Blog

  • Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40

    Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40

    Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40. Dalam usaha memastikan diri dan Keluarga Malaysia bebas daripada jangkitan Covid-19, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

    Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan medianya pada 19 September yang lalu, Pakej Penjagaan Covid-19 ini dirangka sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik Covid-19.

    PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC)

    Untuk pengetahuan anda, PPC merupakan inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

    Pek Penjagaan Covid-19 Untuk B40

    CARA PERMOHONAN

    Untuk PPC ini, TIADA PERMOHONAN diperlukan kerana pemberian bantuan ini berdasarkan data BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR2021)

    CARA SEMAKAN PPC DI DALAM DATA BPR

    Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 ini.

    Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR di [Klik Disini]

    1. Klik Log Masuk
    2. Masukkan Nombor MyKad
    3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    4. Masukkan kata laluan
    5. Klik Menu Semakan Status
    6. Maklumat yang akan dipaparkan
      1. Status Permohonan
      2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

    TARIKH PERLAKSANAAN PAKEJ PPC

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantarannya di Facebook pada 30 November yang lalu memaklumkan Pakej Penjagaan COVID-19 dalam proses penghantaran pada Keluarga Malaysia B40

    Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

    Pos Malaysia akan uruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

    SENARAI PAKEJ PPC

    Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

    • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
    • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
    • 1 pulse oximeter;
    • 1 termometer; serta
    • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

    Senarai Bantuan PPC

    KLIK DISINI untuk lagi info semakan dan permohonan untuk anda

  • Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional

    Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional

    Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional. TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

    Lantikan secara kontrak untuk menjadi Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja dan tugas sebagai pegawai Shariah dalam urusan Tadbir Urus Syariah (Sharia Governance) dan Semakan & Pematuhan Shariah (Shariah Review & Compliance).

    TEKUN Nasional telah membuka peluang kerjaya ini dan mempelawa semua warganegara yang layak untuk memohon jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional (Syariah)

    Lokasi Jawatan : Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

    Nama Majikan : TEKUN Nasional

    Gaji : Minima RM 2,000| Maksima RM 2,499

    Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional ini adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PEGAWAI EKSEKUTIF DI TEKUN NASIONAL

    Untuk menyandang jawatan ini, pemohon haruslah mempunyai syarat lantikan penting seperti :

    1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree)
      ATAU
    2. Diploma dalam bidang berikut:
      – Shariah (Fiqh & Usul)
      – Muamalat
      – Kewangan Islam
      – Perbankan Islam
      – Ekonomi Islam

    DESKRIPSI TUGAS

    1. Sebagai seorang Pegawai Eksekutif Shariah, objektif tugas calon adalah untuk memastikan instrument dan perniagaan yang dijalankan oleh TEKUN Nasional adalah mematuhi prosedur kawalan dalaman dan berlandaskan hukum syarak.
    2. Memastikan pematuhan dengan Prosedur Kawalan Dalaman (SOP) yang telah ditetapkan dengan memeriksa rekod, laporan, amalan operasi dan dokumentasi.
    3. Mengesyorkan dasar dan prosedur baru
    4. Menyampaikan penemuan audit dengan menyediakan laporan akhir, membincangkan penemuan kepada Jabatan Shariah serta pihak Pengurusan TEKUN Nasional
    5. Memenuhi keperluan undang-undang negara, negeri, dan syarikat dengan mengkaji undang-undang keselamatan sedia ada dan baru, menguatkuasakan pematuhan kepada keperluan.
    6. Menasihati pengurusan mengenai tindakan susulan yang diperlukan bagi mencegah dan memperbaiki penemuan audit
    7. Menyediakan laporan audit dan kawalan khas dengan mengumpulkan, menganalisis, dan meringkaskan maklumat operasi dan trend
    8. Mempunyai pengetahuan asas dan teknikal mengenai sektor kewangan, terutamanya dengan prosedur kutipan, pinjaman & pengurusan kewangan

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk membuat permohonan jawatan ini, pemohon perlu ke pautan “MYFutureJobs” [Klik Disini]

    Sebelum memohon jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional ini, pemohon perlulah log masuk terlebih dahulu.

    Setelah log masuk selesai, pemohon boleh memohon jawatan di atas dengan menghantar ‘Resume’ hasil tangan sendiri dan bukan ‘summary resume MYFutureJobs’

    Diingatkan supaya pemohon perlu meletakkan gambar berukuran passport di Resume yang dihantar

    Setiap ‘resume’ akan dinilai melalui maklumat pendidikan, skill dan semua kemahiran yang pemohon ada untuk menyandang jawatan ini.

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • Jawatan Kosong Di JPJ Seluruh Negara

    Jawatan Kosong Di JPJ Seluruh Negara

    Jawatan Kosong Di JPJ Seluruh Negara. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebanyak 220 peluang kerjaya. Maklumat jawatan adalah seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
    2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia

    Nama Majikan : Jabatan Pengangkutan Jalan

    Gaji : Minima RM 1,362| Maksima RM 4,052

    Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan kosong di JPJ ini adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI JPJ

    Untuk Jawatan Kosong Di JPJ, pemohon perlu memenuhi syarat lantikan jawatan seperti dibawah :

    Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

    1. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.Atau
    2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)* dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. Atau
    3. SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Atau
    4. SPM serta SKM Tahap 3*** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    *Bidang Kursus SVM

    • Teknologi Automotif

    **Bidang SKM Tahap 2

    • Mekanik Kenderaan Motor
    • Mekanik Kenderaan Perdagangan
    • Juruteknik Kenderaan Motor
    • Servis Dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan

    ***Bidang SKM Tahap 3

    • Mekanik Kenderaan Motor
    • Juruteknik Kenderaan Perdagangan
    • Juruteknik Kanan Kenderaan

    Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

    1. Bekas Anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya Berpangkat Konstabel Atau Prebet atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. Atau
    2. SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2* dalam bidang berkaitan dan memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Atau
    3. SPM serta SKM Tahap 3** dalam bidang berkaitan dan memiliki Kepujian ( Sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Atau
    4. Memenuhi syarat ukuran fizikal dan panaindera sperti dinyatakan dalam ksim perkhidmatan.

    *Bidang SKM Tahap 2

    • Mekanik Kenderaan Motor
    • Mekanik Kenderaan Perdagangan
    • Juruteknik Kenderaan Motor
    • Servis Dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan

    **Bidang SKM Tahap 3

    • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas)
    • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi)
    • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Barangan
    • Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan kosong di JPJ dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :

    Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]

    Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan kosong di JPJ ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

    Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 12 Disember 2021.

    Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

  • Apa Itu Varian Omicron COVID-19

    Apa Itu Varian Omicron COVID-19

    Apa Itu Varian Omicron COVID-19. Orang ramai di seluruh dunia bimbang tentang varian Omicron COVID-19 yang telah mula merebak dengan pantas dan lebih merbahaya dari varian-varian sebelum ini.

    VARIAN OMICRON COVID-19

    Varian Omicron bagi COVID-19 atau nama saintifik nya VIRUS B.1.1.529 telah dipanggil sebagai varian kebimbangan oleh WHO berdasarkan bukti bahawa ia mempunyai beberapa mutasi yang mungkin memberi kesan kepada cara ia berkelakuan. Masih terdapat ketidakpastian yang ketara mengenai Omicron dan banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk menilai risiko penularan, keterukan dan jangkitan semulanya.

    What we know about the Omicron COVID-19 variant so far

    Varian baharu seperti Omicron adalah peringatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Oleh itu, adalah penting untuk orang ramai mendapatkan vaksin apabila tersedia untuk mereka dan terus mengikuti nasihat sedia ada untuk mencegah penyebaran virus, termasuk penjarakan fizikal, memakai topeng, kerap mencuci tangan dan memastikan kawasan dalam rumah mempunyai pengudaraan yang baik.

    VAKSIN COVID-19 BERKESAN TERHADAP VARIAN OMICRON?

    Penyelidik sedang mengkaji sebarang potensi kesan varian Omicron terhadap keberkesanan vaksin COVID-19. Walaupun maklumat masih terhad, WHO percaya andaian munasabah bahawa vaksin yang tersedia pada masa ini menawarkan beberapa perlindungan terhadap penyakit yang teruk dan kematian.

    Ia juga penting untuk divaksinasi untuk melindungi daripada varian lain yang beredar secara meluas, seperti Delta one. Apabila tiba giliran anda, pastikan anda mendapat vaksin. Jika vaksinasi anda melibatkan dua dos, adalah penting untuk menerima kedua-duanya untuk mendapat perlindungan maksimum.

    BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN OMICRON COVID-19?

    Unutk mencegah penularan wabak Omicron Covid-19 ini memerlukan beberapa langkah penting untuk mengelakkan anda dan keluarga dijangkiti seperti :

      1. Pakai topeng yang menutup hidung dan mulut anda
      2. Pastikan tangan anda bersih apabila anda memakai dan tanggalkan topeng anda.
      3. Jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
      4. Elakkan ruang pengudaraan yang buruk atau sesak.
      5. Buka tingkap untuk meningkatkan pengudaraan di dalam rumah.
      6. Basuh tangan anda dengan kerap.
      7. Apabila tiba giliran anda, dapatkan vaksin. Vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh WHO adalah selamat dan berkesan.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Varian Omicron COVID-19, Anda boleh terus ke laman web rasmi UNICEF di pautan [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi, semakan dan permohonan untuk anda.

  • BKC Fasa 3 Pada Disember 2021

    BKC Fasa 3 Pada Disember 2021

    BKC Fasa 3 Pada Disember 2021. Pembayaran BKC fasa kedua telahpun selesai. Kini tiba pula pembayaran BKC fasa 3. Untuk pembayaran BKP Fasa 3 Disember ini, kategori B40 akan menerima bayaran mengikut jadual dan jumlah yang telah ditetapkan.

    BKC FASA 3 PADA DISEMBER 2021

    Pada fasa sebelum ini, hanya kategori miskin sahaja yang akan menerima bayaran. Berbeza bagi fasa yang terakhir ini, ataupun fasa 3. Bantuan dan bayaran kepada kategori isi rumah kategori miskin dan B40.

    BKC fasa 3 dijangka akan dibayar kepada semua penerima pada bulan Disember 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan pada masa terdekat.

    JADUAL DAN JUMLAH BAYARAN BKC FASA 3 PADA DISEMBER 2021

    bkc fasa 3

    Daripada jadual di atas, dapat kita simpulkan bahawa pembayaran adalah untuk mereka yang;

    • Isi rumah miskin : Bayaran RM300
    • Isi rumah B40: Bayaran RM300

    Seramai 3.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada pembayaran BKC fasa 3. Mereka adalah dari golongan B40 dan miskin yang berkerluarga.

    SEMAKAN STATUS BKC FASA 3

    Untuk membuat semakan status bkc fasa 3 pada Disember 2021 ini adalah dengan melayari portal rasmi di [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi berkaitan semakan dan permohonan untuk anda.