Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP

Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP. Setelah 9 April 2022, Ramai di kalangan anda telah menyemak permohonan Pengeluaran Khas KWSP untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan status Pengeluaran Khas berkenaan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

Portal Khas Permohonan

Untuk Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP, Jika anda pencarum KWSP yang berkelayakan, dan berminat untuk membuat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, anda boleh layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas sebelum 30 April 2022 di :

[adinserter block=”11″]
  1. Pilih MOHON SEKARANG
  2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan Teruskan dan sahkan Identiti anda melalui pengesahan nombor OTP (melalui SMS) atau soalan keselamatan
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN, Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
  10. Anda boleh mencetak dan atau memuat turun borang permohonan untuk tujuan rujukan dimasa akan datang.

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal di bawah atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).

Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP

Jika anda menerima status PERMOHONAN DITERIMA :

1649731453447497 1
  1. Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  2. Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022

Jika anda menerima status TIADA REKOD :

1649731448816683 2
  1. Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  2. Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Penjelasan Status Pengeluaran Khas KWSP :

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  • Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Leave a Comment