Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini

Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini. Kepada pengguna kenderaan 4 roda, semestinya anda ingin memasang tinted cermin kenderaan anda bagi tujuan hindar kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya. Tetapi adakah anda mengetahui kada ketelusan cermin gelap terkini mengikut peraturan JPJ?

KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP TERKINI

Berikut adalah merupakan jumlah peratusan tinted spec JPJ 2021 dan mengikut peraturan JPJ & Puspakom untuk Bahagian Cermin dan Kadar Ketelusan Cahaya Tampak:

  1. Cermin Hadapan : 70 peratus
  2. Cermin Sisi Pemandu : 50 peratus
  3. Cermin Sisi Belakang : Tiada Had
  4. Cermin Sisi Belakang Penumpang : Tiada Had

kadar cermin gelap JPJ

Pindaan baharu Kadar Ketelusan Cermin Gelap ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.

VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.

Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.

PERMOHONAN PENGECUALIAN UNTUK MENGGUNAKAN CERMIN GELAP

Bagi individu yang ingin membuat permohonan pengecualian menggunakan cermin yang lebih gelap hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan :

  1. Permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan : RM50
  2. Permohonan yang diluluskan : RM5000 untuk tempoh sah laku 2 tahun. 

Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.

Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini, dan juga peraturan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda boleh layari terus ke portal rasmi [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment