Author: Destina Asia

  • Apa sudah jadi pada Yonnyboii?

    Apa sudah jadi pada Yonnyboii?

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.

    Dalam kalangan peminat dan warganet semua tertanya-tanya apa sudah jadi. Adakah Yonny dalam keadaan okay? Ataupun tidak, Yonny yang sebelum ini aktif memuat naik hantaran gambar dan video aktiviti seni lenyap begitu saja.

    Malah, peminat juga tidak dapat lagi melihat momen Yonny bersama isteri, Nik Nazira Narriman seperti yang dikongsikan sebelum ini.

    Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga masih senyap membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

    Wakil Universal Music Malaysia Anne Mukhtar, ketika dihubungi memaklumkan Yonny mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.

    “Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,” katanya.

    Sebelum ini, Yonny berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada bersamaan hari Awal Muharram. Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu lahir secara normal di sebuah hospital di Petaling Jaya pada pukul 4 pagi.

    Kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama Guccimith, telah mencapai 200,000 tontonan di YouTube.  Lagu itu adalah hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy.

  • Hari Malaysia ke-60 Bakal Disempurnakan Dengan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERM 2023) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

    Hari Malaysia ke-60 Bakal Disempurnakan Dengan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERM 2023) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

    Malaysia merupakan salah satu negara yang menempatkan pelbagai etnik, kaum dan bangsa. Ini membuat Malaysia sebuah negara yang unik dengan kerohanian serta perpaduan yang dimiliki.

    Penubuhan Perseketuan Malaysia yang berlaku di 16 September 1963 telah memberi impak besar kepada pasca ekonomi kini yang bertema Malaysia “MADANI”.

    Sempena meraikan Hari Malaysia ke-60, Pada 16 September & 17 September 2023. Tatihseni Tari bakal mengadakan sebuah program bernama Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia.

    Program ini bertujuan menjulung nama seni negara dengan mempersembahkan pelbagai tarian eksklusif serta unik dari pelbagai etnik yang bakal datang dari setiap pelusuk negeri. Hal ini, bakal menarik minat orang luar secara tidak langsung mencapai motif edisi “Visit KL”.

    Program ini bakal dianjurkan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Malam. Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik bakal diladakan bagi memeriahkan lagi acara ini.

    Mari beramai-ramai kita memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia ke-60.

  • Amir Masdi janji persembahan ‘A Class’ pada 15 September ini di Hard Rock Café, Melaka

    Amir Masdi janji persembahan ‘A Class’ pada 15 September ini di Hard Rock Café, Melaka

    Berikutan kejayaan gemilang album solo sulungnya, Amir Masdi, penyanyi yang bergelar ‘rockstar’ kini bersedia untuk meletakkan capaian baharu dalam kerjaya kreatifnya dengan mengadakan siri jelajah album yang sangat dinantikan di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September ini.

    Bagai bulan jatuh ke riba, Amir, 27, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi menyifatkan penganjuran siri jelajah album Amir Masdi itu satu daripada impiannya.

    Menurut Amir, projek itu juga adalah bonus kepada penerbitan album terbabit yang memuatkan 12 lagu selain berharap ia dapat dilaksanakan di seluruh tanah air.

    “Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi kalau dapat buat ‘album tour’ satu Malaysia itu adalah bonus untuk projek ini.

    “Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakanya di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. Kalau tanya penyanyi lain lokasi itu sangat baik sekiranya mahu membuat persembahan.

    “Kalau ikutkan memang risikonya agak tinggi sebab ada tiket dan perlu pergi banyak lokasi. Tapi, saya tengok ramai peminat yang minta untuk buat ‘showcase’. Tapi kalau saya buat di tempat yang sama nanti orang akan bosan. Jadi, saya dengan pihak pengurusan buat ‘album tour’ supaya dapat menjual album ini ke seluruh negara,” katanya.

    Berkongsi lanjut, Amir yang juga calon Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-35 baru-baru ini bakal menyanyikan kesemua lagu daripada album itu.

    Malah, Amir yakin dengan tawaran harga tiket yang mampu milik membolehkan peminatnya hadir untuk sama-sama menikmati persembahan bertaraf ‘A Class’.

    “Ini juga adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Pada persembahan nanti, kesemua 12 lagu daripada album itu akan dinyanyikan termasuk beberapa lagu ‘cover’.

    “Tiket sudah mula dijual minggu lalu dan terhad kira-kira 1,000 orang di Hard Rock Café. Melaka. Tapi, peringkat awal tiket akan dijual sebanyak 300 dahulu. Kalau ada sambutan lagi 700 akan dibuka. Harga tiket bermula dengan RM100. Penonton akan dapat tiket fizikal dan gelang tangan. Cenderahati dan album fizikal akan dijual nanti. Mereka yang msuk dengan tiket boleh beli cenderahati itu,” katanya.

    Dalam masa sama, Amir dengan bangganya berkongsi yang album pertamanya itu sudah habis terjual dan proses cetakan kedua sedang rancak dibuat.

    “’Batch’ pertama sudah habis terjual sebanyak 300 unit pada ‘showcase’ baru-baru ini. Jadi, pada ‘album tour’ ini adalah cetakan baharu dan cenderahati yang akan dijual pada hari kejadian nanti khas untuk orang yang datang. Cenderahati ini tak sama dengan sebelum ini, ia ada kelainan sedikit.

    “Bagi cetakan kedua dalam 250 ke 300 unit. Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’,” katanya.

  • ST12 Live in Malaysia di Zepp KL pada 10 November

    ST12 Live in Malaysia di Zepp KL pada 10 November

    Kekuatan jenama ST12 tidak boleh dipertandingkan selepas dua dekad, kerana populariti kumpulan pop Melayu yang ditubuhkan di Bandung, Indonesia pada 2004, terus konsisten sepanjang zaman.

    Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap itu, semangat juang Ilham Febry atau Pepep (dram) dan Muh. Indra Gunawan atau Indra (bass) mempertahankan jenama ST12 supaya kekal sebaris band popular Indonesia lain tidak pernah sirna.

    Percaya dengan keutuhan jenama yang sudah dua dekad bertapak itu, didukung kekuatan muzik yang menjadi sandaran utama untuk terus mendekati peminat, ST12 bersedia kembali dengan semangat baharu.

    Semangat itu bakal diterjemahkan Pepep dan Indra menerusi ST12 Live InMalaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan yang akan menampilkan Firman Siagian dan juara Indonesian Idol musim kelima, Aris pada posisi vokalis.

    Bagi Pepep, ST12 tidak sekadar sebuah band, sebaliknya dia dan Indra mbertekad untuk memastikan jenama yang sudah terpahat hampir 20 tahun itu kekal relevan serta terus bertahan.

    Mengulas penampilan Aris sebagai vokalis untuk konsert tersebut, selain mengekalkan Firman yang pernah mengukuhkan nama ST12 menerusi single Kepingan Hati pada 2019, Pepep berkata, siapapun yang terpilih untuk menggalas peranan itu, posisi ST12 tetap dipertahankan.

    “ST12 bukan lagi sekadar sebuah band, sebaliknya ia sudah menjadi sebuah jenama. Justeru, sesiapapun yang menggalas peranan sebagai vokalis, jenama ST12 tetap dibawa bersama.

    “ST12 sentiasa mencuba dengan membuka kesempatan untuk berkolaborasi dengan semua penyanyi berbakat hebat. Alhamdulillah,usaha ST12 berhasil apabila kerjasama kami dengan beberapa penyanyi terdahulu meraih sukses luar biasa,” katanya.

    Sebagai contoh katanya, percubaan ST12 menampilkan Ridho menerusisingle Putih Putih Melati pada 2013 berjaya mencatat 16 platinum di Asia, disusuli kolaborasi bersama Firman menerusi Kepingan Hati yang melakar 10 platinum.

    Sehubungan itu, mereka tidak gentar mempertaruhkan Aris untuk meneruskan legasi muzik ST12 menerusi single Cukup Sampai Di Sini yang ketika ini masih lagi hangat dipromosikan di Indonesia.

    “ST12 cuba menawarkan karya terbaik kepada semua penggemar muzik di rantau ini tanpa menggantungkan seluruh kekuatan kepada penyanyi semata-mata.

    “Jenama ST12 sudah sebati dengan peminat di rantau Nusantara dan kepercayaan yang diberikan untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur menerusi ST12 Live In Malaysia memberikan kami semangat baharu untuk terus berkarya,” katanya.

    Dibawakan My Legacy Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Laskhar Entertainment, ST12 Live In Malaysia turut menampilkan penyanyi popular Malaysia, Hazama.

    Pepep berkata, pemilihan Hazama bertepatan dengan usaha mereka yangmahu menyatukan pengkarya antara dua negara serumpun, selain memperluaskan lagi pengaruh muzik ST12 dengan mendekati kelompok peminat baharu.

    Kemunculan Hazama dalam konsert tersebut katanya, secara tidak langsung menjadi pemacu dalam merancakkan siri promosi single kolaborasi mereka, Harapan Tak Kunjung Usai.

    “Kami mahu menyajikan sesuatu yang segar dan berbeza buat peminat dikedua-dua negara. Pencinta muzik baik di Malaysia, mahupun di Indonesia mempunyai cita rasa yang sama.

    “Malah, genre muzik pengkarya di kedua-dua negara juga hampir sama. Itu menjadi antara faktor utama yang mendorong ST12 untuk berkolaborasi dengan Hazama. Mudah-mudahan usaha kami diterima, apatah lagi karakter vokal Hazama begitu serasi dengan melodi lagu ini.

    “Sekiranya ingin tahu bagaimana karakter muzik ST12 apabila Bersatu dengan Hazama di pentas, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket ke konsert ini,” katanya.

    Harapan Tak Kunjung Usai dilancarkan di Indonesia pada 5 September ini, seterusnya diperkenalkan kepada peminat di negara ini pada 18 September depan.

    Sementara itu, Hazama yang berbesar hati dengan peluang diberikan menyifatkan kolaborasi bersama ST12 sebagai ruang terbaik untuk memperkenalkan bakatnya di negara jiran.

    “Siapa yang tidak kenal ST12? Saya sendiri mengagumi kekuatan muzik mereka yang berjaya menyatukan peminat di kedua-dua negara. Apabila diberi kesempatan besar seperti ini, pastinya saya menyambut dengan tangan yang terbuka.

    “Kolaborasi ini juga membuka ruang untuk saya meneroka pasaran baharudengan lebih agresif, sekaligus membantu saya memahat nama dengan lebih kukuh di Indonesia,” katanya.

    Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP) boleh diperoleh menerusi pautan: www.ticket2u.com.my/st12.

  • Menjejak Keajaiban AITEX 2023: Inspirasi Pelancongan Islam, Haji, dan Umrah!

    Menjejak Keajaiban AITEX 2023: Inspirasi Pelancongan Islam, Haji, dan Umrah!

    ASIA ISLAMIC TOURISM EXPO 2023 (AITEX 2023) – Persidangan dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam akan memeriahkan 13 hingga 15 September 2023 di Sunway Pyramid Convention Centre dan Sunway Hotel Resort, Bandar Sunway, Selangor. Ini adalah hasil daripada kerjasama strategik yang kukuh antara Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA), Global Islamic Tourism Organization (GITO), dan Santai Travel.

    AITEX 2023 adalah satu peristiwa pelancongan yang berprestij, membabitkan pemain industri pelancongan dari seluruh Asia, yang bertujuan untuk mempromosikan Pelancongan Islam serta Haji dan Umrah. Acara ini menampilkan tiga bahagian utama yang menarik iaitu

    1. PERSIDANGAN AITEX – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam yang akan berlangsung pada 13 & 14 September 2023 di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel. Persidangan AITEX selama 2 hari ini akan mengetengahkan panel-panel professional dari luar dan dalam negara yang terlibat secara langsung di dalam sektor Haji, Umrah dan Pelancongan Islam.

    Persidangan AITEX merupakan platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar dan pensyarah universiti bagi menimba ilmu dan pengalaman dari panel-panel professional seperti dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Tabung Haji, Saudi Tourism, Islamic Tourism Center dan lain-lain. Panel-panel professional ini akan membawa topik-topik yang menarik dan bermanfaat di sepanjang 2 hari persidangan berlangsung. Delegasi AITEX 2023 yang dijangka hadiri terdiri daripada agensi pelancongan dari seluruh ASIA seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, India, Bangladesh, Thailand, Cambodia, Sri Lanka, Maldives dan lain-lain.

    2. PAMERAN AITEX 2023 – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam akan berlansung pada 13 hingga 15 September 2023 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Pameran AITEX 2023 menyediakan ruang pameran dengan keluasan 7,157 meter persegi yang akan dipenuhi dengan pempamer-pempamer dari timur tengah dan Asia. Pameran AITEX 2023 menyediakan platform bagi agensi pelancongan dalam dan luar negara menjalinkan jaringan perniagaan di dalam industri Pelancongan Islam, Haji dan Umrah. Pameran AITEX 2023 ini juga dibuka kepada pengunjung bagi melihat perkhidmatan serta jualan pakej-pakej pelancongan serta umrah yang dipamerkan oleh pempamer yang mengambil bahagian.

    AITEX 2023 menyediakan ruang diskusi khas yang dilengkapi dengan kafe khas kepada pempamer dan pembeli industri (trade buyers) untuk menjalankan jaringan perniagaan masing-masing. AITEX 2023 juga menyediakan Ruang Forum bagi pempamer mengadakan persembahan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengunjung. MATA percaya dengan adanya Pameran AITEX dapat membantu agensi pelancongan menjalinkan rantaian perniagaan masing-masing. Ini secara langsung membantu Malaysia mempromosikan produk-produk pelancongan Islam yang ada di Malaysia dan perlu diketengahkan.

    3. Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023) adalah satu acara yang gilang gemilang sempena AITEX 2023 bagi mengingatikan sumbangan pemain industri yang menaikan Industri Pelancongan Islam ke taraf antarbangsa. WITA 2023 akan akan diadakan pada 15 September 2023 bertempat di Dewan Utama Sunway Resort Hotel. WITA 2023 dijangka akan dihadiri lebih dari 1000 orang dengan lebih dari 100 meja makan. WITA 2023 akan membuka pencalonan anugerah pada 1 April 2023 kepada semua pemain industri pelancongan di dalam dan luar negara yang terlibat dalam Industri Pelancongan Islam. Pencalonan Anugerah bagi pemain industri akan ditutup pada 30 Julai 2023.

    Bagi pemain industri pelancongan dan pengujung yang berminat untuk menyertai AITEX 2023, boleh melayari laman sesawang di www.mata.travel bagi mendapat maklumat lengkap mengenai AITEX 2023.