‘Hello Kedah’ Bawa Keseronokan dan Peluang Ekonomi kepada Komuniti Setempat

Penganjuran program Hello Kedah yang dijadualkan pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah, menampilkan sinergi kreatif antara Nu Ideaktiv dan Astro sebagai rakan penganjur. Program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Di samping itu, Hello Kedah juga bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim dalam komuniti dengan menyediakan platform untuk masyarakat berkumpul dan berinteraksi.

Program ini mendorong penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Masyarakat Kedah turut terlibat sebagai vendor jualan makanan dan minuman, memberikan peluang kepada penduduk untuk menambah pendapatan serta mempromosikan produk mereka. Vendor makanan akan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden yang terkenal di Kedah.

Hello Kedah juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui penggunaan tenaga kerja tempatan dalam pengurusan dan pelaksanaan acara. Program ini memberi sokongan ekonomi kepada peniaga kecil dan sederhana dengan menyediakan platform untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka, sekali gus mengukuhkan ekonomi setempat melalui penggunaan produk buatan tempatan.

Program Hello Kedah menawarkan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik untuk semua peringkat umur. Acara ini juga akan menyaksikan pelancaran aplikasi SeeNI dan laman web baharu KLiiK. SeeNI menggabungkan lebih daripada 20 portal majalah terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, memberikan akses mudah kepada pelbagai maklumat di hujung jari.

Aplikasi SeeNI menawarkan pelbagai kandungan dalam format menarik termasuk artikel, video, dan audio yang memenuhi minat pengguna. Manakala KLiiK adalah sebuah portal komuniti aktif yang menggerakkan pelbagai aktiviti atas talian untuk pengguna Ideaktiv. Setiap Kliik menyediakan manfaat seperti ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sampel percuma, acara, seminar, dan webinar yang menarik, semuanya di bawah satu portal.

Program Hello Kedah ini akan menunjukkan kepada komuniti terdapat pelbagai rancangan di Astro serta penyertaan komuniti dari portal majalah kekeluargaan, Makanan, New Gen & lelaki daripada Ideaktiv. Antara aktiviti yang berlangsung adalah senaman “Pound Stick“, Himpunan citi-cita Bintang Kecil, Pertandingan mewarna Bintang Kecil dan juga gunting rambut secara percuma di booth Ideaktiv.

Selain itu, program ini dirancakkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, Sepahtu dan ramai lagi yang menjanjikan aktiviti yang penuh dengan kemeriahan. Penampilan Khas selebriti tempatan ini telah memeriahkan suasana dengan persembahan mereka dan juga pengunjung berpeluang berinteraksi dengan artis kegemaran mereka melalui sesi autograf dan bergambar.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim berkata, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain daripada menjadi usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum.

Hello Kedah ini juga dilihat sebagau medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah. Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”

Dengan ini, diharapkan program “Hello Kedah” akan menjadi satu acara yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.

Leave a Comment