Bantuan i-Suri Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah

Bantuan i-Suri Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah. Dengan adanya i-Suri golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum dengan adanya isentif i-suri KWSP ini. Insentif ini khusus buat suri rumah atau ibu tunggal dan ia juga bertujuan memastikan kesejahteraan mereka serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

BANTUAN i-SURI

Dengan insentif i-Suri KWSP ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan layaknya seperti ahli KWSP lain yang bekerja. Ia juga banyak memberi kelebihan kepada golongan suri rumah seperti jaminan masa depan kerana isentif ini merupakan satu skim dalam KWSP.

i-Suri adalah program yang membantu golongan suri rumah dan merupakan satu usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) dan Kementerian Kewangan.

Skim ini diwujudkan sebagai pendorong para suri rumah atau ibu tunggal untuk mula menabung bagi kegunaan masa depan atau ketika menghadapi kesusahan atau ditimbah msuibah seperti perceraian, kematian suami dan sebagainya.

FAEDAH DAN BANTUAN i-SURI KWSP

Antara faedah dari bantuan i-Suri ini adalah :

  • Terima bantuan kerajaan RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan kematian RM2,500
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i-SURI

Syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan i-Suri adalah :

  • Status warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 60 tahun
  • Isteri kepada ketua rumah atau wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang terdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
  • Mencarum minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

NOTA: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu isentif sahaja pada satu masa. 

 

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, pemohon perlulah mengisi borang yang disediakan khas beserta Salinan Kad Pengenalan Pemohon :

CARA PEMBAYARAN BANTUAN i-SURI

Penerimaan pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke akaun bank panel KWSP (Akaun bank peribadi ahli yang didaftarakan dan masih aktif).
  • Bayaran tunai atau cek di kaunter ejen bank KWSP.
  • Kaunter ejen bank (EB) BSN.
  • Bayaran tunai di kaunter KWSP Ibu Negeri (Maksimum RM500).

Had bayaran bantuan ini adalah :

  • Minimum : tiada had minimum bayaran
  • Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela

i-Suri KWSP - Daftar & Dapat Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan i-Suri ini, boleh terus layari portal rasmi KWSP di [Klik Disini]

Selain itu juga, segala maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus hubungi : 03-89226000

Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info lain berkaitan semakan dan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan i-Suri Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment