Category: Informasi

Informasi bantuan kerajaan, GKP, BKM, bantuan kewangan, BPN dan pelbagai lagi.

  • Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad (Maybank)

    Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad (Maybank)

    Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad. Tahukah anda, anda boeh keluarkan duit dari mesin ATM tanpa menggunakan Kad Bank atau Kad Debit. Kebiasaannya ini terjadi apabila Kad ATM anda telah rosak atau pun hilang.

    Terkini pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad ATM, Malayan Banking Berhad atau pun Maybank merupakan bank yang mempunyai perkihdmatan Cardless Withdrawal dimana membolehkan pelanggan bank ini unutk melakukan pembayaran atau pindahan dana secara peribadi dengan mudah.

    Baca Juga : Tukar Kad ATM Secara Online

    Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad

    Bagaimana anda akan keluarkan duit di mesin ATM tanpa menggunakan Kad ATM ? Dengan Cardless Withdrawal, ia adalah perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad yang membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia.

    Setelah Pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana mana Mesin ATM Maybank tanpa perlu menggunakan Kad ATM

    Cardless Withdrawal

    Untuk menggunakan Cardless Withdrawal ini, pastikan anda telah daftar perbankan online Maybank iaitu Maybank2u terlebih dahulu sebelum ke mesin ATM.

    Anda boleh memuat turun aplikasi Maybank2u di pelbagai platform telefon pintar di Malaysia seperti Android, IOS, atau Huawei Store.

    NOTA : Untuk pengeluaran duit tanpa kad ATM had maksimum adalah sebanyak RM300

    Waktu operasi mesin ATM seperti biasa

    Cara Gunakan Cardless Withdrawal

    Di Maybank2u

    Buka aplikasi Maybank2u atau layari pautan rasmi di :

    [adinserter block=”11″]
    1. Login masuk.
    2. Pada paparan utama, klik pada Quick Link dan pilih Transfer
    3. Seterusnya klik pada Cardless Withdrawal atau “Open Cardless Withdrawal
    4. Isi maklumat yang diperlukan dan masukkan amaun yang ingin dikeluarkan (dari RM100 hingga RM300) dan klik Continue
    5. Klik “Request for TAC”, masukkan nombor TAC yang diterima. Kemudian klik Confirm
    6. Paparan akan menunjukkan transaksi anda berjaya dan caj RM1.06 akan dikenakan
    7. Kemudian anda akan terima 2 mesej iaitu
      a) Withdrawal Code 6 digit
      b) Transaction ID 16 digit
    8. Seterusnya pergi dekat mesin ATM untuk keluarkan duit. Klik Disini

    Di Mesin ATM

    Setelah anda selesai proses di atas dan telah menerima mesej Withdrawal Code dan Transaction Id, berikut adalah cara untuk Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad :

    1. Sentuh di screen mesin ATM dan pilih bahasa anda inginkan
    2. Seterusnya klik pada Pengeluaran Tanpa Kad
    3. Baca terma & syarat kemudian klik Teruskan
    4. Masukkan Transaction ID (16 digit) yang anda terima di SMS, seterusnya klik Ya
    5. Kemudian masukkan Withdrawal Code (6 digit) yang anda terima di SMS, seterusnya klik Ya
    6. Tunggu mesin ATM proses mengeluarkan duit anda.

     

     

     

  • Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN

    Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN

    Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN. Kepada semua ibu bapa dan waris terdekat yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh berurusan secara atas talian atau online.

    Cara Daftar Sistem Pendaftaran Kelahiran

    Sebelum mendaftarkan kalhiran anak, anda perlulah mendaftar sebagai ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

    1. Layari Portal Sistem Daftar Kelahiran JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
    2. Klik Pada DAFTAR PENGGUNA BARU untuk mendaftar kali pertama
    3. Isikan semua maklumat anda pada ruangan yang disediakan
    4. Klik HANTAR
    5. Anda akan menerima EMEL pengesahan untuk pengaktifan akaun
    6. Klik LINK yang diberikan di dalam emel tersebut
    7. Seterusnya anda masukkan KATA LALUAN anda inginkan.
    8. Masukkan TEKS PENGESAHAN yang tertera, dan tekan HANTAR
    9. Sekiranya berjaya, sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama

    Cara Daftar Kelahiran Secara Online

    Untuk membuat pendaftaran kelahiran secara online, anda boleh ikuti langkah dibawah :

    [adinserter block=”11″]
    1. Baca semua TERMA & SYARAT yang telah disenaraikan, klik pada SETUJU untuk meneruskan.
    2. Lengkapkan MAKLUMAT KELAHIRAN yang diminta, dan klik Seterusnya.
    3. Kemudian lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, dan kllik Seterusnya\
    4. Isikan MAKLUMAT LAIN yang diperlukan pada ruangan yang disediakan
    5. Setelah selesai semunya klik butang DAFTAR.
    6. Sekiranya permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN.
    7. Bawa borang permohonan yang telah dicetak ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Daftar Kelahiran Secara Online, anda boleh :

    Klik Disini untuk lagi informasi terkini dan terbaru untuk anda

  • Cara Tuntutan PERKESO Untuk Kes Kematian, Kemalangan Dan Cacat

    Cara Tuntutan PERKESO Untuk Kes Kematian, Kemalangan Dan Cacat

    Cara tuntutan PERKESO untuk kes kematian, kemalangan dan cacat. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau mungkin lebih dikenali dengan SOCSO (Social security Organization). SOCSO adalah bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan dalam bentuk wang tunai serta manfaat-manfaat lain kepada pekerja di dalam sektor swasta jika berlakunya keadaan kecemasan, ditimpa kecelakaan, dijangkiti penyakit, cedera ataupun meninggal dunia ketika sedang bekerja. Oleh yang demikian, hal ini amat penting sekali buat para pekerja.

    Skim Dibawah SOCSO

    SKIM INSURANS PEKERJA (SIP)

    Skim Ansuran Pekerja (SIP) adalah bantuan daripada SOCSO dalam bentuk wang tunai berjumlah RM600 untuk tempoh tiga bulan kepada mana-mana pencarum yang kehilangan pekerjaan

    SKIM PENCEN ILAT

    Keilatan adalah dimana situasi pekerja uzur kekal, tidak boleh diubati atau kemungkinan tidak akan sembuh. Contohnya seperti seorang yang menghidap penyakit kritikal yang boleh membawa maut. Kanser tahap tinggi misalnya. Serangan strok atau seumpamanya. Penyakit-penyakit yang menyebabkan pekerja itu tidak boleh lagi mencari nafkah. Skim ini memberi perlindungan kepada perkerja daripada keilatan.

    SKIM BENCANA PEKERJAAN

    Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca atau kesan daripada pekerjaan yang dilakukan ataupun kemalangan di tempat kerja.

    Cara Membuat Tuntutan PERKESO

    Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca atau kesan daripada pekerjaan yang dilakukan ataupun kemalangan di tempat kerja.

    Untuk membuat tuntutan, anda boleh terus ke pautan portal rasmi PERKESO dan pilih Skim-Skim Perlindungan PERKESO yang berkaitan. Borang-borang tuntutan boleh didapati di setiap Skim yang disediakan : [Klik Disini]

    Tugas Majikan

    Untuk pihak majikan pekerja, majikan hendaklah melaporkan segala maklumat kemalangan atau kematian kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama:

    1. Kad perakam waktu atau rekod kedatangan (punch card)
    2. Sijil cuti sakit pekerja
    3. Salinan kad pengenalan

    Semua dokumen haruslah dihantar kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja.

    Dokumen Sokongan

    Dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk mengelakkan proses tuntutan PERKESO ditolak :

    1. Borang tuntutan (Borang 10)
    2. Surat pengenalan daripada majikan
    3. Borang PKS 24 (tuntutan bayaran ganti belanja perjalanan)
    4. Borang PKS 26 (Laporan tuntutan bayaran ganti belanja am)
    5. Resit rawatan asal (untuk yang berpenyakit)
    6. Salinan kad temu janji
    7. Salinan laporan perubatan (jika ada)

    Dokumen Sokongan Lain

    1. Borang permohonan
    2. Salinan kad pengenalan
    3. Laporan perubahan sama ada hospital atau klinik di mana pekerja mendapatkan rawatan
    4. Borang 10
    5. Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman SOCSO
    6. Butiran akaun bank pekerja yang membuat permohonan

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan proses dan cara tuntutan PERKESO, anda boleh terus ke pautan rasmi PERKESO di : [Klik Disini]

    [Klik Disini] untuk lagi maklumat informasi terbaru dan terkini untuk anda

  • GAMMA : Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan

    GAMMA : Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan

    Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan Di GAMMA. Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) adalah merupakan satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) yang bertujuan menghubungkan orang awam melalui teknologi interaktif dan memastikan akses yang berterusan dengan agensi kerajaan melalui telefon pintar.

    APA ITU GAMMA

    GAMMA adalah platform digital tunggal yang melibatkan koleksi applikasi urusan rasmi agensi Kerajaan melalui telefon pintar. Ia Juga merupakan pusat bagi platform M-Goverment untuk semua perkhidmatan aplikasi telefon pintar. Perkhidmatan ini memberi peluang orang awam melihat dan memuat turun aplikasi kerajaan terus melalui peranti telefon pintar.

    KATEGORI APLIKASI URUSAN RASMI AGENSI KERAJAAN

    Kategori aplikasi yang tersedia di dalam GAMMA adalah seperti berikut :

    1. Aduan
    2. Berita dan Majalah
    3. Buku dan Rujukan
    4. Cuaca
    5. Kembara dan Dalam Negeri
    6. Komunikasi
    7. Komuniti : Gaya Hidup
    8. Komuniti : Kesihatan dan Kecergasan
    9. Komuniti : Kewangan
    10. Komuniti : Pendidikan
    11. Komuniti : Pengangkutan
    12. Komuniti : Sosial
    13. Media dan Video
    14. Perbelanjaan
    15. Perkakasan
    16. Perniagaan
    17. Personalisasi
    18. Perubatan
    19. Peta dan Navigasi
    20. Produktiviti
    21. Sukan
    22. Utiliti

    GAMMA juga menyediakan aplikasi yang tersedia di majoriti platform di dalam Malaysia iaitu :

    1. Android
    2. IOS
    3. Huawei

    APLIKASI TUMPUAN DI GAMMA

    Antara aplikasi tumpuan yang telah mendapat muat turun tertinggi adalah seperti :

    1. MySejahtera : Kmenterian Kesihaan Malaysia
    2. MySPR SEMAK : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    3. Volunteer Smartphone Patrol : Polis Diraja Malaysia
    4. Smart Quran : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    5. Sistem Janji Temu Klinik KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia

    CARA MENGGUNAKAN GAMMA

    1. Untuk menggunakan GAMMA dan mencari Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan, pengguna hanya perlu layari laman web rasmi GAMMA di [Klik Disini]
    2. Cari aplikasi tumpuan anda melalui kategori atau carian, atau juga melalui aplikasi tumpuan, muat turun tertinggi atau aplikasi terkini.
    3. Jika aplikasi carian anda sudah dijumpai, anda boleh ‘Click’ di icon pautan platform digital yang telah disediakan seperti gambar dibawah :
    4. Anda akan terus dibawa ke platform muat turun di platform yang tersedia.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan platform GAMMA dan Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan anda boleh terus pautan Soalan Lazim GAMMA di : [Klik Disini]

    Juga untuk menghubungi GAMMA :

    Alamat :
    Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
    Aras 6, Blok B2,
    Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62502 Putrajaya, Malaysia.

    Tel : +603-80008000

    Emel : supports-gamma@mampu.gov.my

    [Klik Disini] untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

  • Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600

    Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600

    Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600. Permohonan bantuan banjir daripada Zakat Selangor sebanyak RM600 (LZSPEDULI) telah dibuka kepada  warga penduduk negeri Selangor yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru baru ini.

    BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR RM600 LZSPEDULI

    Bantuan ZakatSelangor (LZSPeduli) diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

    TARIKH PERMOHONAN

    Permohonan boleh dibuat oleh penduduk / pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.

    Jumlah mangsa banjir menghampiri 70,000 - Utusan Digital

    SYARAT KELAYAKAN

    Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan LZSPeduli:

    • Beragama Islam
    • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
    • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

    [icon name=”info” prefix=”fas”] : Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan

    CARA PERMOHONAN

    Terdapat 2 jenis cara membuat permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 LZSPEDULI iaitu :

    Cara Permohonan Untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

    1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
    2. Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
    3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
    4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

    Cara Permohonan Bukan Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

    1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
    2. Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
    3. Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
    4. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

    [icon name=”list” prefix=”fas”] :

    • Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.
    • Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor Rm600 (LZSPeduli), anda boleh Hubungi Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

    Klik Disini Untuk lagi info semakan permohonan dan bantuan untuk anda