Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia

Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah membuka peluang kerjaya dan juga jawatan kosong  terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk memenuhi jawatan seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Juruteknik Komputer (4 Kekosongan)

Lokasi Jawatan : Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru, Teluk Intan

Nama Majikan : Lembaga Hasil Dalam Negeri

Gaji : Permulaan RM1,734.00

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DI LHDN

Syarat lantikan Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia adalah :

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Dan;
  2. Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; Atau;
  3. Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; Atau;
  4. Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
  2. Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui [Klik Disini] 
  3. Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui [Klik Disini]

MAKLUMAT TEMUDUGA

Selepas memohon Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia, Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad. Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi untuk keputusan pemilihan.

Sebarang perkembangan terkini dan maklumat lanjut berhubung tawaran Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia ini ,sila emelkan pertanyaan ke alamat: [email protected]

Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment