Karnival UDA 2024 akan menjadi lebih meriah dengan penyertaan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik. Kerjasama terbaru ini diharapkan dapat menambahkan kehangatan dan keceriaan program tahunan tersebut. UDA Holdings Berhad, yang mendapat mandat daripada Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk menyokong usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), seiring dengan misi Mari SeeNI. Pelancaran Mari SeeNI di Karnival UDA 2024 merupakan langkah yang sangat bertepatan pada masa ini.
Karnival UDA tahun ini, yang memasuki tahun ketiganya, membawa semangat dan aspirasi tinggi dalam memperkasakan pemilikan hartanah serta penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi bandar. Dengan naungan UDA, karnival ini lebih daripada sekadar acara; ia merupakan simbol dedikasi dan komitmen dalam mengukuhkan ekonomi Bumiputera.
Untuk menghargai Karnival UDA, Mari SeeNI akan menambah suasana dengan pelbagai aktiviti eksklusif yang dirancang mengikut zon-zon bertema yang ada di Karnival UDA 2024.
Karnival UDA 2024, memasuki tahun ketiganya, menawarkan konsep baharu dengan tujuh (7) zon untuk seisi keluarga, termasuk Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa C Ma, dan Jualan Pelbagai. Mari SeeNI akan memeriahkan lima (5) daripada zon-zon ini dengan penyertaan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung.
Inisiatif Mari SeeNI juga akan merangkumi liputan media khas untuk setiap aktiviti dan jenama yang berkaitan, dan akan memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv, sekaligus menyokong kemajuan dan kelestarian usahawan Bumiputera.
Mari SeeNI akan menghidupkan suasana zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival. Selain itu, inisiatif Mari SeeNI juga akan termasuk liputan media khusus untuk setiap aktiviti dan jenama yang berkaitan mengikut zon, yang akan meningkatkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv. Ini secara tidak langsung akan menyokong kemajuan ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.
Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:
- Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang : 26 – 28 Julai 2024
- Bandar Tun Hussein Onn, Selangor: 27 – 29 September 2024
- Angsana Johor Bahru Mall, Johor: 11 – 13 Oktober 2024
- Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak: 25 – 27 Oktober 2024