Jawatan Kosong Penolong Penyelia Ladang Di LGMPC

Jawatan Kosong Penolong Penyelia Ladang Di LGMPC (LGM Properties Corporation) kini dibuka. LGM Properties Corporation (LGMPC) ditubuhkan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (MRB) 1996 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2002. LGMPC bertanggungjawab mengurus, mengembangkan harta tanah dan aktiviti sampingan lain dari Lembaga Getah Malaysia mempelawa waraganegara Malaysia memohon jawatan kosong Penolong Penyelia Ladang Di LGMPC. Maklumat jawatan adalah seperti dibawah : 

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Penolong Penyelia Ladang
Lokasi Jawatan : Johor
Nama Majikan : LGM Properties Corporation (LGMPC)
Gaji : -Tidak Dinyatakan
Taraf : Sepenuh masa/ Tetap
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : Tidak Dinyatakan

Bidang Jawatan :

  1. Penyeliaan dan operasi ladang adalah bahagian yang sangat penting dalam membantu pihak pengurusan menghasilkan pengeluaran hasil ladang yang baik dan bagi memenuhi kehendak itu, adalah satu keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja mahir dan terlatih dalam menjalankan tugasan di ladang.

Tanggungjawab Utama :

  • Pengeluaran hasil Sawit / BTS
  • Membantu penyelia ladang dalam memastikan pengeluaran hasil menepati sasaran tahunan.
  • Penyelenggaraan Kawasan Kelapa Sawit
  • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kerja meracun Lorong, bulatan & lalang, kawalan penyakit dan perosak, pangkasan pelepah, pembajaan, penyelenggaraan jalan & parit ladang dijalankan mengikut jadual kerja dan SOP yang telah ditetapkan.
  • Penjagaan Kenderaan & Jentera Ladang
  • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembuatan jalan dan parit ladang bagi laluan penuaian hasil ladang mengikut jangkamasa dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Penjagaan Perumahan kakitangan, Bangunan Pejabat & Perumahan Pekerja
  • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kawasan perumahan kakitangan & pekerja serta bangunan pejabat diselenggara dan berada dalam keadaan selamat.
  • Harta Benda Ladang
  • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kesemua harta benda ladang dalam keadaan selamat dan terkawal.
  • Kebajikan Pekerja
  • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjamin.

SYARAT UTAMA LANTIKAN PENOLONG PENYELIA LADANG DI LGMPC

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk permohonan Jawatan Kosong Penolong Penyelia Ladang di LGMPC boleh terus ke pautan : [Klik Disini]

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Penolong Penyelia Ladang Di LGMPC" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment