Blog

  • Status & Tarikh Pembayaran i-Citra

    Status & Tarikh Pembayaran i-Citra

    i-Citra. Masih ramai yang tertanya-tanya dan keliru terhadap status dan Tarikh pembayaran i-Citra selepas ia diperkenalkan  awal Jun lalu. Sama seperti  i-Sinar, bayaran akan diberikan mengikut kategori dan tarikh kelulusan setiap pencarum KWSP yang memohon.

    Oleh yang demikian, kami akan berikan sedikit sebanyak info untuk anda berkenaan status dan tarikh pembayaran i-Citra :

    TARIKH PEMBAYARAN i-Citra

    Pembayaran adalah bermula pada 1 September 2021 dan ia akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk proses kemasukan kredit ke akaun bank setiap pencarum yang memohon. Ia juga bergantung kepada prosedur bank yang berbeza.

    Seperti sedia maklum, jadual bulanan untuk pembayaran i-Citra sama seperti i-Sinar. Pembayaran bulan kedua adalah sama seperti tarikh pembayaran yang pertama. Begitu juga tarikh pembayaran seterusnya.

    Sekiranya pembayaran lambat, kemasukan kredit amaun ke akaun penerima akan dibuat sekurang-kurangnya maksimum 2 minggu atau sebelum tarikh akhir bulan tersebut.

    STATUS PEMBAYRAN I-CITRA

    Semakan status permohonan dan pembayaran boleh dibuat melalui laman web i-Citra ataupun i-Akaun :

    i-Citra : https://icitra.kwsp.gov.my/

    i-Akaun : https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

    MAKLUMAT LANJUT :

    Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut mengenai i-Citra, anda boleh hubungi :

    Hotline i-Citra : 03-8922 4848

    ELYA Live Chat melalui  https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

    Klik Sini untuk lebih lagi info bantuan dan permohonan