Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia bersama Samsung

TN 246

Lagu raya telah menjadi satu elemen penting yang tak terpisahkan setiap kali tiba musim Syawal. Dalam seiringan dengan peredaran dan evolusi muzik masa kini, lagu-lagu raya yang dicipta kini juga memenuhi selera dan citarasa peminat muzik kontemporari pada masa sekarang.

Tidak ketinggalan, Universal Music Malaysia melancarkan empat lagu raya terbaharu yang benar-benar memukau. Antara lagu itu adalah daripada kumpulan SEARCH dengan lagu indah berjudul Sujud Aidilfitri, DeFam yang mempersembahkan Alamak Raya Lagi, sebuah lagu yang ceria, Ernie Zakri dengan lagu HAHAHAHari Raya yang mengundang gelak tawa, serta The Gadys yang membawa kita kesuasana Cuti Raya yang penuh kegembiraan.

Menariknya juga, lagu Alamak Raya Lagi dan HAHAHAHari Raya menjadi antara lagu raya 2024 yang paling tular selain muzik video mencecah jutaan tontonan di laman YouTube. Alamak Raya Lagi berjaya meraih 20 juta tontonan sepanjang sebulan ditayangkan dan HAHAHAHari Raya sebanyak 1.4 juta dalam tempoh tiga minggu.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, lagu raya ini bukan sahaja mempunyai lirik jenaka dan melodi yang memikat, malah ia menunjukkan betapa rakyat Malaysia menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan dan semangat.

“Video muzik yang kreatif dan menarik turut menyumbang kepada kejayaan lagu-lagu ini. Ia menggambarkan keunikan budaya dan tradisi kita yang dirai dengan penuh kehangatan dan keakraban. “Tidak hairanlah lagu-lagu sebegini mampu mencuri tumpuan ramai dan menjadi sebutan seluruh negara. Sememangnya satu pencapaian yang mengagumkan dan menjadikan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah dan bermakna,” katanya.

TN 687

Selain itu, Universal Music Malaysia turut melancarkan Lagu Raya Raya Raya yang juga kolaborasi bersama Samsung yang dinyanyikan oleh Insomniacks dan DOLLA.

Dalam pada itu, bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Syawal, Universal Music berbesar hati menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia 2024 Bersama Samsung yang diadakan di Hotel Le Meridien Petaling Jaya.

TN 466

Pada majlis itu, barisan artis Universal Music Malaysia tidak ketinggalan menghiburkan tetamu yang hadir dengan dendangan lagu raya popular mereka. Antara yang terbabit ialah Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu Suasana Hari Raya; Fahimi (Angau Raya); The Gadys (Cuti Raya); Search (Sujud Aidilfitri); Joe Flizzow & Gard (Berlian); Bella Astillah (Meriah Suasana Hari Raya); Ernie Zakri (HAHAHAHari Raya); Insomniacks dan DOLLA (Raya Raya Raya).

Sementara itu, Universal Music Malaysia juga mengumumkan rakan kerjasama mereka dengan jenama elektronik dan telefon pintar yang terkenal dunia iaitu Samsung. Kolaborasi menakjubkan ini menjanjikan pengalaman yang memukau kepada peminat muzik dan teknologi di seluruh dunia.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia bersama Samsung" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment