Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000

Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000. Berita baik kepada penduduk dan Anak jati Negeri kelantan kerana mendapat Bantuan Perkahwinan Kelantan sebanyak RM1000 secara one-off dibawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj. Bantuan ini adalah satu insentif Negeri Kelantan untuk membantu rakyat Kelantan khususnya untuk melangsungkan perkahwinan.

Setiap tahun, kerajaan Negeri Kelantan akan memperuntukkan sebanayak RM3juta untuk 3000 pasangan yang ingin berkahwin. Sekiranya peruntukan pada tahun tersebut mempunyai lebihan, ia akan dibawa ke tahun hadapan.

Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan

Bantuan Perkahwinan Skim Gerbang Az-Ziwaaj ini telah bermula sejak tahun 2011 dan sehingga tahun 2021, sebanyak RM 23,768,000 telah dibelanjakan untuk membantu pasangan baru berkahwin yang layak menerima bantuan ini.

Perkahwinan bawah umur dikhuatiri beri kesan negatif

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan, calon bakal pengantin haruslah memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pemohon mestilah rakyat dan anak jati Negeri Kelantan ( kod kad pengenalan 03/29)
  2. Pemohon mestilah telah bermastautin di Negeri Kelantan lebih daripada 15 tahun dan mendapat pengesahan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya bukan berasal daripada Negeri Kelantan
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja)
  4. Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM1,000 sebulan
  5. Pemohon mestilah tergolong daripada golongan miskin dah layak diberi bantuan ( mengikut budi bicara kerajaan negeri )
  6. Bantuan ini hanya boleh diphon oleh salah seorang daripada pasangan, samada lelaki atau perempuan

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah :

  1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di lokasi seperti :
    -Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
    – Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
    – Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
  2. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan dengan lengkap
  3. Hantar borang permohonan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bersama dengan borang permohonan :

  1. Gambar berukuran passport
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Kursus Perkahwinan
  5. Sali nan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  6. Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  7. Slip gaji / pengesahan pendapatan

Maklumat Lanjut

Untuk makluamt lanjut berkenaan Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000, anad boleh layari laman facebook Gerbang Az-Ziwaaj (Klik Disini) atau hubungi Pejabat ADUN/ Khidmat Masyarakat DUN tedekat anda.

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment