Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000

Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000. Berita baik kepada penduduk dan Anak jati Negeri kelantan kerana mendapat Bantuan Perkahwinan Kelantan sebanyak RM1000 secara one-off dibawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj. Bantuan ini adalah satu insentif Negeri Kelantan untuk membantu rakyat Kelantan khususnya untuk melangsungkan perkahwinan.

Setiap tahun, kerajaan Negeri Kelantan akan memperuntukkan sebanayak RM3juta untuk 3000 pasangan yang ingin berkahwin. Sekiranya peruntukan pada tahun tersebut mempunyai lebihan, ia akan dibawa ke tahun hadapan.

Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan

Bantuan Perkahwinan Skim Gerbang Az-Ziwaaj ini telah bermula sejak tahun 2011 dan sehingga tahun 2021, sebanyak RM 23,768,000 telah dibelanjakan untuk membantu pasangan baru berkahwin yang layak menerima bantuan ini.

Perkahwinan bawah umur dikhuatiri beri kesan negatif

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan, calon bakal pengantin haruslah memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pemohon mestilah rakyat dan anak jati Negeri Kelantan ( kod kad pengenalan 03/29)
  2. Pemohon mestilah telah bermastautin di Negeri Kelantan lebih daripada 15 tahun dan mendapat pengesahan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya bukan berasal daripada Negeri Kelantan
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja)
  4. Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM1,000 sebulan
  5. Pemohon mestilah tergolong daripada golongan miskin dah layak diberi bantuan ( mengikut budi bicara kerajaan negeri )
  6. Bantuan ini hanya boleh diphon oleh salah seorang daripada pasangan, samada lelaki atau perempuan

Leave a Comment