JPJeBid : Sistem Bidaan No Pendaftaran

JPJeBid : Sistem Bidaan No Pendaftaran. Sistem ini mula dilancarkan pada 15 April 2019 adalah satu inisiatif daripada pihak JPJ untuk menawarkan ketelusan dan memudahkan urusan pengguna yang ingin membida nombor plat kenderaan masing-masing. JPJeBid ini yang menyediakan proses pengiklanan, bidaan dan bayaran menggunakan sistem urusniaga atas talian. Selain itu, ia dapat memastikan persekitaran keselamatan sistem yang terjamin serta kebolehan mengakses sistem pada bila-bila masa di mana sahaja. Dibawah ini disertakan cara mendaftar dan cara membida no pendaftaran yang anda inginkan.

CARA MENDAFTAR JPJeBid

  1. Layari Portal Rasmi (jpjebid.jpj.gov.my)
  2. Klik ‘Daftar Baru’
  3. Pilih kategori anda. Jika anda membida untuk kenderaan persendirian pilih ‘Warganegara Malaysia’. Jika anda membida untuk syarikat pilih ‘Syarikat/ Pertubuhan’
  4. Isikan nombor kad pengenalan anda
  5. Masukkan kod Captcha dengan tepat dan klik ‘Semak’
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan mengisi semua ruang yang diberikan dan klik ‘Daftar’
  7. Notifikasi pendaftaran anda berjaya akan dipaparkan
  8. Seterusnya, anda akan menerima emel pengesahan ID Pengguna pada alamat emel yang digunakan semasa mendaftar
  9. Klik pada pautan yang diberikan untuk mengusahkan ID Pengguna anda
  10. Satu notifikasi berkenaan ID Pengguna anda telah disahkan akan dipaparkan
  11. Kembali ke halaman utama Portal JPJeBid dan log masuk menggunakan emel serta kata laluan yang didaftarkan.

CARA BIDA NOMBOR PLAT MENGGUNAKAN JPJeBID

  1. Log masuk pada Portal Rasmi JPJeBID
  2. Klik pada tab ‘Bidaan’ dan klik ‘Carian Nombor’
  3. Masukkan nombor yang hendak dibida dan klik pada imej carian
  4. Sistem akan memaparkan hasil carian
  5. Klik butang ‘Lagi’ untuk mendapatkan maklumat penuh nombor yang hendak dibida
  6. Klik ‘Bida’ untuk mula membida nombor pendaftaran tersebut
  7. Anda dikehendaki untuk membayar caj perkhidmatan sebelum memulakan bidaan, klik ‘Teruskan’ untuk membuat pembayaran tersebut
  8. Baca dan teliti terma & syarat yang dipaparkan, klik ‘Setuju’ untuk teruskan pembayaran
  9. Maklumat pembayaran untuk caj perkhidmatan akan dipaparkan dan pilih Visa/MasterCard atau American Express, klik ‘Hantar’
  10. Masukkan maklumat kad kredit/debit anda yang aktif dan cukup amaun bakinya, klik ‘Submit’
  11. Satu notifikasi transaksi bayaran caj perkhidmatan diterima akan dipaparkan dan klik ‘Teruskan’ untuk membida
  12. Masukkan amaun bidaan yang dikehendaki dan klik ‘Bida’ Baca terma & syarat yang dipaparkan dan klik ‘Setuju’
  13. Anda akan dibawa ke proses pembayaran yang sama seperti proses pembayaran caj perkhidmatan Selesai membuat pembayaran, anda akan menerima notifikasi transaksi bidaan diterima (pre authorization) Klik ‘Kembali’ untuk menyemak senarai terkini nombor yang dibida Sistem akan memaparkan kedudukan terkini pembida

Bagi mendapatkan panduan lengkap mengenai proses-proses di dalam sistem, sila buka pautan berikut : Panduan Pengguna Sistem

Sekiranya bidaan anda berjaya, berikut adalah perincian yang perlu anda tahu dan ikuti bagi memastikan proses mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan anda berjalan dengan lancar:

~Anda mempunyai tempoh selama 12 bulan untuk menguruskan pendaftaran kenderaan bermula tarikh surat dikeluarkan oleh JPJ

~Tiada tempoh lanjutan akan diberikan dan wang bidaan tidak akan dikembalikan jika pendaftaran nombor plat gagal

~Untuk memindahkan nombor plat yang berjaya dibida kepada ahli keluarga yang lain, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan lain-lain.

KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN DALAM JPJeBID

  1. Nombor Semasa : nombor yang sedang dijalankan mengikut negeri
  2. Nombor popular : dua, tiga atau empat digit berganda (55,101,1001)
  3. Nombor menarik : dua, tiga atau empat digit berganda yang menarik( 11, 111, 1111)
  4. Nombor bernilai utama : (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10)

Setiap kategori mempunyai harga minima tertentu dan setiap bidaan perlu mempunyai peningkatan minima sebanyak 5% daripada bidaan sebelumnya. Di bawah adalah contoh harga dan peningkatan amaun bidaan dalam JPJeBID untuk rujukan anda:

Semoga dengan adanya JPJeBID ini dapat memudahkan anda dalam mencari no pendaftaran kenderaan menarik yang anda ingini di kenderaan anda demi untuk memperingati nama, tarikh atau pun sesuatu yang memberi kenangan manis sepanjang hidup anda dan juga keluarga.

Klik Sini untuk informasi perbaharui lesen dan roadtax sebelum 30 September oleh JPJ.

 

Leave a Comment