Category: News

  • Ernie Zakri Melancarkan Lagu Raya Baru Yang Bertajuk ‘HAHAHAHAHari Raya’

    Sama seperti banyak penyanyi lain di Malaysia, Ernie Zakri yang mempunyai bakat vokal yang luar biasa tidak mahu terlepas peluang untuk menyemarakkan suasana Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, Ernie telah melancarkan sebuah lagu raya baru yang bertajuk ‘HAHAHAHAHari Raya’.

    Lagu ini merupakan ciptaan serta tulisan Ernie Zakri sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, dan Ajay Amai. Disusun dan diterbitkan oleh Adib Hussin serta Glowrush, lagu ini mempunyai gaya yang tersendiri.

    “Seperti lagu-lagu seniwati Saloma, ia ada nuansa era tahun 1950-an. Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu Raya saya sebelum ini,” ujar Ernie membuka bicara.

    Ernie juga memberitahu bahawa proses rakaman lagu ini sangat mudah. “Pada awalnya sudah ada versi yang pendek sekitar dua minit. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit lagu ini. Di situ saya tambahkan melodi, khasnya di rangkap bridge kerana ingin menyerlahkan sedikit gaya baharu pada karya ini. Jadi, ada unsur moden juga dan tidaklah seperti lagu Saloma dari era 50-an sepenuhnya.

    Malah, semasa bekerja dengan rakan-rakan penulis di Faithful Music, saya selalu dapat pengalaman baharu selain mempelajari teknik-teknik lain dalam mencipta lagu baharu. Saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka sambil merungkai bunyian baru dalam muzik,” tambah Ernie lagi.

    Lagu ini turut ditampilkan dengan sebuah video muzik yang dirakam semasa bulan puasa. “Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tiga orang adik-beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua orang adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan sangat santai,” jelasnya lagi.

    Video Muzik HAHAHAHAHari Raya turut menampilkan jenama tudung Ernie sendiri iaitu Ayuwan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, tudung Ayuwan miliknya sudah muncul di aneka acara termasuk di Star Vendor, KL Convention Centre pada 30 Mac lalu. Ernie juga sempat mempromosikan tudung Ayuwan pada 31 Mac 2024 di Sogo KL semasa mempersembahkan lagu HAHAHAHAHari Raya di lokasi tersebut. Ini telah diikuti dengan sesi ramah mesra bersama peminat dan media di penghujung acara.

    Saat ditanya tentang harapan, Ernie hanya mahukan yang terbaik untuk lagu raya ini. “Kalau boleh semua orang mahu lagu raya mereka menjadi malar segar dan berkekalan, namun yang paling penting, saya ingin lagu ini membuat pendengar tertawa dan gembira. Saya mahu mereka menikmatinya, sesuai dengan konsep lagu ini sebagai sebuah lagu musim perayaan Aidilfitri. Semoga para pendengar akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan berhari raya saat mendengar lagu ini,” ulas Ernie lagi.

    HAHAHAHAHari Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 27 Mac 2024.

  • The Gadys Mahu Memberi ‘Cuti Raya’ Kepada Pendengar

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu-satunya peristiwa yang sangat ditunggu oleh umat Islam di seluruh dunia selepas menunaikan ibadah puasa selama sebulan penuh. Ia merupakan momen penuh kegembiraan dan kebahagiaan di mana keluarga dan rakan-rakan bergembira bersama-sama dalam suasana penuh kasih sayang dan kesatuan.

    Kemeriahan dan kegembiraan hari raya ini sungguhlah memikat hati dan menggamit
    kenangan indah dalam ingatan semua orang yang menyambutnya dengan penuh rasa syukur.

    Mengiringi sambutan hari kemenangan itu tentu saja dendangan lagu raya yang
    berkumandang di corong-corong radio. Selain menggamit memori dengan rangkaian lagu raya lama, tidak dilupakan karya baharu lagu raya yang turut mencuit hati pendengar.

    Kumpulan The Gadys misalnya muncul dengan lagu raya berjudul Cuti Raya yang dianggap sangat dekat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja pada musim perayaan ini.

    The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan mahu lagu Cuti Raya ini menjadi antara lagu raya paling diminati tahun ini seterusnya kekal evergreen.

    “Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja. Lagu Cuti Raya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie.

    Berkongsi lanjut, Aznie berkata, proses rakaman lagu Cuti Raya sangat menyeronokkan. “Proses rakaman lagu raya adalah antara proses yang sangat ‘fun’ sebabnya ini kan lagu raya, pelbagai emosi yang boleh kita letak dalam setiap melodi dan nyanyian yang kita nyanyikan.

    “Pada mulanya banyak juga lirik yang dicuba dan diubahsuai agar lirik itu lebih kena dengan situasi dan keadaan semasa ramai orang di luar sana apabila mendengar lagu ini,” katanya.

    Bagi Ayunie, bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penghasilan lagu Cuti Raya ini satu lagi pengalaman berharga buat mereka. “Pengalaman yang kami lalui sangat seronok dan semuanya dipermudah dengan lancar. Setiap pihak memberi kerjasama yang baik. Semasa rakaman kami bersama-sama berkongsi idea untuk menjayakan lagu Cuti Raya ini. Kami sangat selesa semasa bekerja dengan setiap pihak semasa proses Cuti Raya ini dijalankan,” katanya.

    Menurutnya, dia berharap lagu Cuti Raya ini dapat diterima baik oleh semua peminat dan pendengar. “Kami berharap Cuti Raya ini akan sentiasa didengari oleh setiap orang setiap kali raya dan kami juga mengharapkan setiap pendengar Cuti Raya gembira dan menerima Cuti Raya dengan seadanya,” katanya.

    Sementara itu, Thamiera berkata, lagu Cuti Raya ni sangat kena untuk orang yang bekerja dan tidak mendapat cuti pada sambutan hari raya ini. Thamiera berkata, penggambaran video muzik lagu Cuti Raya ini dijayakan dengan baik hasil daripada kerjasama semua pihak.

    “Alhamdullilah, penggambaran MV semua berjalan dengan lancar. ‘Calltime’ saya yang paling awal iaitu jam 6.30 pagi saya dah sampai ke lokasi yang diberi. Lepas habis bahagian saya, saya sempat tidur di bilik artis sementara menunggu gadys yang lain habis juga. “Selepas mereka pun habis, kami bersama-sama berbuka puasa dan selepas itu juga kami terus ke lokasi yang terakhir. Pasukan produksi sangat mudah untuk bekerjasama dan kami sangat selesa, seronok sepanjang proses rakaman,” katanya.

    Lagu Cuti Raya adalah ciptaan Ja’a, Mage dan Glowrush dan menampilkan Adib Hussin dan Glowrush selaku penerbit.

    Lagu Cuti Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music,
    KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi The Gadys pada 29 Mac 2024.

  • Aisha Retno dan Aziz Harun Tampil Dengan Lagu Duet ‘Ketipak Ketipung Raya’

    Aisha Retno dan bintang kelahiran Brunei, Aziz Harun, kembali bersama pada tahun ini dengan lagu baharu bertajuk ‘Ketipak Ketipung Raya’, setelah kejayaan lagu duet mereka yang berjudul ‘Jarak’ pada tahun lalu. Lagu ini dicipta sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

    Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.

    “Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok. Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.

    Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz Harun.

    Saat ditanya apakah maksud di sebalik lagu ini, kedua-dua artis ini memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan sebenarnya sangat mudah, iaitu tentang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    “Ia memaparkan tema-tema umum yang sering ditampilkan dalam banyak lagu raya yang lain. Ia menggambarkan kekecohan persiapan di pagi raya sambil bertanyakan hal-hal biasa seperti sudahkah baju raya dibeli, sama ada juadah hari raya sudah siap dan sebagainya. Ia juga mencerminkan keseronokan suasana berhari raya tanpa mengira status dan generasi. Dari situ jugalah saya memasukkan unsur tradisional lagu ini, iaitu rentak Joget untuk menjadikannya lebih rancak dan menarik,” ujar Aisha Retno pula.

    Malah, kedua mereka bersetuju menyatakan bahawa proses rakaman lagu ini tidak banyak halangan dan berjalan dengan sangat lancar.

    “Proses rakaman sebenarnya sangat cepat. Pihak pengurusan saya menguruskan pertemuan dengan Aisha serta Glowrush penerbit kami, dan kami menyiapkannya dalam masa beberapa jam sahaja. Kami masing-masing hanya memerlukan tiga jam setiap seorang untuk proses rakaman vokal di dalam studio”.

    “Saya masih ingat ia terjadi pada hari Ahad dan lagu itupun sudah hampir siap kerana kami hanya perlu memasukkan bahagian ‘bridge’ dan rangkap kedua kerana bahagian pertama lagu sudah pun dikeluarkan di media sosial pada tahun sebelumnya,” tambah Aziz lagi.

    Mereka berdua juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.

    “Aziz seorang yang sangat berbakat dan kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dengan hasil kerjanya yang terbukti hebat dan komitmennya yang berterusan, saya tidak ragu-ragu untuk berkolaborasi lagi dengannya. Lagipun saya memang dah lama inginkan lagu raya sendiri dan sekarang terhasillah duet ini dan saya rasa ia mampu pergi jauh sebagai salah satu koleksi duet kami bersama,” ungkap Aisha penuh gembira.

    Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja.

    “Ia dirakam sekali harung dan menampilkan warga kerja Faithful Music, iaitu syarikat rakaman naungan Aziz Harun. Suasana yang ditampilkan juga sangat santai dan berjalan dengan lancar. Ini kali pertama Aziz dan saya merakam video muzik secara sekali harung dan hanya perlukan beberapa tangkapan semula sahaja. Tapi saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini,” tambah Aisha lagi.

    “Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan. Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya,”bingkas Aziz.

    “Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget. Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok,” kata Aisha menutup bicara.

    Bakal dikeluarkan pada tarikh 22 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia, ‘Ketipak Ketipung Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

    Kredit:

    Artis: Aisha Retno & Aziz Harun

    Tajuk: Ketipak Ketipung Raya

    Produser: Glowrush

    Komposer:  Aisha Retno, Aziz Harun, Glowrush

    Penulis Lirik: Aisha Retno, Aziz Harun, Glowrush

    TENTANG FAITHFUL MUSIC

    Diasaskan oleh Faizal Tahir pada 2015, Faithful Music Sdn. Bhd. (FAITHFUL) merupakan syarikat rekod, penerbit muzik, dan rumah produksi terkemuka. Berkomitmen membina bintang dan mencipta hit, FAITHFUL menekankan kuasa muzik menyatukan. Melalui inovasi dan kepelbagaian, ia merangsang kolaborasi unik dan memberi perhatian teliti kepada artis, penulis dan kliennya. FAITHFUL percaya muzik sebagai bahasa universal kedamaian, bertujuan menghubungkan budaya dan memupuk komuniti berdasarkan etosnya.

    TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT

    Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman.

    Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami sini.

  • Selepas Pengeluaran Dokumentari ‘This is Johan’, Kini Lagu ‘Berlian’ Bersama Gard

    Meneruskan momentum kejayaan selepas kejayaan dokumentari epik “This is Johan” yang menjadi sejarah, dan pengumuman konsert di Singapura pada 5 Julai 2024, Joe Flizzow, Presiden hiphop terkemuka Malaysia, terus membangunkan kejayaan tanpa mengabaikan peluang apa pun. Karya terbarunya yang menarik perhatian adalah lagu hebat berjudul ‘Berlian’.

    Dikenali dengan kerjasama yang berjaya tanpa tandingan, kali ini Joe mengundang bintang muda tempatan Gard, yang dihormati dalam arena bawah tanah dan dikenali dengan gaya pengait yang luar biasa dan gaya penyampaian vokal yang tidak lazim. Ia merupakan bukti kepada keyakinan Joe terhadap masa depan. Gard telah tampil di 16 Baris dan kini di sebuah lagu bersama-sama dengan Joe sendiri. 16 Baris terus membuktikan relevansinya dalam komuniti hip hop.

    Berlian, dicipta dan ditulis oleh Din Tiger dan rakan kerja hiphop kegemaran Joe, SonaOne, karya ini juga diterbitkan oleh Din dan SonaOne serta disusun oleh SonaOne sendiri.

    Berlian berfungsi sebagai pengingat metafora tentang sifat sekejap kehidupan, mendorong kita untuk merangkul setiap saat sepenuhnya. Sama seperti puisi yang dihidupkan, “Berlian” berusaha untuk merangkumi momen-momen yang terlepas dan mengubahnya menjadi lagu yang abadi.

    Dengan lagu “Berlian”, Joe Flizzow terus memprovokasi pendengar dan memicu perdebatan sengit mengenai apa masa hadapan hip-hop di Malaysia.

    Proses rakaman juga tidak memakan waktu yang lama. “Kami lakukan semuanya dalam sehari. Saya menulis rangkap pertama tidak sampai sejam. Terus ke mikrofon dan mencipta dua baris pertama saya dan menyiapkan rangkap pertama bawah 30 minit,” ujar Joe.

    Lagu yang menarik ini turut disertakan dengan sebuah video muzik hebat yang menampilkan pelakon tersohor Malaysia Sazzy Falak, yang berjaya memberikan kelebihan kepada jalan cerita lagu dan video tersebut.

    Seperti karya-karyanya terdahulu, Joe berharap lagu Berlian akan diterima baik oleh para peminatnya dan pencinta muzik secara umum. “Perasaannya seperti kami telah mencipta berlian. Ada orang akan menghargai berlian dan ada yang tidak. Namun berlian kekal abadi,” akhiri Joe.

    Single Berlian boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music pada 8 Mac 2024, muzik video juga sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Joe Flizzow pada 9 Mac 2024.

  • ‘BALIK RAYA’ FROM TRIO ROCKETFUEL ENTERTAINMENT TO HYPE UP YOUR EID CELEBRATIONS

    ‘BALIK RAYA’ FROM TRIO ROCKETFUEL ENTERTAINMENT TO HYPE UP YOUR EID CELEBRATIONS

    Wani Kayrie, Indah Ruhaila, and Nadeera, three of Rocketfuel Entertainment’s top female singers have teamed up to perform Rushdan’s wonderful “BALIK RAYA,” an Eid song.

    The pop Eid number, a classic with a temporary twist, took about two months to produce through three separate recording processes for each of the artists involved, which later was merged into a complete song.

    In conjunction with the Hari Raya celebration and launch of BALIK RAYA music video (MV) held at Centre Court, Pavilion Bukit Jalil, Rocketfuel Entertainment hosted a special viewing and iftar session with friends from the media.

    According to Wani Kayrie, no matter how busy we are in our daily lives, as the festive season approaches, one thing for sure, a return to your hometown is a must to be with family, “Working 24/7 in the entertainment industry is no excuse not to go back to your hometown, and when Eid arrives I will always make time to fly back to Sandakan, Sabah, to be reunited with my loved ones.

    BALIK RAYA isn’t just about returning to your hometowns, it’s more than that, and as Muslims, we only celebrate it once a year. Why not seize this opportunity to strengthen family ties, cherish our time together, seek happiness in simplicity, and appreciate our loved ones, especially after the COVID-19 pandemic, where some may have lost family members.

    For Indah Ruhaila, the latest addition to the Rocketfuel Entertainment family, her experience during the filming of BALIK RAYA MV is something that shall remain unforgettable forever, “Imagine filming an MV for 24-hours straight! But in the end we managed to wrap it at 5 am. Filming took place in Sekinchan and I thoroughly enjoyed the whole experience.

    “Wani and I even choreographed our ‘impromptu’ dance routine that we hope will go viral as a ‘dance challenge’.

    Indah also shared one of her experiences during Ramadan at a bazaar when she was only 15, “What an experience it was! I used to help my family to sell food throughout the fasting month, and even though it rained sometimes and the water level would rise, we continued to run our business and the whole experience is just priceless! Apart from meeting with relatives and getting together with your loved ones on that special day.

    For newcomer Nadeera, recording her first ever Eid song is truly an unforgettable moment, “Alhamdulillah, I’m just grateful and over the moon to be part of this special project together with other great female singers like Wani Kayrie and Indah Ruhaila.

    “As a new artist, this coming Eid is special because I’ve never received any greetings from fans, and this will be the first of many more to come, apart from celebrating with family and friends, normally we just keep it simple and within family.

    Mr. Prem Anand, Head of Rocketfuel Entertainment, commented, “Just like the previous years, Rocketfuel will always come up with a few Raya songs to hype up the holy month of Ramadan,  and for this year we bring you three of our top female singers in one song.

    “I expect this song will be a new ‘favorite’ during the festive season and continues to be listened to every year by everyone.

    Wani, Indah and Nadeera hope that the song will be well-accepted by listeners throughout the country and get you in the mood to go back to your kampung and be with family, Wani added, “We really hope you enjoy listening to BALIK RAYA on your way back to see your loved ones and get in the spirit of Raya, and have a great celebration from all of us.

    BALIK RAYA is available for download on iTunes and as a caller ringtone from all major telecommunication service providers, and could easily be streamed and enjoyed 24/7 through various music-streaming portals such as Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music and also YouTube Music.

    The MV is available for viewing exclusively on the official Rocketfuel Network YouTube channel.