Category: Informasi

Informasi bantuan kerajaan, GKP, BKM, bantuan kewangan, BPN dan pelbagai lagi.

  • Tarikh Bayaran BKC Fasa 3 Disember 2021

    Tarikh Bayaran BKC Fasa 3 Disember 2021

    Tarikh Bayaran BKC Fasa 3 Disember 2021. Untuk makluman, pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) melibatkan 3 fasa iaitu September, November dan Disember 2021.

    TARIKH BAYARAN BKC FASA 3 DISEMBER 2021

    Bantuan Khas Covid-19 adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

    Berikut adalah jadual amaun pembayaran bantuan kepada kategori penerima yang layak.

    bkc fasa 3

    TARIKH PEMBAYARAN

    Tarikh Bayaran BKC Fasa 3 Disember 2021 untuk kategori Miskin dan kategori B40 adalah pada :

    Hari : Isnin

    Tarikh : 20 Disember 2021

    Penerima yang mempunyai akaun bank akan terus menerima bayran ke dalam akaun bank

    Penerima yang tidak mempunyai akaun bank ( termasuk di Sabah & Sarawak) akan menerima pembayran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa

    SEMAKAN STATUS

    Semakan status BKC anda boleh dibuat di laman portal rasmi BKC : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan juga bantuan untuk anda

  • Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera

    Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera

    Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B bermula pada 13 Oktober 2021 susulan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 (JKJAV) Bil. 18/2021 pada 30 September 2021 dalam pemberian dos penggalak kepada penerima yang telah vaksin lengkap. Program ini dijangka melibatkan seramai 23 juta orang di Malaysia.

    DAFTAR VAKSIN DOS PENGGALAK MELALUI MYSEJAHTERA

    Untuk Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera, Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di  Aplikasi MySejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:

    1. Tekan Helpdesk
    2. Mula
    3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
    4. Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
    5. Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.

    Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In

    KEMUDAHAN VAKSIN DOS PENGGALAK DAFTAR SECARA WALK IN

    Sementara itu KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.

    Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

    CARA DAFTAR MELALUI ‘WALK IN’

    Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:

    • Individu yang layak pemberian dos penggalak;
    • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
    • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
    • Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
    • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

    Walaubagaimanapun buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

    • Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
    • Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
    • Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
    • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
    • Ibu mengandung; dan
    • Keperluan ke luar negara

    SENARAI PPV YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SECARA ‘WALK IN’

    Anda boleh merujuk lokasi PPV yang mengambil bahagian dalam perkhidmatan pengambilan vaksin dos penggalak melalui pautan : [Klik Disini]

    Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera dan juga secara walk in, anda boleh terus ke portal rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di pautan : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi terbaru dan terkini untuk anda

  • Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022

    Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022

    Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bonus Penjawat Awam 2022 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 yang lalu. Untuk makluman, Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022 ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.

    BONUS PENJAWAT DAN PESARA KERAJAAN JANUARI 2022

    Bayaran sebanyak RM 700 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah beserta dengan gaji bulan Januari 2022 nanti, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khai­rul Adib Abd. Rahman.

    Sementara itu, bayaran RM350 diberikan kepada Pesara Kerajaan bersekali dengan bayaran pencen Januari 2022.

    KATEGORI KELAYAKAN

    Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak. Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak akan diperincikan dalam kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan JPA seperti sebelum ini.

    Untuk rekod, bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

    Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022 ini, anda boleh terus ke pautan portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam/ Bahagian Pencen JPA melalui pautan dibawah :

    1. Jabatan Perkhidmatan Awam : [Klik Disini]
    2. Bahagian Pencen JPA : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi terbaru dan terkini untuk anda

  • Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

    Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

    Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM. Dengan pelanjutan pengurangan kompaun saman diskaun sehingga 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021, ramai yang ingin membayar saman yang tertunggak dengan berbagai-bagai cara termasuk lah melalui mesin ATM.

    BAYAR SAMAN PDRM MELALUI MESIN ATM

    Sekiranya anda ingin menggunakan mesin ATM Maybank untuk membuat pembayaran saman, berikut adalah merupakan caranya:

    1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank berdekatan dengan anda
    2. Pada mesin ATM, klik pada PayBills
    3. Seterusnya klik pada Pembayaran Saman Pdrm, dan tekan teruskan
    4. Masukkan No Kad Pengenalan
    5. Paparan saman dan jumlah anda akan tertera, tekan Buat Bayaran
    6. Simpan resit untuk rujukan.

    CARA SEMAK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

    Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah nelalui SMS. Berikut adalah cara untuk anda memeriksa saman trafik melalui SMS sebagai panduan anda :

    1. CheckSaman PDRM melalui SMS
    2. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
    3. Hantar ke 15888 atau 32728
    4. Contoh – POLIS SAMAN AES44 atau POLIS SAMAN 920211115055

    Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang anda berikan:

    1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
    2. Hantar ke 15888 atau 32728
    3. Contoh – POLIS SAMAN AES44 email_anda@gmail.com atau POLIS SAMAN 920211115055 email_anda@gmail.com

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM boleh terus ke portal rasmi PDRM di : [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi informasi terbaru dan terkini yang boleh membantu anda

     

  • Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini

    Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini

    Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini. Kepada pengguna kenderaan 4 roda, semestinya anda ingin memasang tinted cermin kenderaan anda bagi tujuan hindar kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya. Tetapi adakah anda mengetahui kada ketelusan cermin gelap terkini mengikut peraturan JPJ?

    KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP TERKINI

    Berikut adalah merupakan jumlah peratusan tinted spec JPJ 2021 dan mengikut peraturan JPJ & Puspakom untuk Bahagian Cermin dan Kadar Ketelusan Cahaya Tampak:

    1. Cermin Hadapan : 70 peratus
    2. Cermin Sisi Pemandu : 50 peratus
    3. Cermin Sisi Belakang : Tiada Had
    4. Cermin Sisi Belakang Penumpang : Tiada Had

    kadar cermin gelap JPJ

    Pindaan baharu Kadar Ketelusan Cermin Gelap ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.

    VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.

    Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.

    PERMOHONAN PENGECUALIAN UNTUK MENGGUNAKAN CERMIN GELAP

    Bagi individu yang ingin membuat permohonan pengecualian menggunakan cermin yang lebih gelap hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan :

    1. Permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan : RM50
    2. Permohonan yang diluluskan : RM5000 untuk tempoh sah laku 2 tahun. 

    Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.

    Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini, dan juga peraturan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda boleh layari terus ke portal rasmi [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda