Author: Destina Asia

  • Majlis Perasmian Disambut Dengan Cemerlang, Kilang FSD Industry Sdn. Bhd.

    Majlis Perasmian Disambut Dengan Cemerlang, Kilang FSD Industry Sdn. Bhd.

    Meluaskan kehadirannya dalam industri pembuatan tempatan, FSD Industry Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan kilang ketiganya di Malaysia. Kilang baharu itu dibangunkan dengan pelaburan besar untuk mengeluarkan produk aluminium berkualiti tinggi, termasuk tombol pintu, peralatan telekomunikasi dan komponen automotif.

    Pembukaan kilang ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat, malah banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan mewujudkan sebanyak 100 peluang pekerjaan baharu. Ini membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut.

    Selaras dengan komitmen Industri FSD terhadap kelestarian alam sekitar, kilang ini akan beroperasi dalam persekitaran yang hijau dan mesra alam. Pendekatan ini termasuk penggunaan teknologi canggih yang mengurangkan pelepasan karbon dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Selain itu, Industri FSD juga menekankan kepentingan kitar semula dengan memproses aluminium terpakai sebagai sebahagian daripada operasi mereka. Ini mencerminkan dedikasi mereka terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mampan.

    Dengan penekanan kepada kemampanan dan inovasi, FSD Industry Sdn. Bhd. berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri pembuatan aluminium, menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan.

  • ‘Kali Kedua’ Saiful Jaicob Menduduki Tangga Ke-2 dalam CLAS

    ‘Kali Kedua’ Saiful Jaicob Menduduki Tangga Ke-2 dalam CLAS

    Md Noor Saifullah, yang lebih dikenali sebagai Saiful Jaicob, seorang penyanyi dan komposer dari Sabah, kini kembali ke industri muzik dengan single terbarunya yang berjudul “Kali Kedua”. Lagu ini merupakan ciptaan Saiful Jaicob sendiri, manakala liriknya ditulis oleh Kent, dan dirakamkan di Patauboys Home Studio, Sabah.

    Sebelum ini, Saiful Jaicob telah mengeluarkan beberapa single pada tahun 2014 dan memulai perjalanan dalam dunia nyanyian setelah menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 bersama beberapa komposer tempatan Sabah yang lain.

    Pada tahun 2024, Saiful Jaicob kembali dengan merakamkan lagu baru yang berjudul “Kali Kedua”. Setelah selesai, lagu ini dipersetujui untuk diedarkan secara digital oleh Luncai Emas.

    Menurut Saiful, “Lagu ini mengisahkan tentang ketegasan prinsip seorang insan yang pernah ditinggalkan dan kemudian dirujuk kembali namun menolak dengan sepenuh hati. Kisah pahit akibat ditinggalkan telah meninggalkan kesan mendalam dan hilangnya perasaan untuk membina semula cinta yang musnah. Walaupun kadang-kadang terfikir untuk memberi peluang kedua, namun biarlah ia hanya sebagai khayalan demi kelangsungan hidup daripada diberi janji yang belum pasti kesudahannya. Kesengsaraan itu biarlah cuma sekali dan tidak berulang untuk kali kedua.”

    Selain itu, single “Kali Kedua” telah berjaya menjadi pencalonan baru dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) pada 1 April 2024 dan kini sudah memasuki minggu ke-13, menduduki tangga ke-2.

    “Kent yang hantar lagu ini pergi RTM Sabah, dan masuk dalam pencalonan baru. Akhirnya RTM Sabah hubungi saya selepas lagu ini lulus untuk siaran. Mungkin rezeki saya”. – jelas Saiful Jaicob.

    “Saya amat terpegun kerana lagu ini telah menduduki tangga ke-2 dan berharap ianya boleh bertahan hingga ke minggu akhir sekaligus menjuarai dalam Carta Lagu Artis Sabah 2024”. – ujar Saiful Jaicob lagi.

    Buat masa kini, Saiful Jaicob akan meriliskan single Kali Kedua di semua saluran digital mulai 5 Julai 2024 dan official audio di Youtube. Para peminat boleh membuat undian juga untuk lagu ini di ruangan Facebook Carta Lagu Artis Sabah.

    Semoga lagu ini berjaya memikat pendengar dan berkembang di seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia.

  • TNG Digital Expands Investment Offerings with e-Mas

    TNG Digital Expands Investment Offerings with e-Mas

    TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital”), Malaysia’s largest integrated fintech player, has launched e-Mas, a gold investment product now available within TNG eWallet, offering users a secure and convenient way to diversify their investment portfolios.

    The launch event, graced by YB Tuan Gobind Singh Deo, Minister of Digital, marked a significant milestone for TNG Digital and its collaborator, CIMB Bank Berhad, highlighting the government’s commitment to fostering digital financial inclusivity and innovation.

    Alan Ni, Chief Executive Officer of TNG Digital, emphasized the importance of broadening their range of investment products within TNG eWallet, aiming to democratize access to digital financial offerings such as digital gold investment, with support from YB Tuan Gobind Singh Deo. Powered by CIMB Bank Berhad as the liquidity provider, users can invest in gold via TNG eWallet and diversify their investment portfolios starting from a low entry amount of RM10.

    Chu Kok Wei, Co-CEO of Group Wholesale Banking at CIMB Group, highlighted their dedication to pioneering a digital-centric approach to treasury products, acting as the liquidity provider for e-Mas, and leveraging their capabilities in risk management and digital treasury solutions. The collaboration with TNG Digital reflects CIMB’s commitment to delivering bespoke financial solutions and marks a transformative leap forward in the wholesale financial market.

    e-Mas complements TNG Wallet’s existing investment offerings, providing users with an accessible entry point into gold investment from as low as RM10, without hidden costs, designed to offer a superior investment experience through a seamless end-to-end digital journey where users can monitor gold prices with live updates and manage their investments directly from the eWallet.

    e-Mas represents just one of the many financial services products offered under the investment feature of TNG eWalet, aimed at empowering Malaysians to make better financial decisions. With a comprehensive suite of convenient, secure, and rewarding financial services products, TNG Digital is committed to providing users with the tools they need to manage their finances effectively.

  • ROCK NEVER DIES Semangat Rock Terus Membara dengan 20 Lagu Baharu

    ROCK NEVER DIES Semangat Rock Terus Membara dengan 20 Lagu Baharu

    Sebanyak 20 lagu baharu daripada 20 band muzik yang berpaksikan genre rock kini membuktikan semangat memperjuangkan muzik rock tersemat kukuh dalam jiwa setiap anggota band. Antara band yang terlibat termasuk MELISSABAND, ROOTS N BOOTS, LEMON T, THE ALIF FT MARIONEXXES, BAHTERA, MEDITASI, SONS OF ADAM, THE VOLTAGE, SENNA, X-TERNAL, ZUBIRA, KOROKODEL, CROSSOVER, BUMANTRA, THE FLOW, XNERGY, BURNTARA, EXIT, SPIT IT OUT TIME, dan MANUSIA.

    Menariknya, semua karya baharu ini dimuat dalam kompilasi album “ROCK NEVER DIES” yang diterbitkan oleh FGI Entertainment dan dipromosikan oleh Melissa Record. Album ini telah berada di pasaran sejak awal bulan Jun, dijual sendiri oleh setiap band yang terlibat. Sehingga kini, ia telah melebihi sasaran awal cetakan dengan hampir 800 keping CD dan pendrive terjual!

    Oleh itu, satu majlis Sidang Media untuk mengumumkan bahawa album “ROCK NEVER DIES” telah berada di tangan peminat muzik rock tempatan diadakan pada malam Ahad, 30 Jun 2024. Majlis ini ditaja oleh Restoran Asam Pedas London di Bandar Baru Selayang, yang menyediakan lokasi dan hidangan. Acara ini turut diserikan dengan kehadiran Dato Awie, vokalis band Wings, sebagai perasmi, serta wakil pemimpin DUN Taman Templer Selayang yang sentiasa menyokong perkembangan seni hiburan secara sihat di kalangan masyarakat.

    Dalam ucapan perasmiannya, Dato Awie menzahirkan rasa terharu kerana dapat hadir dan menyokong perjuangan muzik “ROCK NEVER DIES”. Beliau turut menyebut tentang penyertaan mereka yang lama dalam industri seperti Abg Lord dan lain-lain. Dato Awie bersyukur kerana kehadirannya di majlis itu membantu merealisasikan impian sahabat lamanya, Ajak Melissa, yang tetap bersemangat meneruskan perjuangan muzik Melissa Band meskipun sering dilanda pelbagai isu dan kontroversi. Sebelum mengakhiri ucapan, Dato Awie sempat menitip nasihat kepada pelapis baharu agar sentiasa fokus pada matlamat dalam bidang muzik dan “kena rajin prektis”.

    Majlis malam itu turut disertai semua anggota 20 band terlibat, termasuk dari negara jiran Singapura. Hampir 200 tetamu hadir termasuk jemputan khas dari kalangan pemain media selain pempengaruh media sosial yang sinonim dalam perjuangan muzik rock tanah air.

    Di majlis yang sama itu juga, turut diumumkan KONSERT ‘ROCK NEVERDIES’ bakal diadakan pada 10 Ogos 2024 bertempat di WARISAN HALL STUDIO. Tiket dijual pada harga RM50 setiap satu. Tempahan tiket sudah boleh dibuat menerusi band- band yang bakal beraksi di pentas konsert hari berkenaan.

  • Syazwan Shuhaimi Meraikan Kisah Cinta dalam Lagu Terbaru Cinta Ke Syurga

    Syazwan Shuhaimi Meraikan Kisah Cinta dalam Lagu Terbaru Cinta Ke Syurga

    Artis yang bernaung di bawah label hiburan terkemuka tanahair iaitu Syazwan Shuhaimi tampil dengan single terbaru beliau yang berjudul “Cinta Ke Syurga” setelah lebih daripada dua tahun.

    Lagu ini merupakan hasil karya Aiman Sidek dan merupakan sebuah lagu yang menyentuh hati yang diinspirasikan dari majlis-majlis perkahwinan. Syazwan turut berkongsi inspirasi di sebalik single terbarunya ini:

    “Inspirasi lagu ini datang bila saya menghadiri majlis perkahwinan sama ada kawan-kawan atau saudara mara. Pasti akan ada ‘wedding anthem’ yang selalu dimainkan. Jadi saya terdetik untuk melahirkan satu ‘wedding song’ yang kena dengan momen-momen hari bahagia mereka dengan menggunakan lagu saya.”

    Beliau juga menjelaskan mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini: “Saya ingin meraikan kisah-kisah cinta orang ramai melalui lagu ini. Saya pasti semua hubungan percintaan bermula dengan pelbagai rintangan sebelum sampai ke hari pernikahan mereka. Jadi pasangan-pasangan bahagia ini perlu kita raikan dan didoakan semoga hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga ke syurga.”

    Menceritakan mengenai penghasilan lagu ini, Syazwan bekerja rapat dengan Aiman Sidek yang merupakan komposer bagi lagu yang sungguh Istimewa ini. Berkongsi pengalamanketika sesi rakaman, Syazwan berkata: “Secara jujurnya, saya paling kurang bersedia untuk merakamkan lagu ini. Kerana waktu itu, saya belum pasti adakah betul keputusan saya menampilkan lagu ini sebagai lagu terbaru saya. Tambahan pula pada ketika itu, saya banyak melancong ke luar negara dan saya hanya sempat buat satu latihan sahaja sebelum masuk ke studio rakaman. Alhamdulillah, apabila sesi rakaman diadakan, semuanya dipermudahkan dan hasilnya sangat memuaskan hati.”

    Untuk makluman, lagu Cinta Ke Syurga telah dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama. Manakala, lirik video Cinta Ke Syurga dari Syazwan Shuhaimi ini akan ditayangkan secara rasminya pada 28 Jun 2024 bermula jam 9 Malam di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.