Bantuan Wang Ihsan RM1000

Bantuan Wang Ihsan RM1000. Bagi rumah kediaman yang terjejas akibat kejadian banjir yang melanda, setiap ketua isi rumah boleh membuat permohonan bantuan wang ihsan. Menerusi peruntukan permohonan ini, setiap ketua isi rumah akan menerima sumbangan RM1,000.

BANTUAN WANG IHSAN RM1000

Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Ia juga sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.

Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

SYARAT KELAYAKAN

  1. Bantuan Wang Ihsan RM1000 hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan bergantung kepada kategori pemohon:

  1. Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  2. Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  3. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

CARA PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN

Berikut adalah cara permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 :

  1. Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
  2. Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  3. Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
  4. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

NOTA: Tiada permohonan secara online.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, pemberian itu layak kepada mangsa yang terjejas sama ada yang berpindah atau tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Artikel Penuh dari SINAR HARIAN : [Klik Disini]

Baca Juga : Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA

Klik Disini Untuk lagi info semakan permohonan dan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Wang Ihsan RM1000" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment