Blog

  • To promote Chinese movies on its streaming service, Tonton launches a campaign dubbed Tonton Wonton.

    To promote Chinese movies on its streaming service, Tonton launches a campaign dubbed Tonton Wonton.

    The premier streaming provider in Malaysia, Tonton, is happy to announce the launch of Tonton Wonton, a promotion for Chinese titles available on its platform.

    Tonton Wonton offers a wide range of Chinese titles in a variety of genres, including drama, romance, fantasy, and more. The campaign highlights the richness and diversity of Chinese content featured on Tonton, and it showcases the engaging storytelling and high-quality production that Chinese films have to offer. Some of the popular Chinese titles that are part of Tonton Wonton that are available on Tonton include the recently aired films “Second Chance” and “Deliveries.” 

    One of the upcoming highlights of the Tonton Wonton campaign is the film “Be Around You,” which will be exclusively available on Tonton starting on September 27th. This film stars Lynn and Miao and tells the story of a relationship transformation between a daughter and a mother-in-law.

    Tonton also has many more exciting releases in store for its viewers in the near future. The company is committed to continuously bringing forth a plethora of compelling Chinese titles, offering an extensive selection of films that cater to various tastes and preferences.

    Don’t miss this opportunity and join us in celebrating the beauty and allure of Chinese content through Tonton Wonton! Subscribe to Tonton today for as low as RM 9.90. Download the Tonton app through Google Play or the App Store, or visit www.tonton.com.my for the best entertainment experience. 

    Stay updated with the latest from Tonton on social media using the hashtag #Tonton and #TontonWonton. To get the latest information on your favorite shows, visit Tonton’s social media pages on Facebook, Twitter, TikTok, and Instagram, @tontonmy.  

  • KHAI BAHAR MENGHASILKAN LAGU ‘LAT TALI LAT’ BAGI MENYUNTIK SEMANGAT ANAK MUDA

    KHAI BAHAR MENGHASILKAN LAGU ‘LAT TALI LAT’ BAGI MENYUNTIK SEMANGAT ANAK MUDA

    Khai Bahar yang memenangi anugerah untuk Penyanyi Pilihan Alha Alfa di Anugerah Juara Lagu ke-37, terus berjuang dengan memberikan kelainan pada siri lagu yang pernah dibawakan sebelum ini dengan lagu genre pop, seperti yang dilihat oleh lagu terbarunya, “Lat Tali Lat,”.

    ‘Lat Tali Lat’ merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John ataupun lebih dikenali sebagai Bob Junior. Lirik yang dicipta oleh Khaleel membuatkan lagu ini lebih unik kerana ia dapat menyuntik semangat anak-anak muda pada masa sekarang untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden. Khai Bahar meletakkan sepenuh komitmen beliau yang membuatkan lagu ini hanya mengambil masa 3 jam sahaja dalam pembikinan.

    Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi bagi drama komedi seram, Puaka Cuti Semester yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Tajuk lagu ini amat sesuai kerana drama ini menampilkan unsur permainan tradisional anak-anak Melayu suatu ketika dahulu. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang berbeza. Cuti semester telah pun tiba, namun mereka semua tidak pulang ke rumah masing-masing atas alasan tersendiri. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan mistik. Berjayakah kelima-lima pelajar ini merungkai gangguan yang dihadapi mereka? 

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Khai Bahar  menerusi: Instagram: @khaibahar94, Tiktok: @khaibahar_94 , Facebook: @khai Bahar Official.

     

    Turut disertakan adalah lirik lagu  “Lat Tali Lat”:

     

    Kanan Kiri

    Aku toleh berkali

    Seram sejuk

    Roma aku berdiri

     

    Datang dan pergi

    Bayangan yang misteri

    Imaginasi

    Atau realiti

     

    Pre

    Ruangan sedar atau mimpi

    Fantasi zahirkan diri

    Terjerat ku terkunci

    Di gari

     

    C/O

    Di pukau aku bak di kacau

    Meracau di luar sedar 

    Keras di mainkan kau

    Di kacau aku bak di pukau

    Lintas hitam putih mengilai

    Tinggi di awan

     

    Lat tali lat siapa nak jaga

    Takut nanti tak berdaya

    Tinggal semua

     

    Kanan Kiri

    Bayangan yang misteri

    Seram sejuk

    Roma ku berdiri

     

    Pre

    Ruangan sedar atau mimpi

    Fantasi zahirkan diri

    Terjerat ku terkunci

    Di gari

  • Menjelajah Warisan Negara: Program Bermalam Di Muzium Tarik Minat Pelajar Seluruh Malaysia

    Menjelajah Warisan Negara: Program Bermalam Di Muzium Tarik Minat Pelajar Seluruh Malaysia

    Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia dan berkerjasama dengan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mencetuskan kegemparan dengan melancarkan Program Bermalam Di Muzium 2023 di Muzium Hang Tuah, Kampung Duyong, Melaka.

    Program yang bermula pada tahun 2005 di Muzium Negara ini kini telah menjadi salah satu program ‘signature’ yang terkemuka di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Pada tahun 2016, program ini dilaksanakan serentak di muzium-muzium negeri dan institusi, menarik minat pelajar-pelajar sekolah dari seluruh Malaysia dengan penyertaan yang semakin meningkat setiap tahun. Walau bagaimanapun, program ini pernah terhenti selama tiga (3) tahun akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 yang melanda negara. Kini, semangat program ini kembali menyala, mengajak semua untuk menyelami pengalaman menarik ini.

    Tahun ini menyaksikan program ini dilaksanakan semula dengan penyertaan seramai 1,551 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia melalui penglibatan 25 buah muzium-muzium yang terdiri dari muzium persekutuan, muzium negeri dan muzium institusi. Program ini menyasarkan golongan remaja secara khusus ke arah menyuburkan semangat cintakan tanah air sekaligus memupuk apresiasi yang tinggi kepada warisan sejarah, seni dan budaya negara menerusi aktiviti permuziuman.

     

    Pelbagai pengisian menarik telah diisi sepanjang program ini berlangsung. Antara kelainan yang dibawa adalah Aktiviti Ekspresi Ikat dan Celup dengan mewarnakan t-shirt putih menggunakan warna jalur gemilang iaitu kuning, merah dan biru secara serentak oleh semua peserta yang terlibat di muzium masing-masing. Penghayatan Rukun Negara juga dijadikan salah satu aktiviti wajib pada tahun ini sejajar dengan program dan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam memperkasakan pembudayaan prinsip Rukun Negara di semua peringkat.

    Program ini juga dilihat sebagai satu tapak integrasi kepada para pelajar yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, budaya, bangsa dan agama. Secara tidak langsung mampu memberi impak yang lebih besar ke arah memperkasakan generasi muda negara.

    Ketua Setiausaha Perpaduan Negara menyatakan bahawa penganjuran program ini amat bertepatan dan sesuai kepada para pelajar bagi menerapkan nilai-nilai yang baik serta pemahaman terhadap citra negara. Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa memberi sokongan jitu terhadap apa jua program yang memberi penekanan kepada penyatuan masyarakat sama ada melalui kerjasama atau sinergi bersama agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, organisasi, institusi pengajian tinggi mahupun pihak sekolah.

  • KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

    KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

    Konsert fenomena ‘Tujuh Vibrato Gitar’ akan menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023! Acara ini bakal memukau penonton dengan persembahan luar biasa dari tujuh gitaris hebat, iaitu Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza, dan Anis Kalisa.

    Mereka akan dipadukan dengan kehebatan pasukan pemuzik profesional sebagai house band, terdiri daripada Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard), dan Ainoll (dram), sementara vokal yang memukau akan dihadirkan oleh penyanyi latar ulung, Izzat dan Baby.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan gitar yang menggetarkan jiwa ini pada tarikh yang begitu dinantikan!

    TUJUH VIBRATO GITAR akan menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama iaitu penyanyi bersuara lantang, Dato’ Hattan, vokalis rock legenda Muss dan vokalis kumpulan rock Kristal, Lan Solo. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat muzik rock tempatan.

    Apa yang akan menjadi cabaran dan tumpuan di konsert ini nanti adalah bagaimana tujuh orang gitaris dan tiga orang vokalis berkolaborasi dalam sebuah konsert rock. Susunan muzik untuk setiap lagu yang dipersembahkan digubah semula untuk menepati konsep tujuh gitaris. Persefahaman, kemahiran dan keserasian ketujuh[1]tujuh gitaris di pentas akan teruji, tambahan pula kebanyakan lagu yang dipersembahkan bukanlah lagu yang biasa dimainkan sebelum ini. Setiap lagu adalah satu eksperimentasi. Secara teknikal, koordinasi untuk menempatkan tujuh gitaris, tiga pemuzik, tiga vokalis, dua penyanyi latar dan peralatan lain di atas satu pentas adalah satu cabaran kepada pihak penerbitan.

    TUJUH VIBRATO GITAR akan menjanjikan kepuasan deria para penonton dengan alunan bunyi petikan gitar solo mahupun harmoni dari para gitaris selain dari lontaran vokal dari barisan penyanyi rock terbaik. Ketika ini, mereka sedang menjalankan latihan secara intensif untuk memberikan persembahan yang ‘all out’. Para penonton juga akan berpeluang mendengar beberapa ‘masterpiece’ dari gitaris yang akan memainkan petikan gitar solo mereka yang ikonik.

    TUJUH VIBRATO GITAR pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat tujuh orang gitaris tersebut, juga tiga orang vokalis utama yang ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.

    TUJUH VIBRATO GITAR dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com

    Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00

    Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00

    Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00

    Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM 5,000.00

     

  • GELARAN BEST ISLAMIC TOURIS TV STATION TELAH DIRANGKUL OLEH TV ALHIJRAH

    GELARAN BEST ISLAMIC TOURIS TV STATION TELAH DIRANGKUL OLEH TV ALHIJRAH

    AITEX 2023, sebuah Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia, berlangsung dari 13 hingga 15 September 2023, dari 10 pagi hingga 6 petang. Acara ini juga dianjurkan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dan Sunway Hotel Resort.

    Pelbagai acara telah disusun sepanjang tiga hari tersebut. Kemuncaknya adalah acara anugerah The World Islamic Tourism Award (WITA 2023) yang telah di adakan Sunway Resort Hotel, Selangor. Malam anugerah dilaksanakan bertujuan untuk mengangkat dan menghargai jasa pemain industri pelancongan untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

    TV AlHijrah selaku stesen televisyen yang memperjuangkan gaya hidup Islam telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas bagi kategori Best Islamic Tourism TV Station. 

    Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din dan disaksikan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Datuk Dr Mohd Khalid Harun. Anugerah disampaikan kepada kepada Pegawai Khas Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Salehhuddin Jurimi yang hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

    Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris sewaktu ditebak tentang kejayaan anugerah ini berkata, pengiktirafan bertaraf global itu dibuat oleh panel juri yang sangat mahir dan berpengalaman luas bagi menentukan kriteria pemilihan pemenang.

    “Pihak penganjur sepandapat bahawa TV AlHijrah sentiasa cakna tentang keperluan menyokong industri pelancongan negara. Kita terbitkan dan siarkan banyak program-program yang menyokong industri pelancongan Islam. Tidak dinafikan, industri ini banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    “Kemanisan kejayaan ini saya tujukan khas kepada kakitangan TV AlHijrah yang sentiasa dedikasi dan komited dalam menjalankan tugas mereka sehingga berjaya mengharumkan nama baik TV AlHijrah ke persada antarabangsa.

    “Kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada TV AlHijrah dalam melaksanakan gerak kerja dakwah kontemporari dengan istiqamah.  Penghargaan turut saya zahirkan kepada barisan asatizah yang selama ini sentiasa bersama-sama TV AlHijrah.

    “Penganugerahan ini pastinya membantu TV AlHijrah melonjak pada tahap yang lebih tinggi dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan selari dengan visi kami iaitu sesuai dan relavan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa,” kata Namanzee.

    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Kanan Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek. Hadir sama meraikan kejayaan TV AlHijrah, Mohd Ashrudy Borhan, Pengurus Jabatan Penerbitan dan Zulkarnaen Mokhtar, Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah.

    Sekian.