Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak 2022

Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak 2022. Jawatan untuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) telah dibuka untuk semua warganegara yang layak terutama anak jati Negeri Perak sehingga 31 Januari 2022

Pegawai Bomba Bantuan

Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif kepada orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri dan perlu menjalanai latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak yang layak dan terpilih perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan bersedia jika diperlukan dan dibayara elaun dama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak

Syarat Kelayakan Lantikan Pegawai Bomba Bantuan

Untuk syarat lantikan Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak, anda haruslah menepati syarat syarat seperti dibawah :

  1. Warganera Malaysia;
  2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

Selain itu juga, pemohon haruslah menepati syarat ukuran fizikal seperti dibawah :

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. Mempunyai penglihatan yang baik;
  4. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  5. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
  6. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa
  7. Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

Elaun

Elaun yang akan diberikan kepada Pegawai Bomba Bantuan adalah Elaun Kehadiran Bertugas, Elaun Penyelenggaraan Pakaian, Elaun Bounty

pbb22

Senarai Balai Yang Terlibat

  1. Balai Bomba dan Penyelamat Tambun
  2. Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar
  3. Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau
  4. Balai Bomba dan Penyelamat Kampong Gajah
  5. Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah
  6. Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim
  7. Balai Bomba dan Penyelamat Gerik
  8. Balai Bomba dan Penyelamat Selama
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Slim River
  10. Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar
  11. Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar
  12. Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang
  13. Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting
  14. Balai Bomba dan Penyelamat Bidor

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak , anda haruslah memuat turun Borang PBB 3 dibawah :

[adinserter block=”11″]

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :

  1. Sekeping gambar terbaru berukuran passport,
  2. Salinan Kad Pengenalan,
  3. Salinan Sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI PERAK
PERSIARAN MERU UTAMA
BANDAR MERU RAYA
30020 IPOH
PERAK

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31 JANUARI 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak 2022, anda boleh terus ke laman portal rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di https://www.bomba.gov.my/

Untuk Iklan penuh Jawatan Pegawai Bomba Bantuan Perak 2022 anda boleh muat turun di pautan https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/IKLAN-PENGAMBILAN-PBB-JBPM-NEGER-PERAK-2022.pdf

Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Leave a Comment