dengan single terbaru berjudul ‘SAYAP’, terbitan label muzik tempatan yang berpengaruh, Rocketfuel Entertainment. Bermula pada 25 Januari 2024, jam 12 tengah hari, Elly Mazlein (Saluran 111) akan menganjurkan acara (pop-up) secara eksklusif untuk pengguna Astro. Peminat dan pendengar muzik boleh mula mendengar lagu dan menonton video muzik tempatan ‘SAYAP’

    Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.

    Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik. Bersempena dengan pelancaran lagu ‘SAYAP’ ini, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama- sama meraikan karya terbaharu Elly Mazlein menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

    Elly Mazlein (Saluran 111) bakal bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro. Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan. Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak.

    Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa ini. “Saya sangat gembira berkongsi ‘SAYAP’ dengan para peminat setelah sekian lama berada di dalan industry muzik tempatan. Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat. Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!”

    Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

    Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘SAYAP’ bersama Elly Mazlein telah diadakan pada 24 Januari 2024, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

  • Program Muzikal Yang Bertujuan Untuk Membantu Insan-Insan Kurang Bernasib Baik Dalam Kembara Showcase Amal Jiwa Kita

    Sebuah Program dari cetusan seorang Aktivis Seni yang juga merupakan seorang Pelakon filem, pengacara TV, penyanyi Dan merupakan penyandang anugerah penyiar versatile terbaik SERI Angkasa 2005 semasa bertugas Bersama radio(klfm) dan TV RTM, Beliau Adalah Ybhg Dato’Syaiful Bahrim atau dikenali dangan Dj Pool.

    Program ini mula di aktifkan pada tahun 2006 ketika Beliau masih Bersama Klfm dengan program yang dinamakan DARI KUALA LUMPUR KE GAZA.

    Sehingga sekarang Beliau mengujudkan pula program ini dengan Skala yang lebih Proaktif,di bawah Pertubuhan Persahabatan Pengiat Seni selangor atau PERSIS.

    Program ini juga Turut didokong oleh pengerusi PERSIS Tuan Raimie dan Majlis Penasihat PERSIS Tuan Hj Halim Bin Redzuan.

    Program ini juga menerima sokongan yang baik dari jabatan Perdana Menteri yang bersetuju untuk diperluaskan lagi program ini ke seluruh Malaysia dengan Tajuk KEMBARA SHOWCASE AMAL MADANI JIWA MALAYSIA yang mana pada Tarikh 16/1/2024 Yang lalu program KEMBARA ini telah diadakan di sebuah Restoran Tumpuan RESTORAN SUP DAN AYAM KAMPUNG BERAPI MERU.Program AMAL yang turut di hadiri oleh Artis2 popular Tanah air Dan Dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Mariam Binti Abdul Rashid Wakil Rakyat  N42 MERU.

    Program Amal ini turut dibarisi oleh Pengiat-Pengiat Muzik berbakat yang beraksi setiap Hari di venue-venue Tumpuan antaranya Pasaraya NSK, Super7 juga food stations Seperti SAFA FOOD HUB ANTARABANGSA, MERU PORT, CAFÉ WONG JOWO, D. LERENG CAFÉ DLL.

    Tahun 2024 misi mereka adalah merancang memperluaskan program Amal ini keseluruh Malaysia bermula di selatan Tanah air pada 26/1/2024 dan seterusnya ke negeri2 Lain termasuk Sabah dan Sarawak.

  • BANGLO SEKSYEN 12 DICIPTA KHUSUS UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INDUSTRI FILEM TEMPATAN.

    Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12, hasil terbitan pertama Intan Ladyana yang dicipta khusus untuk memberi sokongan kepada industri filem tempatan, dijadualkan akan berlangsung pada 25 Januari 2024. Intan Ladyana, seorang pelakon yang telah memperoleh pengiktirafan melalui penampilannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci, kini mengambil peranan utama dalam filem ini, yang dijangka akan mengagumkan peminatnya.

    Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.

    Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air sepertiIntan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

    Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

    Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.

  • Adi Priyo, Pelancaran Sebuah Lagu Berjudul Wahdinii “Berilah Petunjuk”

    Adi Priyo, Pelancaran Sebuah Lagu Berjudul Wahdinii “Berilah Petunjuk”

    Komposer dan penerbit yang digelar Adi Priyo (Adi 6ixth Sense) tidak asing lagi dengan namanya dalam industri, Adi mencipta lagu baru berjudul Wahdinii yang bermaksud Berilah Petunjuk.

    Adi Priyo sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama.Selain itu,lagu-lagu hits dari 6ixthsense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.

    Wahdinii merupakan pengeluar baju “muslim wear” bersama rakan urusniaga bersama iaitu Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu tema Wahdinii ini.Puan Faridah juga melaksanakan hasrat Arwah suaminya yang tidak kesampaian sebelum ini.

    Adi 6ixthsense dipilih disebabkan kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu.Lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodi yang sangat mudah diikuti di susunkan seperti irama padang pasir.

    Hasil perbincangan semua pihak yang di terajui En Zell Sazalie selaku komunikasi strategik,sebulat suara untuk mengambil penyanyi Azmi Saat Caliph Buskers sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk lagu ini.

    Wahdinii mempunyai maksud dalam bahasa Melayu iaitu Berilah Petunjuk ⁠ dimana semua manusia di muka bumi ini memerlukan Petunjuk untuk mencapai kejayaan.Alhamdulillah lagu ini telah dapat di siapkan dan sekaligus Puan Faridah dan Puan Emma terus terpikat untuk menaja Adi & Azmi untuk keluaran Muslim Wear Wahdinii keluaran 2024 ini.

  • Muda Mudi Bersama “Subang”

    Muda Mudi Bersama “Subang”

    Sebagai seorang kerjaya ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin yang memahami pelbagai lapisan masyarakat, daripada golongan muda sehinggalah golongan tua. Beliau memilih platform muzik hip-hop bagi memudahkan proses pendekatan yang diambil dalam khusus untuk golongan muda.

    Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal tahun lalu, Fariz Hazurin meneruskan kolaborasi bersama Fhan dengan single terbaharu bertajuk Subang pula; deklarasi apresiasinya kepada tempat beliau menyumbang jasa selama ini.

    Bagi Fariz Hazurin, menjadi rapping politician membuatkan dia lebih mudah mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati anak muda.

    “Setiap genre muzik ada karakternya yang tersendiri dan melalui hip hop, setiap tempo, nada dan patah liriknya memberi peringatan dan pesanan kepada orang ramai.

    “Ini cara saya mendekati orang muda. Saya lihat genre ini dekat dengan hati dan jiwa anak muda,” katanya yang gembira dengan kolaborasinya bersama Fhan, rapper yang disifatkan mempunyai cita rasa sepunya.

    Single Subang sudah dilancarkan di platform penstriman digital sejak 22 Disember lalu dan sehingga kini telah dimainkan lebih 2,000 kali.

    Pada 13 Januari ini, video muzik rasminya pula akan dilancarkan di saluran Universal Music Malaysia.

    Bagi Fariz Hazurin, Subang merupakan sebuah bandar hype yang menjadi pilihan ramai anak muda untuk mengisi masa terluang.

    “Subang ada semua yang anak mudah mahukan,” katanya.

    Nada sama turut disuarakan Fhan yang melihat Subang sebagai bandar dengan identity tersendiri, menjadikan ia unik dan menarik.

    “Kami harap lagu Subang ini boleh menjadi anthem untuk anak muda yang menjadikan Subang sebagai tempat lepak, tempat mencari rezeki atau tempat melalui pengalaman suka dan duka sekalipun,” katanya.

    Selain sebagai rapper, Fhan atau nama sebenarnya Farhan Alias juga merupakan seorang ahli perniagaan, menjadikan kolaborasinya bersama Fariz Hazurin sangat unik.

    Bangkit dan yang terkini, Subang, mempertemukan dua rapper dengan latar belakang berbeza, namun punya kesefahaman yang padu.

    “Kami masing-masing ada pengalaman yang boleh diguna pakai dalam industri muzik,” katanya.

    Dengan pelancaran Subang, orang ramai tahu nak cari Fariz Hazurin dan Fhan dekat mana.

    “DEKAT SUBANG!”