3 Isu Rakyat Yang Sengsara di Tanah Tumpah Darah

Usaha gigih mengemudi negara di bawah naungan pentadbiran perpaduan dan mengucapkan syabas.

Projek Lebuhraya persisiran Pantai Banting

Taiping di bawah Pembinaan Konsortium WCE Holdings telah mengakibatkan banyak tanah diambil oleh pihak kerajaan bagi memberi laluan kepada projek tersebut. Maka begitu juga berlakunya pengambilan tanah di Kawasan Parlimen Kota Raja & DUN Sentosa Klang, Selangor. Kawasan yang tersebut ialah Kg Jawa, Klang. Terdapat lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di sana lebih daripada 70 tahun. Mereka tinggal dengan membayar TOL dan cukai taksiran. Pihak JKPTG telah menjemput pihak penduduk Kawasan tersebut dan memaklumkan bahawa pengambilan tanah perlu dibuat dan mengadakan beberapa pertemuan mengesyorkan penduduk-penduduk Kg jawa tersebut untuk mengemukakan penilaian untuk tanah yang diambil dan juga untuk bangunan yang penduduk tinggal. Perkara ini berlanjutan dari tahun 2015 hingga ke hari ini. (8 tahun)

Pihak Penduduk telah mencari penilai yang bertauliah dan membawa segala penilaian yang telah dipersetujui oleh Pentadbir Tanah semasa sesi mesyuarat bersama penduduk-penduduk kampung terbabit. Pihak JKPTG telah mengeluarkan satu Borang H (muktamad) yang nilai bayaran untuk tanah dan bangunan telah diturunkan. Dipercayai satu konspirasi telah berlaku di pejabat JKPTG dimana pentadbir tanah dan galian JKPTG telah membuat satu keputusan membatalkan Borang H yang di beri (dengan satu pertemuan diadakan bersama penduduk-penduduk yang terbabit, ADUN Sentosa dan wakil Ahli Parlimen Kota Raja yang turut dipercayai kemungkinan besar berkomplot dalam pembatalan Borang H tersebut).

Justeru demkian pentadbir tanah mencari jalan menggunakan teknik tipu helah kepada penduduk-penduduk yang terbabit dengan berjanji bahawa nilai baru yang lebih tinggi akan dipelawa maka Borang H lama dibatalkan dan akan membuat bayaran untuk tambahan nilai baru. Tetapi akhirnya baharu penduduk-penduduk kampung terbabit sedar bahawa Pentadbir Tanah telah menipu mereka dan segera mengeluarkan satu Borang LC untuk membayar gantirugi yang lagi kurang seperti yang tertera di Borang H. Penduduk-penduduk telah membantah dan akhirnya memohon bantuan kami NGO (Nambikkai) bagi penyelesaian masalah mereka.

Pihak pejabat YAB Menteri Besar Selangor hanya menerima Memorandum kami tetapi masih tiada apa-apa prubahan berlaku untuk penduduk Kg Jawa. Pihak JKPTG telah memanggil penduduk-penduduk kampung terbabit dan memberitahu bahawa JKPTG hanya akan membayar harga lama dan bukannya harga baru. Untuk pengetahuan, sekiranya Borang H telah dikeluarkan maka besar maknanya pembayaran harus berlaku dan sekiranya wang gantirugi & pampasan tidak dibayar maka pihak JKPG harus membayar tambahan bunga sekadar 8%

Dalam hal Kg Jawa ini pihak JKPTG membuat segala undang-undang tersendiri dengan mencipta satu rekod baru yang sangat menyokong kepada pihak Konsortium WCE dalam masa 8 tahun ini. Terdapat juga bayaran yang telah dbuat kepada lebih daripada 37 penduduk dengan mengikut apa yang tertera dalam Borang H tetapi kebanyakan penduduk-penduduk Kg jawa menjadi mangsa JKPTG.ADUN Sentosa & Ahli Parlimen Kota Raja yang mengetahui segala perkara ini sehingga hari ini belum mengambil sebarang inisiatif untuk menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah penduduk yang merana ini.

Keperluan Penduduk2 yang menjadi mangsa JKPTG ialah:

  1. Pihak JKPTG harus membuat bayaran mengikut penilai yang bertauliah (harga semasa) untuk tanah yang diambil
  2. Pihak JKPTG harus membayar bayaran gantirugi bangunan yang diduduki penduduk2 seperti yang tertera dalam enakmen Akta Kanun Tanah Negara.
  3. Pihak JKPTG juga harus membayar segala pembayaran 8% lewat bayar dan kos penyelengaraan yang sepertimana dipersetujui dalam Borang H terdahulu.

Isu kedua (2) Perobohan Bengkel2 di DUN Sg Tuah, Selangor (DUN YAB MB jadi ADUN)

Pihak Pentadbir Tanah dan Galian Gombak, Majlis Perbadaran Selayang dan beberapa agensi2 kerajaan telah memberi satu notis dan membuat satu perobohan Bengkel2 di belakang Sekolah Kebangsaan Selayang , Batu Caves. Terdapat 13 pengusaha2 Bengkel yang menjalankan pengelolaan usaha mencari rezeki mereka di sana lebih 27 tahun. Pihak pentadbir tanah dan galian Gombak mengarahkan peroboha bengkel2 tersebut bagi memberi (Konon) laluan untuk melebarkan parit di belakang Bengkel2 tidak meghalang sebarang usaha kerjaan dalam aspek ini dan sedia sentiasa untuk berkerjasama.

Yang dikehendaki oleh Pengusaha2 bengkel:-

  1. Satu lokasi baharu untuk menjalankan usaha Bengkel mereka tanpa sebarang ganggu kacau daripada mana-mana pihak.
  2. Satu penempatan yang dengan segera boleh dibina bagi pengusaha2 menjalankan aktiviti mereka dalam masa yang segere iaitu sebelum PRN yang akan datang.

Isu ketiga (3) Penduduk2 Kampong Pinang, Sektor C, Sg Besi, Kuala Lumpur menghadapi pencerobohan pihak pemaju yang tuntut tanah yang diduduki penduduk sejak 1875. Penduduk-penduduk Kampung Pinang Sektor C, Sg Besi telah didatangi beberapa pihak yang dipercayai telah menceroboh tanah kedudukan mereka dan menuntut bahawa tanah tersebut adalah tanah mereka dan mengugut serta mengusir penduduk2 yang kian lama tinggal disana.

Yang dikehendaki Oleh penduduk2 Kampung Pinang, Sektor C, Sg Besi, KL ialah sattu rumah diberi mereka oleh pemaju yang akan membina satu kondominium mewah dan juga dengan segera membayar wang pampasan yang setimpal bagi semua keluarga yang menjadi mangsa dianiayai.

Justeru demikian ialah isu2 yang dibawa kepada perhatian dan penilaian YAB Perdana Menteri yang dipercayai sungguh oleh rakyat Malaysia. Rakyat telah dahagakan satu wadah yang baharu maka besarlah rakyat telah mengundi semua DUN dan Parlimen bukan tengok muka atau profil mereka yang bertanding tetapi hanya satu sahaja iaitu memenangkan YAB yang kini menerajui kerajaan Malaysia.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "3 Isu Rakyat Yang Sengsara di Tanah Tumpah Darah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment