Caliph Buskers Melancarkan Lagu Baharu

DSC00179

Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengorak langkah untuk menghidupkan semula industri ini dengan menerbitkan lagu dan video muzik bersama Caliph Buskers.

Caliph Buskers adalah sebuah kumpulan bertaraf OKU yang tidak asing lagi di Malaysia. Kumpulan yang terdiri dari 4 orang iaitu Khairul Azmi Saat, Fendy Adlan,Mohd Zaki Ismail dan Nirwan Zainal Abidin. Setiap ahli kumpulan ini mereka mempunyai kelebihan masing-masing selain bermain alat muzik dengan baik.Selain menjadi artis tetap didalam sebuah program Astro (Meletop), mereka juga aktif memenuhi undangan dengan mengadakan persembahan dibeberapa tempat.

Terkini mereka sudah pun merakamkan lagu baru yang berjudul INSPIRASI.

INSPIRASI adalah merupakan lagu baru daripada Caliph Buskers yang diterbitkan oleh Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd dan bekerjasama Masyur-Universal Music sebagai pengedar. Lagu ini merupakan ciptaan Azmi Saat bersama dengan Dato’ Haji  Reduan Yusof yang menyatukan lirik-lirik yang mampu membangkit semangat dalam diri para pendengar.

Muzik video lagu Inspirasi ini, diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Amie Maziah Abd Rahman yang memberikan sentuhan lebih mendalam dalam penceritaan tentang semangat untuk menempuh kehidupan yang banyak dengan dugaan.

Tambahan pula lagu ini juga telah dicipta sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang kedua yang mana segala perbincangan malahan rakaman juga dibuat secara atas talian. 

DSC00249

Muzik video dan lagu yang diterbitkan oleh Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd ini telah pun diedarkan oleh Syarikat Universal Music dan ianya telah pun dimainkan di corong-corong radio di Malaysia serta turut dikeluarkan di platform video atas talian seperti Youtube pada 4 Ogos tahun 2023. 

Perancangan seterusnya untuk lagu Inspirasi ini ialah untuk memasuki carta Muzik-Muzik dan diharapkan ianya mendapat tempat di carta Muzik-Muzik tersebut. 

Semoga kemunculan lagu baru dari Caliph Buskers ini akan memeriahkan lagi industri seni dan kreatif negara kita.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Caliph Buskers Melancarkan Lagu Baharu" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment