Gardenia & Najwa Latif Bergabung Untuk Inspirasi Kampus: Jelajah ‘Fuel Your Success’ Sasar 120,000 Mahasiswa

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) melancarkan inisiatif jelajah kampus bertajuk ‘Fuel Your Success – One Bite At A Time’, satu program khas yang menyasarkan pelajar universiti di seluruh Semenanjung Malaysia. Kempen ini menggabungkan elemen inspirasi, motivasi, dan pemakanan sihat – diperkasa oleh personaliti popular dan pensyarah, Najwa Latif, yang menyampaikan sesi perkongsian interaktif mengenai pengurusan masa, kawalan stres dan kemahiran komunikasi.

Majlis pelancaran rasmi berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dengan perasmian oleh Encik Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi. Turut hadir ialah Pn. Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia KL, bersama penampilan istimewa Najwa Latif.

Sepanjang jelajah ini, Najwa Latif akan mengunjungi 10 universiti utama, berkongsi pengalaman peribadi serta strategi praktikal bagi menghadapi cabaran sebagai pelajar. Setiap lokasi akan menerima kunjungan istimewa dengan lebih 120,000 pelajar dijangka terlibat. Peserta turut menerima sampel Ready-To-Eat (RTE) Gardenia, kupon diskaun eksklusif dan barangan edisi khas Gardenia.

Menurut Pn. Ena Suhaila, “Kami percaya bahawa kejayaan bermula dengan pilihan kecil yang bijak, termasuk dalam aspek pemakanan. Melalui jelajah ini, kami bukan sahaja mahu memperkenalkan produk RTE Gardenia yang mudah dan sesuai untuk pelajar, tetapi juga mahu dilihat sebagai jenama yang menyokong kesihatan mental dan fizikal generasi muda.”

Beliau turut mendedahkan pelancaran dua produk baharu dengan profil rasa berbeza yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. “Produk-produk ini bukan sahaja menyelerakan dan berkhasiat, tetapi juga ditawarkan pada harga yang mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, Encik Hirman mengalu-alukan program sebegini yang membantu pembangunan pelajar secara holistik. “Kementerian Pendidikan Tinggi menyambut baik usaha Gardenia dalam memotivasikan pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran dan memperkukuhkan kemahiran insaniah mereka,” ujar beliau.

Setiap siri program berdurasi dua jam, merangkumi sesi perkongsian dari Najwa Latif dan kuiz interaktif dengan hadiah menarik. Jelajah ini bermula sejak April dan akan tamat pada bulan Ogos 2025.

Jadual Jelajah Kampus Gardenia: Fuel Your Success – One Bite At A Time

NoTarikhNegeriUniversiti
126 AprSelangorUniversiti Putra Malaysia (UPM)
217 MeiKuala LumpurUniversiti Malaya (UM)
324 MeiNegeri SembilanUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
412 JunSelangorUniversiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam
521 JunPulau PinangUniversiti Sains Malaysia (USM)
65 JulPerlisUniversiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
72 OgosPahangUniversiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
89 OgosJohorUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
916 OgosSelangorUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1023 OgosKuala LumpurUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tentang Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL)

Sejak ditubuhkan pada tahun 1986, Gardenia KL kini merupakan antara peneraju pengeluar roti di Asia Tenggara. Dengan lebih 39 tahun pengalaman, Gardenia menghasilkan 57 jenis produk setiap hari merangkumi roti, kek, bun, waffle, dan mi kuning. Gardenia juga aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbangkan roti segar setiap hari kepada lebih 80 organisasi kebajikan sejak tahun 1991.