Blog

  • Dua Vokal Mantap Bergabung Dalam Lagu Sabarlah Hati

    Dua Vokal Mantap Bergabung Dalam Lagu Sabarlah Hati

    Industri hiburan tanah air sentiasa memeriahkan dunia muzik dengan kehadiran bakat-bakat penyanyi baharu. Program realiti yang disiarkan di televisyen tidak hanya memeriahkan industri muzik tempatan, malah menjadikan persaingan lebih sengit dan menggemparkan penonton dengan prestasi luar biasa para peserta.

    Kehadiran bintang baharu ini melengkapkan lagi selera dan cita rasa peminat yang inginkan sesuatu yang segar untuk hiburan halwa telinga. Biarpun ada antaranya muncul dengan lagu bunyi 90-an, kelainan dari segi muzik itu masih menjadi keutamaan.

    Terbaharu, syarikat rakaman Universal Music mempertaruhkan dua bakat baharu yang memiliki paduan vokal mantap, Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu duet berjudul Sabarlah Hati hasil ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid.

    Menurut Achik Asrain yang juga bekas peserta program Lagu Cinta Kita musim ketiga, ini adalah lagu duet pertama mereka selain menyifatkan ia kerjasama yang baik.

    Lagu ini menceritakan pasangan kekasih yang tidak setia kepada pasangan sehingga membawa keretakan perhubungan yang tidak ikhlas sehingga membawa perpisahan diantara mereka. Hubungan baru yang didasari oleh kejujuran, pengertian, dan saling menghargai sebenarnya ada di depan mata mereka, hanya saja tersembunyi oleh kerumitan dan kebingungannya sendiri. Achik juga menghuraikan bahawa, lagu ini mengisahkan mengenai percintaan yang musnah akibat daripada pasangan yang tak menghargai, hanya bermanis-manis pada awal perhubungan dan ia sekadar hubungan yang penuh sandirawa dari kata-kata dusta.

    Achik meluahkan perasaan lega semasa proses rakaman lagu sangat berjalan lancar kerana dibantu oleh Eddie Hamid, seorang komposer yang cukup berpengalaman serta jurutera bunyi yang berpengalaman, Encik Amir. Proses menyiapkan lagu sangat baik dan tidak mengambil masa yang lama. Achik dan Nadia dibantu oleh individu yang memang berpengalaman dalam bidang mereka.

    Kru dan semua yang terbabit dalam penggambaran MV Sabarlah Hati ini bantu kami untuk lebih menjiwai karakter bagi menjayakan MV ini. Nadia berkata cabaran dilalui ketika proses menyiapkan lagu dan MV Sabarlah Hati adalah pengalaman berharga buat mereka. Nadia berkata, banyak perkara yang menghiburkan sewaktu bersama kru produksi sepanjang pembikinan MV ini. Dia berterima kasih pada semua yang terbabit kerana banyak membantunya. Ini merupakan satu memori yang dia takkan lupakan.

    Nadia berharap semoga lagu Sabarlah Hati dapat diterima ramai dan sekaligus melonjakkan nama mereka berdua dalam industri muzik. Semoga lagu ini dimainkan di corong radio serta di mana-mana platform digital.

    Lagu Sabarlah Hati sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 13 Oktober lalu. Muzik video juga boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

  • Konsert AZ40 Anjuran JioBuddy

    Konsert AZ40 Anjuran JioBuddy

    Pada 28 Oktober 2023, Stadium Malawati, Shah Alam dengan kehadiran ribuan peminat dalam Konsert Anuar Zain 40th Anniversary yang dianjurkan oleh JioBuddy. Konsert bermula pada jam 8.30 malam.

    Bagi pihak penganjur, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

    Seramai 8,000 peminat hadir memberikan sokongan terhadap Anuar, walaupun cuaca pada malam tersebut hujan sepanjang hari.

    Walaupun mengakui kesihatannya menghalangnya, penyanyi Anuar Zain menunjukkan dia komited untuk menghiburkan 8,000 orang yang hadir ke Konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu lepas.

    Shahrul Anuar Zain atau nama yang dikenali iaitu Anuar Zain tidak menghampakan peminatnya dari seluruh negara dengan membuka persembahan dengan lagu Sesucinya Cintamu.

    Selama empat dekad, Anuar telah mengukir namanya dalam industri muzik tempatan dengan penuh dedikasi. Dalam perjalanan yang penuh cabaran ini, Anuar menunjukkan keunggulan profesionalnya melalui penciptaan 20 lagu tanpa henti.

    Tampil membuat persembahan sambil diiringi petikan piano dan pengarah muzik Sze Wan dan orkestra, Anuar mempamerkan nyanyian penuh penghayatan dengan gaya signaturnya

    Dalam suasana yang memukau, Tampil memberikan persembahan luar biasa sambil diiringi petikan indah piano dan pengarah muzik oleh Sze Wan. Dengan penuh penghayatan, Anuar mempersembahkan nyanyian yang memikat dengan gaya signaturnya.

    Anuar membawakan kira-kira 20 lagu termasuk Sedetik Lebih, Ketulusan Cinta, Ajari Aku, Bila Resah, Perpisahan, dan Mungkin.

    Artis yang turut hadir dalam Konsert Anuar Zain 40th Anniversary hadir memberikan sokongan antaranya, Dato Sheila Majid, Misha Omar, Ziana Zain, Penyampai radio Sinar dan Era.

  • Konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ Anjuran Hitman Solutions

    Konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ Anjuran Hitman Solutions

    Berlangsung di Spice Arena, Pulau Pinang, hampir 14,000 penonton hadir memenuhi setiap ruang, dengan kedudukan pentas di tengah-tengah arena. Konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ yang sangat dinantikan, dipersembahkan oleh penganjur terkenal, Hitman Solutions, melalui kolaborasi gemilang bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen, telah berjaya mengukuhkan kehadirannya pada malam yang semalam.

    Malam dimulakan dengan penampilan ratu rock negara, dalam busana serba putih membawa bendera Palestin memberi simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan kemelut kemanusiaan, dan dalam nada tenang penuh keprihatinan, Ella menyeru, “Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!”

    Sebelum konsert beraksi, persembahan montaj 35 tahun penglibatan Ella sepanjang berada dalam bidang seni dipersembahkan melalui kesan audio visual yang menarik dengan diiringi lagu Ulek Mayang.

    Lagu pertama yang dipersembahkan, Risau menggamit memori kesemua penonton dengan sorakan yang gemuruh diikuti dengan Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak, nggakPengemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang dengan hampir 40 buah lagu kesemuanya.

    Malam konsert turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Kaka Azraff yang merupakan anak saudara Ella menyanyikan lagu Bawaku Pergi bersama adik Ella sendiri, penyanyi era 90-an, Korie, dan kemudian kedua-duanya menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

    Selain ahli keluarga, suami tercinta Ella, Kapten Azhar Ghazali turut berduet romantis bersamanya melalui lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

    Kejutan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua, kemunculan khas Dato’ Awie berduet bersama Ella menyanyikan lagu Baldu Biru dan nyanyian solo oleh Dato’ Awie sendiri melalui lagu hitnya, Penjara Misteri.

    KENYATAAN DARI ELLA:

    “Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat.

    “Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara.

    “Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya.

    “Dan terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari anda semua.

    “Peace, love, rindu.

    KENYATAAN DARI EN. ROHIT RAMPAL, CEO & PENGASAS HITMAN SOLUTIONS:

    “Saya bangga dapat bekerjasama dengan Ella sekali lagi kini di lokasi yang ketiga selepas kejayaan konsert di Kuala Lumpur yang memecah tradisi dengan jualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam, dan di atas permintaan ramai, disambung ke malam kedua.

    “Impian kami (Hitman Solutions) adalah dengan terus meningkatkan penanda aras setiap konsert, memberikan sesuatu yang unik dan berlainan di setiap persembahan Ella.

    “Nantikan konsert yang seterusnya pada suku pertama tahun hadapan yang akan diadakan di Sabah pula, jadi nantikan tarikhnya.

  • Vokalis Berbakat, Eriza Muncul Dengan Single Terbarunya ‘Demi Kasih’

    Vokalis Berbakat, Eriza Muncul Dengan Single Terbarunya ‘Demi Kasih’

    Penyanyi muda berbakat, Eriza, 21 tahun, atau nama sebenarnya Ismar Eriza Allya mempertaruhkan bakat nyanyiannya dengan melancarkan lagu pertama beliau berjudul, ‘Demi Kasih’. Eriza yang membuat kemunculan sulungnya dengan single terbarunya, mendedahkan bahawa pemilihan lagu ‘Demi Kasih’ sebagai lagu debutnya adalah hasil daripada minat mendalamnya terhadap genre muzik balada.

    “Saya memilih lagu ini sebagai debut pertama kerana saya sangat sukakan muzik balada dan mahu mencubanya. Lagu-lagu balada mempunyai daya ungkapan emosi mendalam yang membuatkan saya tertarik dengannya” kata Eriza.

    Eriza turut menyatakan bahawa lagu ‘Demi Kasih’ hasil komposer dan penulis lirik, Dato Ayu Omel, ini mempunyai jiwa & emosi yang tersendiri apabila menyampaikan lagu ini.

    “Ketika mendengar demo lagu tersebut, hati saya terus tertarik pada lirik dan melodinya. Saya sukabagaimana penulis lirik menggambarkan jiwa seorang wanita yang melalui detik sukar dalam hidupnya apabila terpaksa melepaskan seorang lelaki yang banyak berkorban untuknya.

    “Lagu ini agak mencabar bagi saya pada permulaannya, tetapi hasil dari bimbingan semua pihak di label D’Ayu Music memberikan keyakinan bahawa lagu ini akan berjaya menawan hati pendengar terutama mereka yang mengalami situasi yang sama seperti mesej di dalam lagu ini.”

    Dato Ayu Omel, sebagai komposer dan penulis lirik, telah mencipta sebuah karya yang sungguh menarik, dan melalui penyampaian penuh emosi Eriza, lagu ‘Demi Kasih’ dijangka akan menjadi pilihan hati ramai pendengar.

    “Eriza kini berada di landasan yang tepat untuk meraih kejayaan dalam dunia muzik, dan kita semua berharap untuk menyaksikan perjalanan kerjayanya yang semakin cemerlang.

    “Demi Kasih’ adalah lagu yang pasti akan membawa kita dalam pengembaraan melalui emosi yang sejati” kata Dato Ayu Omel.

    Walaupun masih menuntut pelajaran di sebuah universiti tempatan, Eriza telah membuktikan bahawa beliau mampu menguruskan masanya dengan baik dan menganggap perjalanan ini sebagai liku-liku yang perlu dilaluinya dalam meniti kerjaya dalam industri muzik yang mencabar ini.

    Menurut pengurus D’Ayu Music, Nazim Othman, proses persiapan segala bahan lagu ini dibuat dengan teliti terutama pada lagu dan muzik video ‘Demi Kasih’ ini. Muzik video ini adalah hasil produksi dari Motawh Production yang diarahkan oleh As’ad Motawh.

    “Apa yang menarik mengenai muzik video ‘Demi Kasih’ ini adalah kami menerapkan bakat lakonan dan nyanyian Eriza di dalamnya. Muzik video ini berkonsepkan penceritaan agar mood yang disampaikan dalam lagu ini lebih berkesan kepada pendengar.

    “Pengalaman lakonan Eriza sebelum ini sangat membantu dalam proses menyiapkan muzik video ini” ujarnya.

    Eriza sebelum ini telah berlakon di dalam sebuah filem ‘Harum Malam’ arahan pengarah terkenal Dain Said, dan beliau telah selesai persiapan akhir untuk sebuah filem yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

    Untuk makluman, lagu ‘Demi Kasih’ telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu di semua digital streaming bersama Muzik Video di Youtube Channel D’Ayu Music.

  • Hafiz Suip muncul dengan single berjudul “Terus Bersinar” terbitan syarikat rakaman Nova Music

    Hafiz Suip muncul dengan single berjudul “Terus Bersinar” terbitan syarikat rakaman Nova Music

    Tiada pengenalan diperlukan untuk vokalis terkenal Hafiz Suip. Kerjaya kreatifnya memuncak kerana bakatnya yang luar biasa. Namanya berada dalam satu kelas dengan sendirinya kerana pelbagai anugerah yang telah diperolehi.

    Bercakap soal lagu, mana mungkin boleh melupakan lagu “Awan Nano”, “Noktah Cinta”, “Ku Akui”, “Bahagiamu Deritaku”, “Kisah Cinta Kita” dan banyak lagi. Malah, deretan lagu yang sudah dihasilkan masih menjadi siulan hingga kini.

    Daripada hubungan bersama bapa, adik beradik, suami isteri hingga kekasih, mesej yang diketengahkan menerusi lagu yang dihasilkan cukup menyentuh hati. Bukan bersifat peribadi, tapi Hafiz cuba menyelami perasaan semua terhadap insan yang dicintai.

    Terbaharu, Hafiz, 33, atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip muncul dengan single berjudul “Terus Bersinar” terbitan syarikat rakaman Nova Music.

    Menariknya, lagu ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito serta lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga dan Jova Devito itu adalah kerjasama pertama Hafiz bersama mereka.

    Menurutnya, lagu “Terus Bersinar” yang bergenre balada itu membawa mesej untuk anak.

    “Sepanjang kerjaya, saya sudah merakamkan lagu yang menceritakan mengenai lumrah kehidupan yang semua orang lalui. Contohnya, lirik lagu Matahari mengisahkan hubungan kesusahan adik-beradik. Lagu Awan Nano pula menceritakan pengorbanan seorang ayah manakala lagu Kisah Cinta Kita adalah terjemahan kasih sayang antara suami dan isteri.

    “Jadi, untuk lagu Terus Bersinar ini, mesej yang ingin disampaikan pula adalah mengenai anak. Boleh dikatakan, dalam karier saya setiap lagu ada jalan ceritanya yang tersendiri dan semua lagu itu juga ada kisah kehidupan yang mempunyai mesej,” katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Hafiz berkata dia terus jatuh cinta dengan lagu itu ketika kali pertama mendengar melodiya.

    “Lagu ini masih lagi bergenrekan balada. Cuma ada sedikit sentuhan alat muzik tradisional Sarawak iaitu Sape, itu pun pada penghujung lagu. Masa pemilihan lagu ini, saya dengar lagu ni memang terus tertarik dengan melodi dan lirik. Itu yang membuatkan saya terus bersetuju untuk rakamkan sebagai single terbaru saya.

    “Kalau baca setiap bait lirik lagu ini, memang sesuai ditafsir berkaitan anak. Saya percaya lagu ini nanti insya-Allah mendapat tempat di hati pendengar. Begitu juga dengan video muzik lagu ini yang mana memang menceritakan mengenai ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak daripada kecil hingga besar. Pendek kata, anak itu ditatang bagai minyak penuh,” katanya.

    Mengenai kerjasama dengan Mas Dewangga, Hafiz bertuah kerana dapat merakamkan lagu ciptaan komposer yang kian meningkat naik dengan sentuhan lagu balada yang mampu menarik perhatian pencinta muzik tanahair.

    “Mas Dewangga seorang komposer yang bagus di mana bila saya dengar karya dihasilkan semuanya segar dan memang trend masa kini. Lagu balada yang dihasilkan diberi sentuhan yang membuatkan lagu itu bertambah sedap didengar.

    “Macam sekarang, peminat suka dengan lagu-lagu balada dari Indonesia. Jadi, apa saya perasan, karya Mas Dewangga pun ada sentuhan bunyi itu. Kebetulan saya pun suka,” katanya.

    Dalam masa sama, Hafiz berharap lagu “Terus Bersinar” bakal menjadi sebuah karya pilihan dan diminati oleh semua seperti kebanyakan lagu-lagunya sebelum ini.

    “Insya-Allah, apa-apa pun kita berserah kepada Allah. Namun, tidak mahu terlalu berharap. Pun begitu, saya sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu ini, apa boleh dikatakan adalah saya dapat rasa mesej yang ingin disampaikan. Saya sendiri menangis. Jadi, harapnya peminat dan pendengar juga dapat merasainya, insya-Allah,” katanya.

    Menariknya, lagu “Terus Bersinar” turut dipilih menjadi lagu tema drama bersiri 30-episod terbitan Mache All Star United berjudul ‘Surat Dari Tuhan’ yang akan bersiaran di slot Samarinda, TV3 mulai 30 Oktober ’23.

    Single “Terus Bersinar” Hafiz Suip dipasarkan pada hari yang sama dengan tarikh mula siaran drama bersiri tersebut dan boleh mula distrim di semua perkhidmatan penstriman muzik pada 30 Oktober‘23. Video muzik rasmi single tersebut juga boleh mula ditonton pada hari yang sama jam 3pm di saluran YouTube Nova Music Videos.