Status & Tarikh Pembayaran i-Citra

i-Citra. Masih ramai yang tertanya-tanya dan keliru terhadap status dan Tarikh pembayaran i-Citra selepas ia diperkenalkan  awal Jun lalu. Sama seperti  i-Sinar, bayaran akan diberikan mengikut kategori dan tarikh kelulusan setiap pencarum KWSP yang memohon.

Oleh yang demikian, kami akan berikan sedikit sebanyak info untuk anda berkenaan status dan tarikh pembayaran i-Citra :

TARIKH PEMBAYARAN i-Citra

Pembayaran adalah bermula pada 1 September 2021 dan ia akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk proses kemasukan kredit ke akaun bank setiap pencarum yang memohon. Ia juga bergantung kepada prosedur bank yang berbeza.

icitra mypermohonan

Seperti sedia maklum, jadual bulanan untuk pembayaran i-Citra sama seperti i-Sinar. Pembayaran bulan kedua adalah sama seperti tarikh pembayaran yang pertama. Begitu juga tarikh pembayaran seterusnya.

Sekiranya pembayaran lambat, kemasukan kredit amaun ke akaun penerima akan dibuat sekurang-kurangnya maksimum 2 minggu atau sebelum tarikh akhir bulan tersebut.

STATUS PEMBAYRAN I-CITRA

Semakan status permohonan dan pembayaran boleh dibuat melalui laman web i-Citra ataupun i-Akaun :

i-Citra : https://icitra.kwsp.gov.my/

i-Akaun : https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut mengenai i-Citra, anda boleh hubungi :

Hotline i-Citra : 03-8922 4848

ELYA Live Chat melalui  https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Klik Sini untuk lebih lagi info bantuan dan permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Status & Tarikh Pembayaran i-Citra" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment