Blog

  • Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional

    Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional

    Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional. TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

    Lantikan secara kontrak untuk menjadi Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja dan tugas sebagai pegawai Shariah dalam urusan Tadbir Urus Syariah (Sharia Governance) dan Semakan & Pematuhan Shariah (Shariah Review & Compliance).

    TEKUN Nasional telah membuka peluang kerjaya ini dan mempelawa semua warganegara yang layak untuk memohon jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional (Syariah)

    Lokasi Jawatan : Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

    Nama Majikan : TEKUN Nasional

    Gaji : Minima RM 2,000| Maksima RM 2,499

    Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional ini adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PEGAWAI EKSEKUTIF DI TEKUN NASIONAL

    Untuk menyandang jawatan ini, pemohon haruslah mempunyai syarat lantikan penting seperti :

    1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree)
      ATAU
    2. Diploma dalam bidang berikut:
      – Shariah (Fiqh & Usul)
      – Muamalat
      – Kewangan Islam
      – Perbankan Islam
      – Ekonomi Islam

    DESKRIPSI TUGAS

    1. Sebagai seorang Pegawai Eksekutif Shariah, objektif tugas calon adalah untuk memastikan instrument dan perniagaan yang dijalankan oleh TEKUN Nasional adalah mematuhi prosedur kawalan dalaman dan berlandaskan hukum syarak.
    2. Memastikan pematuhan dengan Prosedur Kawalan Dalaman (SOP) yang telah ditetapkan dengan memeriksa rekod, laporan, amalan operasi dan dokumentasi.
    3. Mengesyorkan dasar dan prosedur baru
    4. Menyampaikan penemuan audit dengan menyediakan laporan akhir, membincangkan penemuan kepada Jabatan Shariah serta pihak Pengurusan TEKUN Nasional
    5. Memenuhi keperluan undang-undang negara, negeri, dan syarikat dengan mengkaji undang-undang keselamatan sedia ada dan baru, menguatkuasakan pematuhan kepada keperluan.
    6. Menasihati pengurusan mengenai tindakan susulan yang diperlukan bagi mencegah dan memperbaiki penemuan audit
    7. Menyediakan laporan audit dan kawalan khas dengan mengumpulkan, menganalisis, dan meringkaskan maklumat operasi dan trend
    8. Mempunyai pengetahuan asas dan teknikal mengenai sektor kewangan, terutamanya dengan prosedur kutipan, pinjaman & pengurusan kewangan

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk membuat permohonan jawatan ini, pemohon perlu ke pautan “MYFutureJobs” [Klik Disini]

    Sebelum memohon jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional ini, pemohon perlulah log masuk terlebih dahulu.

    Setelah log masuk selesai, pemohon boleh memohon jawatan di atas dengan menghantar ‘Resume’ hasil tangan sendiri dan bukan ‘summary resume MYFutureJobs’

    Diingatkan supaya pemohon perlu meletakkan gambar berukuran passport di Resume yang dihantar

    Setiap ‘resume’ akan dinilai melalui maklumat pendidikan, skill dan semua kemahiran yang pemohon ada untuk menyandang jawatan ini.

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • Jawatan Kosong Di JPJ Seluruh Negara

    Jawatan Kosong Di JPJ Seluruh Negara

    Jawatan Kosong Di JPJ Seluruh Negara. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebanyak 220 peluang kerjaya. Maklumat jawatan adalah seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
    2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia

    Nama Majikan : Jabatan Pengangkutan Jalan

    Gaji : Minima RM 1,362| Maksima RM 4,052

    Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan kosong di JPJ ini adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI JPJ

    Untuk Jawatan Kosong Di JPJ, pemohon perlu memenuhi syarat lantikan jawatan seperti dibawah :

    Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

    1. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.Atau
    2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)* dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. Atau
    3. SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Atau
    4. SPM serta SKM Tahap 3*** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    *Bidang Kursus SVM

    • Teknologi Automotif

    **Bidang SKM Tahap 2

    • Mekanik Kenderaan Motor
    • Mekanik Kenderaan Perdagangan
    • Juruteknik Kenderaan Motor
    • Servis Dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan

    ***Bidang SKM Tahap 3

    • Mekanik Kenderaan Motor
    • Juruteknik Kenderaan Perdagangan
    • Juruteknik Kanan Kenderaan

    Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

    1. Bekas Anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya Berpangkat Konstabel Atau Prebet atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. Atau
    2. SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2* dalam bidang berkaitan dan memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Atau
    3. SPM serta SKM Tahap 3** dalam bidang berkaitan dan memiliki Kepujian ( Sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Atau
    4. Memenuhi syarat ukuran fizikal dan panaindera sperti dinyatakan dalam ksim perkhidmatan.

    *Bidang SKM Tahap 2

    • Mekanik Kenderaan Motor
    • Mekanik Kenderaan Perdagangan
    • Juruteknik Kenderaan Motor
    • Servis Dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan

    **Bidang SKM Tahap 3

    • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas)
    • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi)
    • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Barangan
    • Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan kosong di JPJ dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :

    Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]

    Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan kosong di JPJ ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

    Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 12 Disember 2021.

    Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

  • Apa Itu Varian Omicron COVID-19

    Apa Itu Varian Omicron COVID-19

    Apa Itu Varian Omicron COVID-19. Orang ramai di seluruh dunia bimbang tentang varian Omicron COVID-19 yang telah mula merebak dengan pantas dan lebih merbahaya dari varian-varian sebelum ini.

    VARIAN OMICRON COVID-19

    Varian Omicron bagi COVID-19 atau nama saintifik nya VIRUS B.1.1.529 telah dipanggil sebagai varian kebimbangan oleh WHO berdasarkan bukti bahawa ia mempunyai beberapa mutasi yang mungkin memberi kesan kepada cara ia berkelakuan. Masih terdapat ketidakpastian yang ketara mengenai Omicron dan banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk menilai risiko penularan, keterukan dan jangkitan semulanya.

    What we know about the Omicron COVID-19 variant so far

    Varian baharu seperti Omicron adalah peringatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Oleh itu, adalah penting untuk orang ramai mendapatkan vaksin apabila tersedia untuk mereka dan terus mengikuti nasihat sedia ada untuk mencegah penyebaran virus, termasuk penjarakan fizikal, memakai topeng, kerap mencuci tangan dan memastikan kawasan dalam rumah mempunyai pengudaraan yang baik.

    VAKSIN COVID-19 BERKESAN TERHADAP VARIAN OMICRON?

    Penyelidik sedang mengkaji sebarang potensi kesan varian Omicron terhadap keberkesanan vaksin COVID-19. Walaupun maklumat masih terhad, WHO percaya andaian munasabah bahawa vaksin yang tersedia pada masa ini menawarkan beberapa perlindungan terhadap penyakit yang teruk dan kematian.

    Ia juga penting untuk divaksinasi untuk melindungi daripada varian lain yang beredar secara meluas, seperti Delta one. Apabila tiba giliran anda, pastikan anda mendapat vaksin. Jika vaksinasi anda melibatkan dua dos, adalah penting untuk menerima kedua-duanya untuk mendapat perlindungan maksimum.

    BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN OMICRON COVID-19?

    Unutk mencegah penularan wabak Omicron Covid-19 ini memerlukan beberapa langkah penting untuk mengelakkan anda dan keluarga dijangkiti seperti :

      1. Pakai topeng yang menutup hidung dan mulut anda
      2. Pastikan tangan anda bersih apabila anda memakai dan tanggalkan topeng anda.
      3. Jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
      4. Elakkan ruang pengudaraan yang buruk atau sesak.
      5. Buka tingkap untuk meningkatkan pengudaraan di dalam rumah.
      6. Basuh tangan anda dengan kerap.
      7. Apabila tiba giliran anda, dapatkan vaksin. Vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh WHO adalah selamat dan berkesan.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Varian Omicron COVID-19, Anda boleh terus ke laman web rasmi UNICEF di pautan [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi, semakan dan permohonan untuk anda.

  • BKC Fasa 3 Pada Disember 2021

    BKC Fasa 3 Pada Disember 2021

    BKC Fasa 3 Pada Disember 2021. Pembayaran BKC fasa kedua telahpun selesai. Kini tiba pula pembayaran BKC fasa 3. Untuk pembayaran BKP Fasa 3 Disember ini, kategori B40 akan menerima bayaran mengikut jadual dan jumlah yang telah ditetapkan.

    BKC FASA 3 PADA DISEMBER 2021

    Pada fasa sebelum ini, hanya kategori miskin sahaja yang akan menerima bayaran. Berbeza bagi fasa yang terakhir ini, ataupun fasa 3. Bantuan dan bayaran kepada kategori isi rumah kategori miskin dan B40.

    BKC fasa 3 dijangka akan dibayar kepada semua penerima pada bulan Disember 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan pada masa terdekat.

    JADUAL DAN JUMLAH BAYARAN BKC FASA 3 PADA DISEMBER 2021

    bkc fasa 3

    Daripada jadual di atas, dapat kita simpulkan bahawa pembayaran adalah untuk mereka yang;

    • Isi rumah miskin : Bayaran RM300
    • Isi rumah B40: Bayaran RM300

    Seramai 3.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada pembayaran BKC fasa 3. Mereka adalah dari golongan B40 dan miskin yang berkerluarga.

    SEMAKAN STATUS BKC FASA 3

    Untuk membuat semakan status bkc fasa 3 pada Disember 2021 ini adalah dengan melayari portal rasmi di [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi berkaitan semakan dan permohonan untuk anda.

  • Jawatan Kosong Di CJ Century Logistic

    Jawatan Kosong Di CJ Century Logistic

    Jawatan Kosong Di CJ Century Logistic. CJ Century Logistic Sdn. Bhd telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk semua warganegara Malaysia untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. It Support
    2. Clerk, Customer Service
    3. Executive, Marketing

    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia

    Nama Majikan : CJ Century Sdn Bhd

    Gaji : (Sila Rujuk Iklan)

    Tarikh Tutup Permohonan : 29 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Jawatan Kosong Di CJ Century Logistic adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN KHUSUS JAWATAN KOSONG DI CJ CENTURY LOGISTIC

    IT SUPPORT

    1. Memiliki Diploma / Ijazah dalam bidang IT
    2. Minimum 2 tahun pengalaman kerja sokongan IT.
    3. Mampu mengkonfigurasi Sistem Pengendalian Windows – Windows 7 dan ke atas
    4. Biasa dengan kemahiran menyelesaikan masalah PC dan Rangkaian
    5. Pengetahuan asas tentang teknologi baharu – OS, OS Mudah Alih, Teknologi peranti pengimbasan
    6. Kemahiran interpersonal yang baik, sikap terhadap kerja, kemahiran komunikasi & cepat belajar
    7. Kemahiran pengurusan dokumen 2 jawatan sepenuh masa tersedia
    8. Bersedia bekerja di Bandar Bukit Raja & North Port, Port Klang.

    CLERK, CUSTOMER SERVICE

    1. Untuk memastikan semua dasar & peraturan syarikat dipatuhi pada setiap masa.
    2. Untuk memastikan semua laporan yang diperlukan dihantar tepat pada masanya.
    3. Untuk memastikan kemudahan syarikat yang diberikan & hartanah syarikat diselenggara dengan baik.
    4. Bahasa : English and Bahasa Malaysia

    EXECUTIVE, MARKETING

    1. Bertanggungjawab untuk mendapatkan pelanggan baharu, dan mengekalkan serta membangunkan akaun sedia ada.
    2. Memenuhi dan melepasi sasaran yang ditetapkan dari segi menyumbang dan menjana hasil kepada jabatan.
    3. Menjalankan dan melaporkan bilangan minimum petunjuk jualan yang ditetapkan oleh pengurusan dan mengubah sekurang-kurangnya mereka kepada perniagaan yang menjana pendapatan.
    4. Kenal pasti bakal pelanggan dan daftar peluang dalam Laporan Pelan Jualan & tanpa henti mengejar peluang sedemikian yang membawa kepada pendapatan untuk syarikat./li>
    5. Lawati akaun sedia ada secara kerap yang mengesahkan tahap perkhidmatan kami dan membangunkan aliran hasil baharu.
    6. Berunding dengan akaun mengikut garis panduan harga yang diberikan, mencari untuk memaksimumkan keuntungan.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk membuat permohonan jawatan kosong di CJ Century Logistic ini, boleh terus ke pautan yang disediakan :

    1. IT SUPPORT : [Klik Disini]
    2. CLERK, CUSTOMER SERVICE : [Klik Disini]
    3. EXECUTIVE, MARKETING : [Klik Disini]

    Isi maklumat yang diperlukan dan juga sertakan ‘resume’ anda sekali untuk sokongan.

    Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda