Semakan Status Penempatan Tahun 1 & Daftar Sesi 2023/2024 KPM. Kepada ibu bapa dan para penjaga yang telah membuat pendaftaran anak-anak anda untuk memasuki darjah 1 pada tahun 2023 /2024, anda boleh membuat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian.
Tarikh Semakan Status Penempatan Tahun 1
Tarikh untuk membuat semakan status penempatan tahun 1 bagi sesi 2023/ 2024 adalah pada bermula 1 Ogos 2022
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan status penempatan tahun 1 2023/2024 anda boleh layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian Modul Pengurusan Murid :
Anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dan daftar masuk melalui No Kad Pengenalan dan kata laluan.
Tarikh Rayuan Penempatan Tahun 1 2023/2024
Perkhidmatan Dalam Talian ialah sebuah sistem SPS (Model Pengurusan Murid) bagi melancarkan rayuan untuk pendaftaran tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu-bapa murid perlu mengisi borang manual.
Tarikh rayuan penempatan tahun 1 2023/2024 akan dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022. Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan dan rayuan pada tarih yang telah diberikan melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Klik Disini untuk lagi semakan permohonan bantuan pelajaran untuk anda
BKM Fasa 2 : Semakan Dan Jumlah Bayaran. BKM Fasa 1 telah pun selesai diagihkan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan pada Mac 2022. Kini tiba masa pula untuk pembayaran BKM Fasa 2.
BKM Fasa 2
Bagi fasa 2, pembayaran dijangka akan dibayar kepada penerima pada bulan Jun 2022. Masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak LHDN.
Manakala, jumlah pembayaran pula boleh anda lihat melalui jadual-jadual yang tertera di seperti dibawah :
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pembayaran fasa 1 sebelum ini iaitu melalui akaun bank penerima dan juga tunai di Bank Simpanan Nasional.
Permohonan Rayuan BKM
Untuk anda yang tidak menerima BKM fasa 1 atas sebab-sebab tertentu, anda boleh membuat rayuan utk menerima BKM bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022
Kaedah permohonan rayuan BKM adalah melalui :
Dalam talian (online) : Bermula 2 Mei 2022
Borang Manual : Bermula 9 Mei 2022
Untuk Kod Alasan Tidak Lulus BKM anda boleh memuat turun File PDF di :
Disenaraikan juga pembuktian sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukan ke Cawangan LHDNM bagi permohonan rayuan secara manual.
Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian boleh dibuat hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Rayuan tambahan tidak dibenarkan sekiranya SKK 2022 telah dibuat tuntutan.
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda
Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000. Berita baik kepada penduduk dan Anak jati Negeri kelantan kerana mendapat Bantuan Perkahwinan Kelantan sebanyak RM1000 secara one-off dibawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj. Bantuan ini adalah satu insentif Negeri Kelantan untuk membantu rakyat Kelantan khususnya untuk melangsungkan perkahwinan.
Setiap tahun, kerajaan Negeri Kelantan akan memperuntukkan sebanayak RM3juta untuk 3000 pasangan yang ingin berkahwin. Sekiranya peruntukan pada tahun tersebut mempunyai lebihan, ia akan dibawa ke tahun hadapan.
Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan
Bantuan Perkahwinan Skim Gerbang Az-Ziwaaj ini telah bermula sejak tahun 2011 dan sehingga tahun 2021, sebanyak RM 23,768,000 telah dibelanjakan untuk membantu pasangan baru berkahwin yang layak menerima bantuan ini.
Syarat Kelayakan Permohonan
Untuk membuat permohonan, calon bakal pengantin haruslah memenuhi syarat-syarat berikut :
Pemohon mestilah rakyat dan anak jati Negeri Kelantan ( kod kad pengenalan 03/29)
Pemohon mestilah telah bermastautin di Negeri Kelantan lebih daripada 15 tahun dan mendapat pengesahan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya bukan berasal daripada Negeri Kelantan
Perkahwinan kali pertama sahaja (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja)
Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM1,000 sebulan
Pemohon mestilah tergolong daripada golongan miskin dah layak diberi bantuan ( mengikut budi bicara kerajaan negeri )
Bantuan ini hanya boleh diphon oleh salah seorang daripada pasangan, samada lelaki atau perempuan
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah :
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di lokasi seperti : -Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim – Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan dengan lengkap
Hantar borang permohonan
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bersama dengan borang permohonan :
Gambar berukuran passport
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Kursus Perkahwinan
Sali nan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
Slip gaji / pengesahan pendapatan
Maklumat Lanjut
Untuk makluamt lanjut berkenaan Bantuan Perkahwinan Negeri Kelantan RM1000, anad boleh layari laman facebook Gerbang Az-Ziwaaj (Klik Disini) atau hubungi Pejabat ADUN/ Khidmat Masyarakat DUN tedekat anda.
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.
Bantun Kasih Bangsa Johor 2022. Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan Bantuan KLasih Bangsa Johor 2022 dan bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor dengan peruntukan sebanyak RM144.36juta. Bantuan ini dilaksanakan untuk pelbagai lapisan rakyat Negeri Johor mulai Aidilfitri yang lepas.
Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Bantuan Kasih Negeri Johor adalah satu bentuk insentif khas yang merangkumi 28 inisiatif khusus bagi rakyat Johor, sebagai satu tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri. Insentif bantuan ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datok Onn Hafiz Ghazi dalam satu sidang media pengumuman khas Bantuan Kasih Bangsa Johor.
Jenis Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Ada 28 inisiatif dibawah Bantuan Kasih Johor 2022 yang akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat Negeri Johor, antaranya adalah :
Bantuan khas Aidilfitri kepada golongan fakir dan miskin
Bantuan kepada anakl-anak yatim kerana kehilangan ibu bapa akibat Covid-19
Pengecualian sewa rumah PPR
Pengecualian sewa rumah kerajaan
Bantuan RM300 kepada 11,790 pekerja ekonomi gig, pemandu teksi, e-hailing, penghantar makanan, 2,400 pemandu bas awam, dan bas ekspress serta 11,267 nelayan berdaftar dengan Jabatan Perikanan
Bantuan RM2,000 kepada 98 operator hotel bajet dan 98 agensi pelancongan
Bantuan RM1,000 untuk 635 pemandu pelancong, 386 pengusaha homestay dan 82 bot pelancongan
Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Disenaraikan dibawah adalah senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 dan maklumat lanjut untuk membuat permohonan bantuan berkenaan :
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022. Yayasan Pahang (YP) telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.
Kelayakan Permohonan
Untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022, calon hendaklah menepati syarat kelayakan seperti dibawah :
Pemohon atau Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Negeri Pahang, dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10 ) tahun dan berhasrat menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim.
Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara malaysia adalah tidak layak untuk memohon.
Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul
Mempunyai taraf kesihatan yang baik
Medapat tawaran dari IPTA/S mengikut kategori yang diberikan
Jenis Tawaran Pinjaman Pendidikan
Jenis tawaran pinjaman pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Pahang adalah seperti berikut :
Diploma @ Politeknik
Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM4,500 Setahun
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian ( semester 2 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana mana badan penaja
Ijazah Sarjana Muda @ 20 IPTA
Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 Setahun (penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)
Pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 keatas atau Lulus Matrikulasi/ Asasi Atau STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysia University English Test (MUET)
Sarjana/ Kedoktoran @ 20 IPTA
Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 Setahun (penajaan meliputi kos sara hidup sahaja), Separuh Masa Yuran Pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian
Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Kelas Kedua Tinggi atau dengan mendapat CGPA 3.00 keatas
Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana
Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda) RM3,000 setahun, Separuh Masa (Sarjana) Yuran Pengajian Sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian
Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)
Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 (kos penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)
Diploma/ Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
Program Kemahiran
Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa (Pinjaman meliputi yuran pengajian dan sara hidup)
Program Kemahiran di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skill (KYPAS) @ Pahang Skills
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang dengan memilih ikon SISPENsebelum atau pada 7 Jun 2022 (Selasa) :