Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 : Semakan Dan Tarikh Bayaran. Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021. Menurut Perdana Menteri, untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.
SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 3
Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia ada telah dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021.
Untuk semakan boleh terus ke pautan [Klik Disini]
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 3
Untuk BPR Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran Rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 mengikut kategori kelayakan masing-masing, seperti jadual di bawah :
Kategori Isi rumah Untuk Pembayaran BPR Fasa 3
- Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) – RM500
- Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) – RM1100
- Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) – RM200
- Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) – RM600
- Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) – RM200
- Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) – RM100
- Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) – RM200
Jadual ini adalah untuk rujukan pembayaran BPR Fasa 3 Bukannya untuk bayaran rayuan BPR.
Kategori Bujang
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pembayaran bagi kategori bujang untuk fasa tiga kerana peruntukan BPR fasa 3 hanya diberikan bagi fasa pertama dan kedua sahaja. Jumlah keseluruhan BPR untuk bujang adalah RM350 dan tiada pembayaran untuk fasa 3.
Untuk Maklumat lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 boleh terus ke portal rasmi [https://bpr.hasil.gov.my/]
Info Penting :
- TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BPR. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi BPR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.
- LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
- LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
Klik Disini untuk lagi info bantuan , semakan dan permohonan untuk anda