Category: Kerjaya

Senarai Kerjaya Seluruh Malaysia – Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor & Terengganu.

  • Jawatan Kosong Pemandu Di LGMPC 2021

    Jawatan Kosong Pemandu Di LGMPC 2021

    Jawatan Kosong Pemandu Di LGMPC (LGM Properties Corporation) kini dibuka. LGM Properties Corporation (LGMPC) ditubuhkan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (MRB) 1996 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2002.LGMPC bertanggungjawab mengurus, mengembangkan harta tanah dan aktiviti sampingan lain dari Lembaga Getah Malaysia mempelawa waraganegara Malaysia memohon jawatan sebagai pemandu di LGM Properties Corporation (LGMPC). Maklumat jawatan adalah seperti dibawah : 

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pemandu
    Lokasi Jawatan : Pahang
    Nama Majikan :LGM Properties Corporation (LGMPC)
    Gaji : -Tidak Dinyatakan
    Taraf : Sepenuh masa/ Tetap
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : Tidak Dinyatakan

    Bidang Jawatan :

    1. Bertanggungjawab dalam memastikan kenderaan Perbadanan dijaga dengan baik.

    Tanggungjawab Utama :

    • Penyelenggaraan Jalan & Parit Ladang
    • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan dan parit ladang bagi laluan penuaian hasil ladang mengikut jangkamasa dan spesifikasi yang ditetapkan.
    • Penjagaan kenderaan & Jentera Ladang
    • Bertanggungjawab memastikan kenderaan & jentera di guna dan diselenggara serta dibersihkan 1 kali seminggu mengikut spesifikasi dan perancangan jadual.
    • Keselamatan & Kesediaan Kenderaan
    • Memastikan kenderaan sentiasa selamat dan bersih. Memastikan kad tol dan minyak berisi untuk digunakan bagi kegunaan rasmi.
    • Saman trafik & Kenderaan
    • Sifar saman dan kemalangan . Bertanggungjawab dalam pemanduan berhemah dan sentiasa segar semasa pemanduan.
    • Laporan & Rekod log Kenderaan
    • Sentiasa merekod buku log pada setiap perjalanan dan mengemaskini rekod-rekod kerja dan melapor kepada Pengurus Ladang setiap bulan.

    SYARAT UTAMA LANTIKAN JAWATAN KOSONG PEMANDU DI LGMPC

    1. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    2. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
    3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk permohonan jawatan kosong pemandu di LGMPC boleh terus ke pautan : [Klik Disini]

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang

    Jawatan Kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang

    Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang. Permohonan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan diberikan keutamaan kepada anak jati Negeri Pulau Pinang bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) 24 kekosongan
    Lokasi Jawatan : Pulau Pinang
    Nama Majikan : Yayasan Islam Pulau Pinang
    Kadar Elaun : RM 700 (3 Jam x 3 Hari Seminggu)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Lantikan : Kontrak / Sambilan
    Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2021

    EMOLUMEN MAJIKAN :

    Caruman KWSP Majikan : RM91.00
    Caruman SOCSO Majikan : RM11.35

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun  dan tidak lebih 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

    SYARAT LANTIKAN GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) MENENGAH

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    • Sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia
    • Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain (mana-mana pemohon yang menjawat jawatan rasmi dan berhasrat untuk memohon jawatan guru hendaklah mengemukakan surat kebenaran bertulis daripada majikan)

    PERMOHONAN JAWATAN

    • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang melalui pautan ini : [Klik Disini]
    • Permohonan yang lewat / tidak mencukupi syarat/ tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipanggil ke temuduga.
    • Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil ke temuduga

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang boleh terus ke pautan : [Klik Disini]

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Pelatih Operator Peralatan Kontena Di NORTHPORT (Malaysia) BHD

    Jawatan Kosong Pelatih Operator Peralatan Kontena Di NORTHPORT (Malaysia) BHD

    Jawatan Kosong Pelatih Operator Peralatan Kontena Di NORTHPORT (Malaysia) BHD. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di NORTHPORT (MALAYSIA) BHD.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pelatih Operator Peralatan Kontena
    Lokasi Jawatan : NORTHPORT
    Nama Majikan :NORTHPORT (Malaysia) BHD
    Gaji : Minima RM1,200 (Gaji Pokok)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 8 Oktober 2021

    Bidang Jawatan :

    1. Pengendalian jentera / mesin Prime Mover (PM) untuk aktiviti ‘loading’ & ‘discharge dari kapal di kawasan dermaga

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pelatih Operator Peralatan Kontena adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan
    3. Berumur  21-35 tahun

    SYARAT LANTIKAN PELATIH OPERATOR PERALATAN KONTENA

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Mempunyai Sijil SPM
    2. Mempunyai lesen D
    3. Sanggup bekerja 3 shif bagi lelaki dan 2 shif untuk perempuan
    4. Sihat tubuh badan
    5. Tiada masalah rabun warna
    6. Berat tidak melebihi 105Kg & tinggi sekurang-kurangnya 163Cm
    7. Tiada rekod jenayah

    FAEDAH DAN KEMUDAHAN

    1. Caruman KWSP & PERKESO
    2. Elaun dobi, elaun shif & elaun makan
    3. Insentif kontena
    4. Elaun kerja lebih masa/kerja hari cuti umum
    5. Bonus tahunan (mengikut kelayakan)
    6. Kemudahan perubatan & pergigian
    7. Uniform & PPE disediakan
    8. Cuti tahunan
    9. Kemudahan kantin dan surau
    10. Kemudahan kelab rekreasi & gymnasium

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon yang berminat , boleh mempbuat pendaftaran nama dengan menghubungi

    En. Shahril Faizal di talian 03-31698888 (sambungan 11006 atau 11034)

    atau emel ke

    shahrilf@northport.com.my

    Permohonan yang terpilih akan dihubungi untuk ditemuduga secara maya (Virtual interview) dan ianya tertakluk kepada pemeriksaan fizikal yang kan ditetapkan kemudian di premis Northport.

    Untuk maklumat lanjut boleh terus ke portal rasmi NORTHPORT (Malaysia) : [Klik Disini]

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  • Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS

    Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS

    Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS. Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) / warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Keutamaan akan diberi kepada anak kelahiran Negeri Selangor.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Penolong Akauntan Gred W29
    Lokasi Jawatan : Selangor
    Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kuala Selangor
    Gaji :
    Minima RM1,498.00 dan Maksima RM5,678.00
    i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
    ii. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
    iii. Bantuan Sara Hidup : RM 350.00
    iv. Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Lantikan : Kontrak
    Tarikh Tutup Permohonan : 4 Oktober 2021

    Bidang Jawatan :

    1. PERKHIDMATAN KEWANGAN

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 MPKS

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    • Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
    • Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
      (Nota: Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)
    • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
      (Gaji permulaan ialah pada RM1,510.92.00)
    • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU
      (Gaji permulaan ialah pada RM1,510.92)
    • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: ATAU
      (Gaji permulaan ialah pada RM1,776.08)
    • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada RM2,001.68)
    • Had umur lantikan tidak lebih daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

    PERMOHONAN JAWATAN

    • Semua permohonan jawatan Penolong Akauntan Gred W29 di MPKS hendaklah dibuat dengan mengisi borang on-line dengan melayari portal rasmi [Klik Disini]
    • Semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) atas talian :
      i. Resume;
      ii. Salinan akademik (PMR/ PT3/ SPM/ STPM/ DIPLOMA/ IJAZAH/ TRANSKRIP);
      iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
      iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
      v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
      vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;
      vii. Salinan Lesen Memandu (wajib)
      viii. Gambar Berukuran Pasport.
    • [Pastikan perkara diatas adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal]
    • Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini; DAN
    • Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.
    • Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga
    • Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut;
      i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
      ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS boleh terus ke pautan [Klik Disini]

    Juga boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kuala Selangor di talian 03-32891439.

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA

    Jawatan Kosong Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA

    Jawatan Kosong Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak, tetap atau peminjaman sepertimana berikut:

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Ketua Pustakawan Gred S54
    Lokasi Jawatan : Terengganu
    Nama Majikan : Universiti Sultan Zainal Abidin
    Gaji : Minima RM6,070 dan Maksima RM13,138
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 11 Oktober 2021 (12 tengahari)

    Tempoh Lantikan :

    Satu (1) hingga tiga (3) tahun perkhidmatan bagi setiap lantikan tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti.

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Lulus SPM dengan Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN KETUA PUSTAKAWAN GRED S54 DI UniSZA

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Mempunyai kelayakan ljazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    3. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    KRITERIA PEMILIHAN

    1. Pengalaman
      Pernah mengetuai Jabatan/ Bahagian penting di mana-mana Universiti serta berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perpustakaan.
    2. Kebolehan Memimpin & Mengurus
      Mempunyai “people skill” yang boleh menerajui tranformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi selaras “core business” Universiti serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kerja cemerlang.
    3. Reputasi
      Menjadi “role model” kepada semua peringkat staf, selain mempunyai pengalaman dan “proven track record” serta disanjung baik dan dihormati masyarakat dalam dan luar kampus.
    4. Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Yang Mantap
      Mempunyai kemahiran komunikasi dan “interpersonal” yang mantap.
    5. Personaliti
      Seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, “team player”, berpandangan jauh, proaktif, dinamik, bertanggungjawab, beretika, berintegriti, patriotik dan bermotivasi tinggi.
    6. Pengurusan Perubahan & Risiko
      Berusaha menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan mengggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada. Berusaha mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon boleh mengemukakan permohonan jawatan Ketua Pustakawan Gred S54 dengan menyertakan maklumat seperti berikut:

    1. Curriculum vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar ukuran passport, salinan sijil akademik, lain –lain dokumen sokongan
    2. Ringkasan perancangan sekiranya dilantik sebagai Ketua Pustakawan.
    3. Calon hendaklah disahkan sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
    4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
    5. Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak Universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.
    6. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:

    Pendaftar
    Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
    Kampus Gong Badak
    21300 Kuala Nerus
    Terengganu Darul Iman
    E-mel: pendaftar@unisza.edu.my
    Telefon: 09-668 8360

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan Ketua Pustakawan Gred S54 boleh hubungi :

    Puan Majedah binti Mokhtar (09-668 8369)
    majedah@unisza.edu.my

    Puan Wan Mazrina binti Wan Mansor (09-668 8398)
    mazrinamansor@unisza.edu.my

    Atau terus ke portal rasmi UniSZA di pautan berikut : [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi Info jawatan kosong dan kerjaya untuk anda