Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600. Permohonan bantuan banjir daripada Zakat Selangor sebanyak RM600 (LZSPEDULI) telah dibuka kepada warga penduduk negeri Selangor yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru baru ini.
BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR RM600 LZSPEDULI
Bantuan ZakatSelangor (LZSPeduli) diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat oleh penduduk / pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan LZSPeduli:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
- Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
[icon name=”info” prefix=”fas”] : Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan
CARA PERMOHONAN
Terdapat 2 jenis cara membuat permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 LZSPEDULI iaitu :
Cara Permohonan Untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf
- Permohonan secara individu (ketua keluarga)
- Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat
Cara Permohonan Bukan Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf
- Permohonan secara individu (ketua keluarga)
- Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
- Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
[icon name=”list” prefix=”fas”] :
- Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor Rm600 (LZSPeduli), anda boleh Hubungi Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
Klik Disini Untuk lagi info semakan permohonan dan bantuan untuk anda