Author: Destina Asia

  • ALAMI KE ‘GALAUAN’ LUAR BIASA BERSAMA FIERSA BESARI DI ZEPP KL BERSAMA PEMINAT ‘GALAU’ PADA 12 OKTOBER 2023

    ALAMI KE ‘GALAUAN’ LUAR BIASA BERSAMA FIERSA BESARI DI ZEPP KL BERSAMA PEMINAT ‘GALAU’ PADA 12 OKTOBER 2023

    Fiersa Besari telah menegakkan namanya bukan hanya sebagai seorang musikus, tetapi juga sebagai seorang penyair. Karya-karya menawan yang dihasilkannya telah mendapat tempat istimewa di hati mereka yang mendapati inspirasi dalam kata-katanya. Kemampuannya untuk menggubah naratif-naratif yang mengasyikkan melalui puisi dan muzik telah mendapatkan pengikut yang setia dan berterusan berkembang.

    Fiersa Besari, yang dilahirkan di Bandung, Indonesia, adalah seorang seniman serba boleh yang telah menapak dalam industri seni sejak muda. Pada usia 39 tahun, beliau mewakili lebih daripada sekadar seorang pengkarya seni yang tulus dan jujur malahan menjadi perwakilan sejati generasi yang meneruskan warisan seni Indonesia.

    Menghargai perjalanan karier muziknya yang memberi inspirasi kepada ramai orang, Seraya Group berbesar hati membawakan konsert Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari Berjalan Mundur yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan.

    Kemunculan kedua Fiersa, selepas kejayaan penampilan sulungnya di pentas yang sama tahun lalu bakal membawa peminat mengembara ke sebuah persembahan yang sarat nuansa nostalgia dan apresiasi terhadap karya puitisnya.Fiersa berkata, konsert tunggalnya itu akan membawa peminat mengimbau perjalanan karier seninya sepanjang 14 tahun menerusi pilihan lagu yang membantu memperkasakan namanya dalam industri muzik Nusantara.

    “Ia termasuk lagu pilihan peminat yang jarang saya bawakan dalam persembahan pentas biasa, Curahan idea dan pembabitan semua dalam menjayakan konsert ini sangat memberi erti buat saya.

    “Secara peribadi, konsert ini sudah lama saya dan mungkin juga anda semua nanti-nantikan. Bertahap, kita jadikan konsert ini sebagai perjalanan indah kita bersama,” katanya.

    Untuk penampilan terbarunya di Zepp KL nanti, Fiersa tidak bersendirian, sebaliknya dia turut ditemani dua penyanyi muda berbakat besar yang sedang mencipta pengaruh tersendiri iaitu Feby Putri dan Aisha Retno.

    “Kemunculan dua penyanyi hebat ini membangkitkan lagi keterujaan saya untuk beraksi di pentas Zepp KL nanti. Saya sudah tidak sabar lagi untuk berkongsi pentas dengan penyanyi berkarisma seperti Feby dan Aisha.

    “Kembali ke Kuala Lumpur dan dapat berdiri di hadapan peminat adalah penghargaan terbesar buat saya. Sokongan tidak berbelah bahagi dan keterujaan peminat memberikan saya inspirasi untuk mempamerkan persembahan yang tidak mungkin dilupakan,” katanya bersemangat.

    Dengan lontaran vokal yang sarat emosi dan jiwa, Fiersa bakal mengheret emosi penonton untuk ‘galau’ bersama dengan pilihan 18 lagu popular menerusi keunikan gabungan muzik pop indie, folk dan alternatif yang membentuk identiti nyanyiannya.

    Pastinya himpunan lagu yang pernah mendaki carta popular seperti April, Waktu Yang Salah dan Celengan Rindu, Fiersa bakal melarutkan emosi peminat dengan keindahan karya yang mempertahankan namanya sebagai pemuzik.

    “Setiap lagu akan saya bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari Berjalan Mundur nanti membekas pengalaman bermakna buat peminat.

    “Janji saya akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai, namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya Putri berkata, sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan peminat Fiersa, mereka menawarkan diskaun eksklusif 30% bagi pembelian tiket menerusi www.ticket2u.com.my.

    Tiket boleh diperoleh pada harga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah – VVIP Box untuk lapan orang).

    “Peminat hanya perlu menggunakan kod promo: “FIERSALIVEINKL” ketika membuat pembelian menerusi ticket2u.com.my untuk menikmati diskaun 30% yang ditawarkan.

    “Justeru, jangan lepaskan peluang hebat ini untuk menyaksikan persembahan Fiersa bersama Aisha dan Feby pada harga berhemat. Kami percaya kolaborasi istimewa ini menawarkan kembara pengalaman muzik melangkaui sempadan yang mempesonakan dan tidak terlupakan semua peminat,” katanya.

     

     

    Layari Instagram Seraya Live (@serayalive) dan saluran media sosial rasmi Fiersa Besari untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai konsert Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari Berjalan Mundur.

  • Menggembirakan Peminat: Album Terbaru ‘SITISM DATO’ SRI SITI NURHALIZA’ Bakal Dilancarkan September Ini.

    Menggembirakan Peminat: Album Terbaru ‘SITISM DATO’ SRI SITI NURHALIZA’ Bakal Dilancarkan September Ini.

    Setelah berjaya melancarkan album Sitism yang mengandungi 8 lagu pada bulan Jun yang lalu, kini Dato’ Sri Siti Nurhaliza kembali dengan 4 karya tambahan yang eksklusif dalam edisi deluxe album tersebut. Album deluxe Sitism kini hadir dengan koleksi lengkap 12 lagu yang memukau, dan ia telah resmi dilancarkan di pelbagai platform digital bermula pada 8 September 2023.

    Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album. Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.

    Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau, apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.

    Menurut Siti, 4 buah lagu terbaharu yang dimuatkan di dalam album Sitism bukanlah lagu bonus tetapi telah menjadi antara pilihan terbaik untuk melengkapkan 12 karya walaupun berjarak 2 bulan pelancarannya.

    Ini merupakan salah satu strategi untuk memberikan peluang kepada para peminat, para pencinta muzik, stesen radio dan stesen televisyen menumpukan kepada lagu-lagu dari album Sitism yang dilancarkan pada bulan Jun dan kini beliau dapat menyambung promosi dengan edisi deluxe pula.

    Tambah Siti, album Sitism adalah diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau. Album terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal. Pra-tempah album Sitism diadakan selama seminggu bermula 18 Ogos hingga 25 Ogos 2023 lalu di platform snp.onpay.my. Album fizikal ini juga akan turut dijual dikedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.

    4 buah lagu terbaharu dalam edisi deluxe ini adalah Senyawa (Farouk Roman/Senna), Kalau Berkasih (Glowrush & Tam Cobain & Mike Chan), Nadi (Mim Hamzah & Illi Diyana), Kusedari (Dato’ Sri Siti Nurhaliza/Habsah Hassan).

    Istimewanya dalam edisi deluxe ini, Siti telah mengundang penyanyi rock legenda, Dato’ Awie untuk berduet dalam lagu bergenre tradisional moden, Kalau Berkasih. Ini merupakan penampilan pertama Dato’ Awie merakamkan lagu tradisional dan tentunya gandingan dua penyanyi ternama ini dapat mengangkat muzik tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat.

    Selain itu album Sitism memuatkan lagu Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Romansa KIta (Sharon Paul/Rozisangdewi), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

    Sitism edisi deluxe sudah boleh didengari di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula hari ini.

  • Gear Up for an Epic ICVXF Experience

    Gear Up for an Epic ICVXF Experience

    Prepare for an exhilarating event as Kuala Lumpur hosts the 3rd annual XR Asia Summit 2023. This exclusive gathering will unite the crème de la crème of the XR industry, including pioneers in Virtual Production, XR technology, and Immersive tech, as well as luminaries in VR/AR/XR. From September 26th to 29th, 2023, at the KL Convention Centre, these exceptional leaders will come together to share their firsthand experiences, offer invaluable insights, and deliver expert advice on implementing and scaling immersive XR programs in today’s ever-evolving virtual production landscape. Get ready to witness mind-blowing demonstrations and engage in mind-expanding discussions that will unveil the limitless potential of XR innovation.

    Industry giants includes Philip Gellar, president of Lux Machina Consulting. USA; the brains behind the virtual production sets for The Mandalorian Season 1 as well as feature films Black Adam and Barbie, Jason Newman- President of NEP Virtual Studios Strategy, Nils Pauwels-ICVFX specialist, Patrice Fontain-VirtuaI Production tech expert. Quentin Jorquera-Director of Photography- and Christina Caspers-VFX expert are some of the few gurus to be here during that week.

    “XR Asia Summit is here to stay,” stated Louis Clovis, Founder of XR Asia Summit. “Our event this year isn’t just about technology, it’s a transformative force that redefines the very essence of eXtended Reality, its derivatives (VR, augmented reality, mixed reality) and includes immersive workshops and a professional industry level 3-day masterclass”.

    What to expect: Two days of immersive Expo exhibiting the latest technology in XR, two days of multiple sessions industry workshops perfect for university goers and new bee to the industry, a full day knowledge-based conference with multiple platform of local and international speakers & industry leaders, to be held at Kuala Lumpur Convention Centre.

    The XR masterclass which will be built based on a fully featured movie specification set and comes sponsored with an 8meter wide XR LED by Artixium France and the Smode VFX Mediaserver System to create XR scene and VFX backdrops. Camera Tracking by Stype’s Red Spy and Lightings by Kino -Flo’s Mimik 120 designed for VP. This will specifically change and bring new heights to what “In-camera visual effects”- ICVFX is all about . To add on, Lux Machina Consulting USA, a leader in developing virtual production solutions will feature their Lux Arca, a new media server. With a focus on real-time workflows, Lux Arca is an affordable, unlocked, Unreal Engine-compatible server packed with a quad license of PIXERA and a one-year warranty. Film and broadcast professionals from all over Asia are called to come enroll as seats are limited.

    The XR Summit Conference, Workshops and Expo is a joint collaboration between Broadcast Elements Sdn. Bhd. and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) as part of the Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) which will take place from 27 September 2023 to 1 October 2023 at the Kuala Lumpur Convention Centre

    Join us at MYDCF 2023 to explore the crossroads of creativity, technology. and innovation within the digital content industry. Please visit www.mydcf.my/ for more information. Visit https://xrsummits.com/ for detailed agenda and ticketing to embark on this journey that shatters barriers and reimagines the possibilities of extended reality and virtual production.

  • PELANCARAN GLOBAL GREEN SMART PLANET & PROJEK-PROJEK MALAYSIA

    PELANCARAN GLOBAL GREEN SMART PLANET & PROJEK-PROJEK MALAYSIA

    Green Smart Planet telah secara rasminya melancarkan global platform internet ekosistem ekonomi industri pintar dan hijau pertama di dunia bersamaan dengan projek pembangunan bandar hijau & pintar komprehensif pertama di Malaysia. Pelancaran ini berlangsung di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dihormati dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu kehormat, serta YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul, Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri Malaysia yang turut hadir sebagai tetamu istimewa. Mereka berdua telah merasmikan upacara pelancaran ini dan menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Green Smart Planet dengan empat syarikat terkemuka Malaysia.

    GREEN SMART PLANET – PLATFORM EKOSISTEM INDUSTRI HIJAU & PINTAR

    Green Smart Planet adalah platform ekosistem industri hijau dan pintar pertama dan satu-satunya di dunia yang beroperasi dengan jangkauan antarabangsa, menyokong aktiviti dalam talian dan luar talian merentas sempadan. Platform ini mengintegrasikan aplikasi sembilan tingkah laku ekonomi utama yang terlibat dalam pembangunan Bandar Hijau dan Pintar, termasuk ‘Pembangunan Harta Tanah’, ‘Perancangan & Reka Bentuk’, ‘Perolehan Antarabangsa’, ‘Pembinaan & Kejuruteraan’, ‘Operasi Perkhidmatan’, ‘Peluang Pelaburan’, ‘Perkhidmatan Profesional’, ‘Keusahawanan & Inovasi’ dan ‘Kerjasama Industri & Universiti’. Green Smart Planet beroperasi melalui model platform berdasarkan keahlian, berkomitmen untuk menyediakan pengguna korporat global seperti pemaju harta tanah, organisasi perancangan bandar, agensi kerajaan, pengilang, institusi penyelidikan dan lain-lain, perkhidmatan dan aplikasi eksklusif. Platform ini membantu pengguna korporat dalam memperluas peluang pasaran antarabangsa, meningkatkan keberkesanan perpadanan perniagaan, mengurangkan kos transaksi, memendekkan kitaran tunai, dan memudahkan transaksi perniagaan merentas sempadan melalui empat nilai utama yang ditawarkan oleh Green Smart Planet.

    Green Smart Planet menganjurkan empat nilai utama kepada pengguna korporat dalam Platform.

    1. Menggunakan Renminbi (RMB) sebagai mata wang harga, transaksi, dan penyelesaian untuk urus niaga perniagaan merentas sempadan yang dijalankan di dalam Platform. Inisiatif ini mengurangkan kos penukaran  dan mengurangkan risiko ketidakstabilan kadar pertukaran matawang bagi aktiviti ekonomi pasaran global dalam pembangunan Bandar Hijau dan Pintar. Selain itu, platform bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga global untuk menawarkan penyelesaian kewangan mata wang dua hala kepada pengguna korporat untuk mengurangkan tekanan aliran tunai.
    2. Melaksanakan aplikasi Ekonomi Berkongsi dalam kesembilan tindakan ekonomi utama yang terlibat dalam pembangunan Bandar Hijau dan Pintar. Berkomitmen untuk mengurangkan kos projek secara keseluruhan dan memaksimumkan faedah ekonomi kepada kedua-dua belah pihak, melambangkan prinsip manfaat bersama di luar transaksi tradisi.
    3. Menyediakan Perkhidmatan Tambahan Eksklusif Titik Ke Titik oleh Clement & Associates. Perkhidmatan ini menghubungkan pengguna korporat kepada perunding profesional di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan mereka yang khusus, sasaran objektif atau subjek yang ditetapkan. Pencocokan perniagaan satu lawan satu ini membantu kejayaan urus niaga di kalangan pengguna korporat.
    4. Melaksanakan Kajian Keselamatan Berdiri Sendiri bagi setiap pengguna korporat, dengan laporan kajian keselamatan berdiri sendiri yang disediakan oleh firma guaman profesional dari seluruh dunia, untuk memastikan keaslian maklumat dan kandungan semua pengguna di platform, menanamkan rasa kepercayaan dan kredibiliti.

    Green Smart Planet mengadaptasi model operasi kebangsaan yang disahkan untuk menetapkan platform eksklusif bagi pihak-pihak berkepentingan dalam pengembangan Kota Hijau dan Pintar di berbagai negara, menghubungkan platform-platform eksklusif ini untuk mencapai liputan global yang komprehensif dan mengatasi masalah perhubungan industri global dan sumber daya yang terputus.

    Sebagai tambahan kepada sembilan aplikasi tindakan ekonomi utama, Green Smart Planet memperkenalkan aplikasi “Global Centre” antarabangsa, yang memastikan semua pihak berkepentingan industri turut terlibat dalam pembangunan Bandar Hijau dan Pintar – dikemas kini dengan berita industri masa nyata, maklumat pasaran dan banyak lagi. Ia menampilkan pusat pembidaan & tender antarabangsa dan platform dagangan global untuk mengendalikan perolehan antarabangsa, maklumat pembidaan kejuruteraan, dagangan barangan lebihan, dagangan peralatan terpakai, perdagangan tumbuhan hijau dan lain-lain maklumat perdagangan.

    Green Smart Planet memperkenalkan “Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa” yang mengintegrasikan penimbang tara dan peguam dari seluruh dunia. Ia menyelaraskan proses timbang tara antarabangsa yang tradisional dan kompleks, membolehkan perbicaraan rentas sempadan dalam talian, dengan jangka masa purata 7 hari bekerja untuk mencapai keputusan, dan boleh dikuatkuasakan di 157 negara anggota Konvensyen New York. Ini mempercepatkan penyelesaian sengketa perniagaan antarabangsa dan pertikaian perdagangan rentas sempadan dengan cekap.

    Green Smart Planet mengatasi masalah sensitif “keamanan data nasional” yang telah menarik perhatian global. Server pusat dan pengaturan awan tepi untuk Global Centre Date yang terletak di Multimedia Super Corridor, Malaysia. Namun, dengan server “pangkalan data bebas” disediakan di setiap negara masing-masing untuk menyimpan data pengguna korporat tempatan dengan selamat, mengurangkan risiko yang berkaitan dengan sempadan bidang kuasa.

    PROJEK PEMBANGUNAN BANDARAYA HIJAU & PINTAR KOMPREHENSIF BERTARAF DUNIA PERTAMA MALAYSIA

    Green Smart Planet telah melesenkan rakan kongsinya di Malaysia untuk membangunkan Projek Perintis Kluster Inovasi Perindustrian Hijau dan Pintar pertama di dunia. Projek ini bertujuan untuk membangunkan “Pusat Data Pengkomputeran Awan Planet Pintar Hijau Pintar”, “Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Planet Pintar Hijau”, “Pusat Pameran Pengalaman Gaya Hidup Planet Pintar Hijau”, “Pusat Runcit Isi Rumah Planet Pintar Hijau”, dan juga 32 kelompok “Pangkalan Inovasi Perindustrian Masa Depan Planet Pintar Hijau” di atas tanah seluas 407 ekar yang mendapat perintah pembangunan untuk pembangunan projek komersial dan kediaman yang terletak di Zon Ekonomi D Johor Iskandar Malaysia. Projek itu dijangka menyumbang nilai pembangunan kasar sebanyak RM 60 bilion dan bertujuan untuk menjadi bandar contoh bagi membuktikan bahawa pembangunan bandar yang menitikberatkan keprihatinan terhadap alam sekitar, inklusif dari segi sosial dan cergas dari segi ekonomi menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik sambil memelihara planet ini untuk generasi akan datang.

    PERUNTUKAN HASIL SEBAHAGIAN KEPADA ORGANISASI BUKAN UNTUNG

    Green Smart Planet juga mengumumkan bahawa sebahagian daripada hasil Green Smart Planet akan diperuntukkan untuk menyokong perbelanjaan operasi jangka panjang lima organisasi bukan untung bertaraf dunia, termasuk ‘Global Think Tank’, ‘Global Green & Smart City Institut Penyelidikan Pembangunan Industri’, ‘Yayasan Pembangunan Bandar Hijau & Pintar Global’, ‘Yayasan Keusahawanan Belia Dunia’ dan ‘Yayasan Penjagaan Kanak-Kanak Perang Dunia’.

     

  • ‘KONSERT ALBUM: BERONA DAY RIZKY FEBIAN’ yang dibawakan oleh Hitman Solutions Bakal Memukau Peminat-peminat di Malaysia

    ‘KONSERT ALBUM: BERONA DAY RIZKY FEBIAN’ yang dibawakan oleh Hitman Solutions Bakal Memukau Peminat-peminat di Malaysia

     

    Rizky Febian, penyanyi terkenal dari negara seberang Indonesia bakal mengadakan konsert di Malaysia untuk jelajah konsert album BERONA DAY. Pada 3 November 2023 ini, bertempat di Megastar Arena Kuala Lumpur, pukul 8.30 MALAM, bersedia untuk menyaksikan persembahan yang menggagumkan, An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian yang dibawakan khas oleh penganjur konsert paling sensasi masa kini, Hitman Solutions.

    “Ini merupakan konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia dan pernah juga menjadi sebahagian dari sebuah konsert antarabangsa pada Julai tahun ini,” jelas pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutina, 25 tahun.

    Sejak kecil, Rizky sudah pun didedahkan dengan industri hiburan di mana bapanya merupakan artis komedi terbesar Indonesia, kemudian pada tahun 2015, beliau tampil dengan single sulung berjudul ‘Kesempurnaan Cinta’ yang berjaya meloniakkan namanya sebagai salah satu penyanyi ‘papan atas’ Indonesia.

    Terkini, Rizky baharu sahaja melancarkan album keduanya berjudul ‘Berona’ pada 21 Julai lalu, katanya, “Album yang mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi menjadi tujuan utama mengapa konsert ini diadakan kali ini, selain mempromosikan album baharu, dapat juga menyapa peminat-peminat saya di Malaysia.

    “Team dari RFAS Music sudah pun mempersiapkan segala rangka promosi pada September ini, dan juga menjelang malam konsert nanti.

    Bertemakan cinta yang diambil dari album ‘Berona’, konsert, An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, bakal berlangsung selama hampir 2 jam dengan 15 buah lagu yang akan dipersembahkan pada malam konsert nanti di mana Rizky akan tampil dengan cara nyanyian yang sedikit berbeza dan lebih dewasa.

    Lebih istimewa, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsertnya sendiri. “Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna’ baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang yang dilatari pemuzik profesional yang diterbangkan dari Indonesia.

                                                                       En Rohit Rampal

    Menurut En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, “Rizky mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan penggemar muzik tempatan dan beliau merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya yang bermutu. Dengan itu, kami tidak teragak-agak memilih untuk membawa Rizky ke Malaysia bagi mengadakan konsert jelajahnya.

    Kami juga akan teruskan penjelajahan in ke negara singa, pada tahun 2024 sebagai penganjur untuk Berona Day Rizky Febian Singapura. Sebagai promoter konsert, kami ingin setiap konsert itu bermakna buat peminat-peminat, oleh itu, kami memberikan harga tiket yang berpatutan dan mampu beli kepada semua.”

     

    Tiket akan dijual mulai 7 September 2023, jam 12 tengah hari di www.hitmanlive.com dengan tiket kategori – Romansa (Free Standing) RM 179, Terpesona (Normal Seating) RM 199 dan Super Rizfelous (VIP Standing) berharga RM399.

    Terima kasih khas kepada Sinar FM, ERA FM, Gegar FM (rakan radio rasmi), RFAS Music (label rekod rasmi), Sunway Putra Hotel, (rakan hotel rasmi) dan Batik Air (syarikat penerbangan rasmi).

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, sila hubungi En. Keeran (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.