BKM Fasa 2 : Semakan Dan Jumlah Bayaran. BKM Fasa 1 telah pun selesai diagihkan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan pada Mac 2022. Kini tiba masa pula untuk pembayaran BKM Fasa 2.
BKM Fasa 2
Bagi fasa 2, pembayaran dijangka akan dibayar kepada penerima pada bulan Jun 2022. Masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak LHDN.
Manakala, jumlah pembayaran pula boleh anda lihat melalui jadual-jadual yang tertera di seperti dibawah :
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pembayaran fasa 1 sebelum ini iaitu melalui akaun bank penerima dan juga tunai di Bank Simpanan Nasional.
Permohonan Rayuan BKM
Untuk anda yang tidak menerima BKM fasa 1 atas sebab-sebab tertentu, anda boleh membuat rayuan utk menerima BKM bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022
Kaedah permohonan rayuan BKM adalah melalui :
Dalam talian (online) : Bermula 2 Mei 2022
Borang Manual : Bermula 9 Mei 2022
Untuk Kod Alasan Tidak Lulus BKM anda boleh memuat turun File PDF di :
Disenaraikan juga pembuktian sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukan ke Cawangan LHDNM bagi permohonan rayuan secara manual.
Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian boleh dibuat hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Rayuan tambahan tidak dibenarkan sekiranya SKK 2022 telah dibuat tuntutan.
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda
Permohonan Geran PKS Makmur Johor. Geran PKS Makmur Johor merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan dan merupakan kesinambungan Geran Orang Lokal (GOL). Nilai bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja.
Bantuan ini terbuka kepada usahawan yang bertaraf mikro sahaja. Mikro bermaksud perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (Merujuk Definisi oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), 2013).
Kelayakan Permohonan Geran PKS Makmur Johor
Kluster yang Layak memohon adalah seperti berikut :
Gunting rambut
Pemprosesan makanan dan minuman
Percetakan
Kimpalan
Pertukangan kayu
Kluster yang Tidak Layak adalah seperti berikut :
Agro/Perikanan/Penternakan
Elektrik dan Plumbing
Kedai makan dan minum
Pelancongan dan Penginapan
Sukan dan Hobi
Teknologi Maklumat / Komputer / Gajet
Pemborong dan Peruncitan
Lain- lain kluster yagn tidak dinyatakan diatas
Syarat Permohonan
Syarat untuk membuat permohonan Geran PKS Makmur Johor adalah
Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun dan berumur 18 – 65 tahun semasa permohonan dibuat.
Mempunyai premis perniagaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.
Telah menjalankan perniagaan selama 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Perniagaan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa dan bukan sambilan.
Ketika permohonan dibuat perlu mengemukakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat), salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan, gambar premis perniagaan, gambar produk yang dihasilkan, mengemukakan salinan penyata akaun syarikat atau penyata akaun simpanan peribadi yang aktif untuk 1 bulan terkini dan gambar mesin atau peralatan yang diperlukan.
Hanya permohonan Lengkap dan memenuhi kriteria sahaja akan diproses dan disaring ke fasa seterusnya
Keutamaan permohonan kepda yang Belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat.
Skop Bantuan Yang Akan Diberikan
Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan bernilai sehingga RM5,000 sahaja
Cara Membuat Permohonan
Borang permohonan Geran PKS Makmur Johor boleh diisi menerusi Website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd di :
Hanya permohonan yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB
Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 3 buan dari tarikh tutup permohonan Dianggap Tidak Berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang tidak berjaya.
Permohonan dibuka semula 20 April 2022 (Rabu), Jam 8 malam hingga 26 April 2022 (selasa) Jam 5 petang
Satu permohonan hanya layak untuk satu syarikat sahaja
Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.
Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan Permohonan Geran PKS Makmur Johor, anda boleh hubungi melalui aplikasi Whatsapp dan juga email :
Whatsapp : 011 – 2075 5135
Emel : jabatanprogram.pujb@gmail.com
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.
Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP. Setelah 9 April 2022, Ramai di kalangan anda telah menyemak permohonan Pengeluaran Khas KWSP untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan status Pengeluaran Khas berkenaan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.
Portal Khas Permohonan
Untuk Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP, Jika anda pencarum KWSP yang berkelayakan, dan berminat untuk membuat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, anda boleh layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas sebelum 30 April 2022 di :
Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
Tekan Teruskan dan sahkan Identiti anda melalui pengesahan nombor OTP (melalui SMS) atau soalan keselamatan
Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN, Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
Tekan TERUSKAN.
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
Anda boleh mencetak dan atau memuat turun borang permohonan untuk tujuan rujukan dimasa akan datang.
Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal di bawah atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).
Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 maksimum Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri , berikut kami kongsikan berkaitan semakan status permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.
Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Permohonan boleh dibuat di portal khas Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Permohonan dibuka kepada pemohon yang berumur 55 tahun kebawah
Permohonan dibuka pada 1 April 2022 sehingga 20 April 2022
Pembayaran akan dibuat dalam 1 bayaran sahaja.
Pembayaran akan dikreditkan kedalam akaun bank simpanan semasa ahli
Akaun bersama atau akaun syarikat tidak dibenarkan
Ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP sebelum membaut permohonan
Jumlah Maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM10,000 dan minimum adalah RM50.
Pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April 2022
Portal Khas Permohonan
Jika anda pencarum KWSP yang berkelayakan, dan berminat untuk membuat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, anda boleh layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas di :
Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
Tekan Teruskan dan sahkan Identiti anda melalui pengesahan nombor OTP (melalui SMS) atau soalan keselamatan
Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN, Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
Tekan TERUSKAN.
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
Anda boleh mencetak dan atau memuat turun borang permohonan untuk tujuan rujukan dimasa akan datang.
Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).
Maklumat Tambahan
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Maklumat Lanjut
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP :
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.