KONSERT M.NASIR “CIPTA” BAKAL MENEMUI PEMINAT PADA OGOS INI

AVvXsEgr z2lBnHk9EnGoCXiLK4RnBCUrIRhwToWedum

Konsert terkini M.Nasir yang berlangsung pada 10 Ogos 2024 diberi judul ‘CIPTA’, sebuah nama yang ringkas tetapi mengesankan, melambangkan keseluruhan sosok seorang figura seni seperti M.Nasir.

Seluruh Nusantara dan karyawan seni sedar serta belajar daripada banyak karya yang telah dihasilkan oleh beliau. Mohamad Nasir Mohamed, pemilik nama sebenar M.Nasir, dikenali sebagai ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu, dan segala yang berkaitan dengan penciptaan karya seni berkualiti tinggi. Jarang sekali beliau menghasilkan karya yang tidak meledak di pasaran. Sama ada untuk penyanyi solo lelaki dan wanita, kugiran rock, ataupun genre pop dan balada, karya-karya M.Nasir sentiasa mendapat sambutan hangat.

Sebagai maestro yang digelar sifu, figura berusia 66 tahun ini sentiasa mencipta karya-karya hebat, luar biasa, dan malar segar sehingga meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik.

Maka dengan itu, ‘CIPTA’ dipilih sebagai konsert julung kali dari M.Nasir yang diadakan tahun ini, merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.

Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

AVvXsEgZrjSnm2T9Cnoip4W0s0G JuOIA2JO5TqBpAuX3hqcsbUJxm WqICjsmegOydgduvtMs 7eYJAn7u3bqC Ua4Rw2LwgTMdEOIruIpF8 of1XBcbXWC1TqcIQv1HPGDqbXMtXYP7 vYI7vLn4LGit6i6wRHf6h3cnrd2qde4A nFzk2dXku2lLtKhYDGI

Iman Tang dari Icon Entertainment menjelaskan bahawa DATO’ M.N45IR CIPTA akan membawa peminat ke dalam dunia penciptaan M. Nasir, memaparkan pelbagai ciptaan dan kreativiti beliau dalam bentuk persembahan visual dan audio yang unik dan tidak terlupakan.

Walaupun ini bukan kali pertama peminat menyaksikan persembahan sifu M. Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara, persembahan ini akan menampilkan karya bermutu yang dihasilkan bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga ratusan pemuzik dan penyanyi yang pernah menerima sentuhannya. Sebagai seniman sejati, M. Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara kosong.

Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa.

Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan momen masa hadapan.

Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan.

AVvXsEisEa1fEeAUtTcAZkQSsyXGXwWezz2nWmvrU28gqOA ZeBR6vAmXhH mBjDSU3gC06peMjqkB nSMnSmlXKpkV33sC piO0xEIvDOMO9O7oIyqmgClaSH6ivb1TzkKzJVQyv00KE8ydtNFUcOH gZVRblNe4LwAuquJB6KIFZ2ZNhMwOUsgdcGCehEOuz4

Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada  10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform: www.ticket2u.com.my

Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS).

 

INFORMASI

ACARA : DATO’ M.N45IR CIPTA

TARIKH: 10 OGOS 2024

LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

TIKET:  RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS)

PEMBELIAN TIKET: http://www.ticket2u.com.my

Leave a Comment