Author: Destina Asia

  • KamiSempoi International Agency lantik Riezman Khuzaimi sebagai duta kerana berjaya raih kedudukan agensi TikTok No 1 di Malaysia dan Top 5 di Asia Tenggara

    KamiSempoi International Agency lantik Riezman Khuzaimi sebagai duta kerana berjaya raih kedudukan agensi TikTok No 1 di Malaysia dan Top 5 di Asia Tenggara

    Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana menjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.

    Sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan TikTok atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.

    Tidak hanya setakat itu, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Singapura dan Indonesia dengan memiliki 1300 live host TikTok di Malaysia, 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub-agensi.  

    Sejajar dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA juga sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh lagi bagi membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai host live TikTok. 

    Pada masa yang sama mengukuhkan lagi dalam dunia perniagaan di pemasaran digital apabila membuat pembaharuan dari sudut logo dan penjenamaan mereka. 

    Bahkan, mereka turut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan sub-agensi mefreka yang selama ini turut membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh. 

    Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat. 

    “Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami. 

    “Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mefreka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini. 

    “Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 dan perlantikan aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil.

    Pakcik Chin Swee yang juga seorang pempengaruh TikTok pada asalnya berkata lagi, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan konten hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut. 

    “Kenapa kita sangat tekankan mengenai konten hiburan yang menarik dan bermanfaat? Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan konten-konten bersifat mengemis. 

    “Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu ‘guide’ mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat. Nak kena ban memang cukup senang,” katanya. 

    Menurut Pakcik Swee Tin lagi, KSIA memang benar-benar komited dengan usaha mereka untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi. 

    “Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok. 

    “Sebab, kalau kita lihat ketika ini, TikTok sememangnya adalah sebuah platform media sosial yang benar-benar berpengaruh dan ramai di luar sana yang mahu menjadi TikToker. Kalau boleh, kita mahu realisasikan impian mereka ini. 

    “Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu,” katanya. 

    Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 

    “Ada yang menjadi host live secara sambilan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya spenuh masa mereka. Ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa. 

    “Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak. Misalnya kita ada seorang host live TikTok yang bekerja di bank. 

    “Dalam tempoh 8 bulan, dia meninggalkan kerjaya profesional dan menjadi host live TikTok sepenuh masa kerana sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak 5 digit. Pada tahun lepas, pendapatannya sudah mencecah angka 6 digit. Ada juga yang sudah berpeluang menjadi selebriti,” katanya. 

    KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok. Antaranya adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Achong Sweetchild. 

    “Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menterai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka,” katanya.

    Perlatikan Riezman Khuzaimi sebagai duta KamiSempoi International Agency

    Pada sidang media ini, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempi International Agency. 

    Menurut Pakcik Chin Swee, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. 

    “Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif. 

    “Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya. 

    Sementara itu, Riezman pula  berkata, permilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA. 

    “Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya. 

    Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2023

    Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu. 

    Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 

    Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini. 

    “Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini. 

    “Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah ini di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.

  • Gabungan Kidd Santhe, Saixse, dan Atta Halilintar Dalam Single’Mantap Cuy’

     

    Dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse, telah bergabung dalam kolaborasi terbaru mereka, yang juga menampilkan Atta Halilintar, seorang YouTuber terkenal dari Indonesia yang kini menduduki tempat ketiga di Asia.

    “Mantap Cuy” bukan sekadar lagu, ia adalah perayaan kemenangan, baik yang besar maupun kecil dalam kehidupan. Walaupun dihadapkan dengan pelbagai cabaran, lagu ini memberi inspirasi untuk menghadapinya dengan sikap positif,” jelas Kidd Santhe, yang bertindak sebagai penerbit lagu tersebut.

    “Mantap Cuy” merupakan perpaduan slang Malaysia dan Indonesia yang menangkap semangat serta kegembiraan terhadap sesuatu, seumpama “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam bahasa Inggeris.

    “Saya telah lama meminati budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ (yang juga trending di Indonesia). Jadi, apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, bersama dua individu terbaik dalam industri,” ungkap Atta Halilintar.

    Selain menggubah “Mantap Cuy” bersama, Kidd Santhe dan Saixse juga bekerjasama dalam menulis lirik bersama Atta Halilintar. Projek ini turut menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions, dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

     

    Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.

    “Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia mer-upakan pengalaman yang luar biasa bagi saya. Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat,” kata Saise, menandakan kali pertamanya menggadakan penggambaran video muzik di luar negara.

    “Mantap Cuy” bakal diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 30 April 2024. Video muzik rasmi juga akan dilancarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam di halaman YouTube Kidd Santhe.

  • TikTok Malaysia Berjaya Mengukuhkan Jalinan Melalui Rumah Terbuka Raya #KongsiBersama

    TikTok Malaysia telah merayakan sambutan Aidilfitri dengan mengadakan Rumah Terbuka Raya yang menampilkan #KongsiBersama, mengumpulkan para pencipta kandungan untuk merayakan kreativiti dan ekspresi diri yang asli.

    Pada awal Ramadan, TikTok Malaysia melancarkan kempen ‘#KongsiBersama Ramadan & Raya Moments’, mengundang komuniti pencipta kandungan untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam merakam detik-detik terbaik Ramadan dan Raya. Kempen tersebut berlangsung dari 5 hingga 24 Mac, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan unik mereka melalui enam kategori yang berbeza.

    Pemenang hadiah utama dipilih berdasarkan kualiti video mereka yang menonjolkan semangat Ramadan dan Raya. Penilaian dilakukan oleh panel hakim yang terdiri dari individu-individu terkemuka, termasuk pengarah terkenal Kabir Bhatia dan penyanyi-pelakon Nabila Razali, yang turut hadir dalam majlis sambutan tersebut. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai, telefon pintar realme 12+ 5G, dan peluang untuk terlibat dalam program-program pencipta kandungan TikTok pada masa akan datang.

    Pemenang-pemenang bagi setiap kategori #KongsiBersama adalah seperti berikut:

    Salah seorang pemenang kempen #KongsiBersama, @dyamohamad90, yang mengungguli kategori #KongsiCerita, telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia, untuk bersama-sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan akaun Dya.

    TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform itu mampu mengeratkan tali silaturahim, yang tertonjol melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari Khairul Aming, dan Tip Mekap 30 Hari Nyna Bukater yang mengujakan.

    “Orang ramai tertarik dengan TikTok kerana ia bukan sahaja platform yang menghiburkan dan menyuntik semangat positif, tetapi juga membolehkan pencipta kandungan dan artis membina mata pencarian mereka,” kata Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

    “Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambah beliau.

    Semasa acara itu, para tetamu berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bengkel yang direka khas untuk mempamerkan kekayaan dan keriangan tradisi Aidilfitri. Mereka juga dihiburkan dengan pantun dan tarian tradisional, sekaligus membolehkan mereka menyelami pengalaman budaya yang menarik. Selain menikmati juadah Raya tradisional, para pencipta kandungan juga dihiburkan oleh The Sibling Band dan video-video terbaik daripada kempen #KongsiBersama.

    Sambutan Aidilfitri yang unik itu berlangsung di The Lemuni, Janda Baik, di sebuah rumah tradisional Melayu yang indah bagi memberi pengiktirafan kepada semangat kreatif pencipta kandungan. Acara itu berlangsung di tengah-tengah keindahan seni bina ‘vila orchard’ yang klasik, dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah tradisional, kraftangan dan muzik yang menakjubkan.

    Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan-sorotan daripada majlis Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat-hebat belaka seperti Kionz ChanChe Sayang KitchenWfsufina, and Abang Shah!

  • Majlis Makan Malam Legends: Satu Malam Gemilang dalam Seni Hiburan Malaysia

    Majlis Makan Malam Legends: Satu Malam Gemilang dalam Seni Hiburan Malaysia

    Sedia diri anda untuk sebuah malam yang memikat penuh dengan nostalgia dan kemegahan apabila Persatuan Karyawan Malaysia mengambil pusat pentas dalam industri hiburan Malaysia dengan majlis makan malam amal yang megah. Merungkai kehalusan acara yang indah ini, majlis tersebut berjanji untuk menyatukan para penyokong seni dengan ikon-ikon legenda yang telah menorehkan nama mereka dalam sejarah seni Malaysia.

    Tandakan tarikh pada Ahad, 2 Jun 2024, kerana tarikh ini telah ditetapkan untuk pengalaman yang dijanjikan ini di Dewan Perdana Felda yang berprestij, terletak di Jalan Maktab, Kuala Lumpur 54000. Pesta akan bermula pada jam 8:00 malam dan berlanjutan sehingga jam 11:00 malam, memberikan masa yang mencukupi untuk menikmati kehadiran tetamu terhormat dan persembahan yang memukau.

    Sorotan akan diberikan kepada empat tokoh ikonik: Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie (WINGS), dan Rahimah Rahim, yang akan memeriahkan pentas dengan kehadiran yang abadi mereka. Perhimpunan legenda ini berjanji untuk membawa para hadirin dalam perjalanan melalui masa, menghidupkan semula kenangan-kenangan yang berharga yang telah meninggalkan kesan mendalam di hati dan minda kita.

    Lebih dari sekadar hiburan semata-mata, acara ini juga merupakan satu inisiatif mulia oleh Persatuan Karyawan Malaysia untuk mengumpul dana bagi menyokong para seniman veteran yang memerlukan bantuan. Ini merupakan peluang bersejarah bagi kita semua untuk menyokong mereka yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada industri seni kita yang bertenaga.

    Menambah kehebatan persembahan, pemuzik berbakat dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di bawah pimpinan yang dihormati Profesor Ramlan Imam, akan menyertai para artis. Jangan ragu, malam ini akan dihiasi dengan melodi dan kenangan yang tiada tandingannya.

    Marilah bergabung dengan kami dalam meraikan kegemilangan seni Malaysia di Majlis Makan Malam Legends. Bersama-sama, mari kita tidak hanya menyaksikan sejarah tetapi juga membentuk masa depan yang lebih cerah bagi industri seni tempatan kita. Ini adalah satu jemputan yang tidak mahu dilewatkan!

  • Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia bersama Samsung

    Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia bersama Samsung

     

    Lagu raya telah menjadi satu elemen penting yang tak terpisahkan setiap kali tiba musim Syawal. Dalam seiringan dengan peredaran dan evolusi muzik masa kini, lagu-lagu raya yang dicipta kini juga memenuhi selera dan citarasa peminat muzik kontemporari pada masa sekarang.

    Tidak ketinggalan, Universal Music Malaysia melancarkan empat lagu raya terbaharu yang benar-benar memukau. Antara lagu itu adalah daripada kumpulan SEARCH dengan lagu indah berjudul Sujud Aidilfitri, DeFam yang mempersembahkan Alamak Raya Lagi, sebuah lagu yang ceria, Ernie Zakri dengan lagu HAHAHAHari Raya yang mengundang gelak tawa, serta The Gadys yang membawa kita kesuasana Cuti Raya yang penuh kegembiraan.

    Menariknya juga, lagu Alamak Raya Lagi dan HAHAHAHari Raya menjadi antara lagu raya 2024 yang paling tular selain muzik video mencecah jutaan tontonan di laman YouTube. Alamak Raya Lagi berjaya meraih 20 juta tontonan sepanjang sebulan ditayangkan dan HAHAHAHari Raya sebanyak 1.4 juta dalam tempoh tiga minggu.

    Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, lagu raya ini bukan sahaja mempunyai lirik jenaka dan melodi yang memikat, malah ia menunjukkan betapa rakyat Malaysia menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan dan semangat.

    “Video muzik yang kreatif dan menarik turut menyumbang kepada kejayaan lagu-lagu ini. Ia menggambarkan keunikan budaya dan tradisi kita yang dirai dengan penuh kehangatan dan keakraban. “Tidak hairanlah lagu-lagu sebegini mampu mencuri tumpuan ramai dan menjadi sebutan seluruh negara. Sememangnya satu pencapaian yang mengagumkan dan menjadikan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah dan bermakna,” katanya.

    Selain itu, Universal Music Malaysia turut melancarkan Lagu Raya Raya Raya yang juga kolaborasi bersama Samsung yang dinyanyikan oleh Insomniacks dan DOLLA.

    Dalam pada itu, bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Syawal, Universal Music berbesar hati menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia 2024 Bersama Samsung yang diadakan di Hotel Le Meridien Petaling Jaya.

    Pada majlis itu, barisan artis Universal Music Malaysia tidak ketinggalan menghiburkan tetamu yang hadir dengan dendangan lagu raya popular mereka. Antara yang terbabit ialah Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu Suasana Hari Raya; Fahimi (Angau Raya); The Gadys (Cuti Raya); Search (Sujud Aidilfitri); Joe Flizzow & Gard (Berlian); Bella Astillah (Meriah Suasana Hari Raya); Ernie Zakri (HAHAHAHari Raya); Insomniacks dan DOLLA (Raya Raya Raya).

    Sementara itu, Universal Music Malaysia juga mengumumkan rakan kerjasama mereka dengan jenama elektronik dan telefon pintar yang terkenal dunia iaitu Samsung. Kolaborasi menakjubkan ini menjanjikan pengalaman yang memukau kepada peminat muzik dan teknologi di seluruh dunia.