Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan Di GAMMA. Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) adalah merupakan satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) yang bertujuan menghubungkan orang awam melalui teknologi interaktif dan memastikan akses yang berterusan dengan agensi kerajaan melalui telefon pintar.
APA ITU GAMMA
GAMMA adalah platform digital tunggal yang melibatkan koleksi applikasi urusan rasmi agensi Kerajaan melalui telefon pintar. Ia Juga merupakan pusat bagi platform M-Goverment untuk semua perkhidmatan aplikasi telefon pintar. Perkhidmatan ini memberi peluang orang awam melihat dan memuat turun aplikasi kerajaan terus melalui peranti telefon pintar.
KATEGORI APLIKASI URUSAN RASMI AGENSI KERAJAAN
Kategori aplikasi yang tersedia di dalam GAMMA adalah seperti berikut :
- Aduan
- Berita dan Majalah
- Buku dan Rujukan
- Cuaca
- Kembara dan Dalam Negeri
- Komunikasi
- Komuniti : Gaya Hidup
- Komuniti : Kesihatan dan Kecergasan
- Komuniti : Kewangan
- Komuniti : Pendidikan
- Komuniti : Pengangkutan
- Komuniti : Sosial
- Media dan Video
- Perbelanjaan
- Perkakasan
- Perniagaan
- Personalisasi
- Perubatan
- Peta dan Navigasi
- Produktiviti
- Sukan
- Utiliti
GAMMA juga menyediakan aplikasi yang tersedia di majoriti platform di dalam Malaysia iaitu :
- Android
- IOS
- Huawei
APLIKASI TUMPUAN DI GAMMA
Antara aplikasi tumpuan yang telah mendapat muat turun tertinggi adalah seperti :
- MySejahtera : Kmenterian Kesihaan Malaysia
- MySPR SEMAK : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
- Volunteer Smartphone Patrol : Polis Diraja Malaysia
- Smart Quran : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Sistem Janji Temu Klinik KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia
CARA MENGGUNAKAN GAMMA
- Untuk menggunakan GAMMA dan mencari Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan, pengguna hanya perlu layari laman web rasmi GAMMA di [Klik Disini]
- Cari aplikasi tumpuan anda melalui kategori atau carian, atau juga melalui aplikasi tumpuan, muat turun tertinggi atau aplikasi terkini.
- Jika aplikasi carian anda sudah dijumpai, anda boleh ‘Click’ di icon pautan platform digital yang telah disediakan seperti gambar dibawah :
- Anda akan terus dibawa ke platform muat turun di platform yang tersedia.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan platform GAMMA dan Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan anda boleh terus pautan Soalan Lazim GAMMA di : [Klik Disini]
Juga untuk menghubungi GAMMA :
Alamat :
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.
Tel : +603-80008000
Emel : supports-gamma@mampu.gov.my
[Klik Disini] untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda