Republic Mokhmah Records membuka pentas penganjuran daripada syarikatnya pada tahun 2026 dengan sebuah kolaborasi pemuzik terbaik yang pernah dan masih relevan dalam belantika muzik tempatan, Kristal X dan Azlan & The Typewriter. Zepp Kuala Lumpur akan menjadi lokasi pada 1 Februari 2026 dengan judul Rockolusi Kuasa Dua. Informasi ini penting untuk dimasukkan dalam kalender anda, terutama jika lagu-lagu seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam daripada Kristal X yang sudah lama tidak dipersembahkan secara langsung menarik minat anda. Begitu juga penggemar Azlan & The Typewriter yang lagu mereka, Jangan Khianati Aku, menjadi fenomena sehingga ke Indonesia, boleh menikmati sendiri karya ini daripada vokalis dengan kemampuan menyanyi dalam nada tinggi secara langsung.

Dengan reputasi dan kumpulan peminat yang telah lama serta tidak pernah meninggalkan Kristal X dan Azlan & The Typewriter, Republic Mokhmah Records percaya konsert yang dianjurkan di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026 ini adalah inisiatif terbaik untuk mengembalikan semarak karya kedua-dua pemuzik yang cukup berprolifik. Kristal X adalah sebuah kugiran legenda dalam belantika muzik tanah air. Sewaktu penubuhannya, Kristal X masih remaja dan mendapat khidmat karyawan belakang tabir yang hebat yang menghasilkan lagu-lagu malar segar seperti Seragam Hitam dan menghidupkan semula Memburu Impian melalui persembahan yang energetik. Republic Mokhmah Records mahu mengembalikan nostalgia itu dan mempersembahkan betapa Kristal sudah menjadi lebih matang dalam industri muzik. Vokalis Azlan bersetuju untuk tampil dalam Rockolusi Kuasa Dua: Kristal X dan Azlan & The Typewriter. Menurut Encik Musa dari Republic Mokhmah Records, kolaborasi ini adalah bukti dua pemuzik legenda ini tidak pernah dilupakan walaupun terdapat lambakan konsert sepanjang tahun.

Kristal X dan Azlan & The Typewriter juga akan menjadi saksi bahawa mereka masih relevan dan hidup dalam industri muzik tempatan. Konsert ini akan melibatkan kumpulan koir Nogori Arts School Voice Ensemble atau NASVE. Kumpulan koir ini adalah juara peringkat negeri dan pemenang keempat peringkat kebangsaan, serta turut dianggotai oleh anak kedua-dua vokalis Kristal X dan Azlan, menjadikan persembahan lebih menarik. Lagu Rockolusi turut disajikan buat pertama kalinya pada sidang media di Ideas Hotel Kuala Lumpur, dengan inspirasi daripada tema konsert Rockolusi Kuasa Dua.

Peminat boleh membeli tiket mengikut kategori bermula RM168, RM188, RM248, RM348 dan seterusnya Royal Box RM8000 untuk 10 orang di https://www.ilassotickets.com. Tiket telah dijual sejak 23 September jam 3 petang. Rockolusi Kuasa Dua bukan sekadar konsert tetapi menonjolkan bahawa industri muzik tempatan masih memiliki banyak pemuzik yang relevan, perlu diberi peluang dan terus disokong. Konsert ini akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Related Post