Tag: #TV3

  • Bersatu Dalam Muzik: Wanna Ali dan Aiman Ismail Berkongsi Tenaga Positif Melalui Karya Muzik

    This image has an empty alt attribute; its file name is Poster%20Bukan%20Sekadar%20Lafaz.jpg Dengan munculnya lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’, Wanna Ali dan Aiman Ismail menjanjikan pengalaman mendalam kepada peminat seni. Gabungan unik mereka dalam genre pop Balada menghasilkan karya yang memukau dengan lirik yang mendalam dan melodi yang memikat. Lagu ini telah tersedia di semua platform digital sejak 3 Oktober 2023, memberikan penggemar akses mudah untuk menikmati karya hebat ini. Menurut beliau, “Sekian lama tidak menghasilkan lagu, jadi saya amat teruja apabila dipanggil untuk menghasilkan runut bunyi (OST) lagu rasmi bagi drama bagi Bukan Sekadar Lafaz yang bakal disiarkan di TV3.  Lagu ini cukup bermakna kepada saya kerana ia mencerminkan diri saya sendiri dan situasi yang saya sendiri pernah alami. Pemilihan Aiman selaku rakan duet turut menyuntik keunikan tersendiri sementelah melihat hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai anak dan bapa tiri.Liriknya juga memberi makna yang sangat mendalam dan berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Wanna dan Aiman kerana membawakan lagu ini dengan penuh emosi. Penggubahan lagu ini sudah tentunya menjadi pengalaman istimewa buat saya, jadi saya harap pendengar dapat menerimanya dengan baik kerana saya sudah mencurahkan hati saya ke dalam lirik dan irama.” Sementara itu, Wanna turut berkongsikan pengalamannya. “Wanna mengambil masa lebih 2 minggu untuk menjiwai lagu ini. Memang menarik hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh ni. Bila baca liriknya bersama melodi, saya rasa saya adalah Ashikin, watak yang saya pegang dalam drama tersebut. Rakaman single ini di dalam studio bersama Aiman Ismail, Alhamdulillah mengambil masa hanya 5 jam sahaja, kerana Aiman juga memberi kerjasama yang sangat baik” jelas Wanna yang turut membintangi judul terbaharu TV3 itu. Lirik lagu ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri iaitu mengenai pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain namun berasa sangsi dengan hubungan mereka kerana kehidupan mereka yang tidak sama taraf! Gabungan suara Wanna Ali dan Aiman Ismail berjaya membawakan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini sebagai runut bunyi bagi drama bersiri Akasia yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Untuk mendengar lagu istimewa nyanyi Wanna Ali dan Aiman Ismail , jangan lupa untuk muat turun lagu ‘BUKAN SEKADAR LAFAZ”  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat terkini berkaitan lagu-lagu daripada Alternate Records, layari media sosial rasmi di YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang ARSB, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my.   Berikut adlah lirik kepada lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’.  
    (LELAKI)
    Cuba kau fikir saja dahulu
    Atas keputusanmu untuk mencintaiku
    Kernaku hanya insan biasa
    Aku takut kau menyesal nantinya

    (PEREMPUAN)
    Aku sangat tulus mencintaimu
    Aku tak peduli siapa dirimu
    Yang aku mahu hanya dirimu
    Kasih sayangku hanya untukmu

    (LELAKI)
    Aku hanya insan biasa
    Hidup kita sangat berbeza
    Kau bagaikan langit
    Ku bagaikan bumi
    Aku takut jika nanti kau tak bahagia

    (PEREMPUAN)
    Aku mahu menerimamu
    Atas segala kekuranganmu
    Tulus kesetianmu itulah bahagiaku
    Ku mencintaimu apa adanya

    (LELAKI)
    Ku takut kau kan sengsara
    Hidup denganku insan tak punya

    (PEREMPUAN)
    Ku yakin ku kan bahagia
    Hidup denganmu penuh cinta

    (LELAKI)
    Aku hanya insan biasa
    Hidup kita sangat berbeza
    Kau bagaikan langit
    Ku bagaikan bumi
    Aku takut jika nanti kau tak bahagia
    (PEREMPUAN)
    Aku mahu menerimamu
    Atas segala kekuranganmu
    Tulus kesetianmu itulah bahagiaku
    Ku mencintaimu apa adanya

    (PEREMPUAN & LELAKI)
    Cinta tak memandang rupa
    Cinta tak memandang harta
    Cinta ini tulus untukmu

    (PEREMPUAN)
    Aku mahu menerimamu
    Atas segala kekuranganmu

    (LELAKI)
    Kau bagaikan langit
    Ku bagaikan bumi
    Aku takut jika nanti kau tak bahagia
    Aku hanya insan biasa
    Hidup kita sangat berbeza

    (PEREMPUAN)
    Tulus kesetianmu itulah bahagiaku
    Ku mencintaimu apa adanya

    (LELAKI)
    Cuba kau fikir saja dahulu
    Atas keputusanmu untuk mencintaiku…..
  • VOKAL PUTERI KHAREEZA DITONJOLKAN MENERUSI SINGLE TERBARUNYA ‘HELAH’.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Poster%20Helah.jpg Single terbaru berjudul Helah dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai vokal mantap iaitu Puteri Khareeza. Bagi drama bersiri ‘Haloba’, lagu ini akan yang mewarnai slot Samarinda di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam dan di platform Tonton. Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh. Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik. Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan  tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan? Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3. Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah”  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza  menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza   Turut disertakan adalah lirik lagu  “Helah ”:  
    Verse1:
    Ku berpijak
    Dalam hidup tanpa jarak
    Antara gelap dan cahaya

    Ku dibawa
    Arus bayangan yang lama
    Luka yang dalam jadi dendam

    Pre Chorus:
    Kan ku hembuskan bisikan halus bagaikan
    Suara tangisan yang merana

    Chorus:
    Aku disentuh 
    Helah sumpahan cintamu
    Madahmu menyesatkanku
    Hingga di hujung

    Aku terjatuh
    Tersungkur jauh dalam mu 
    Terjerat jiwa belenggu
    Kisah yang lalu
    Verse2:
    Ku terlepas
    Dari jerat yang menewas
    Antara cinta dan nestapa

    Bridge:

    Menjadikan ku, 
    Diri yang baru
    Dalam waktu

    Tersudah yang lalu
    Kini hidup baru
    Tinggalkan kisah terseksa
    Kisah duka dan lara
  • CABARAN UTAMA BAGI PASANGAN DUO KEENAM ADALAH… RYAN DAN ADAM BAKERY!

    This image has an empty alt attribute; its file name is Famili%20Duo%203%20Logo.jpg Pasangan duo ke enam ni memang meletop! Mereka sememangnya dikenali sebagai penghibur serba boleh. Berlakon boleh… menyanyi… pandai masak… melawak… bersukan… pempengaruh… berlakon… menari pun boleh. Hebat bukan! Siapakah duo misteri ini?

    “Cabaran utama kami dalam Famili Duo 3 ini nanti adalah pasangan Ryan dan Adam Bakery!” Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut pasangan duo keenam yang sehingga kini menjadi rahsia!

    Tambah pasangan ini lagi, “Kami dah sedekad terlibat dalam bidang seni. Masa mula-mula dapat kritikan dari orang ramai terutamanya kritikan daripada juri, memang kami berasa sangat down (sedih). Tapi lama-kelamaan kritikan ini menjadi asam garam buat kami dan terimanya sebagai teguran positif yang dapat menyuntik semangat kami. Nak kata nervous (gementar) memang nervous bila menyertai mana-mana program realiti, walaupun dah lama dalam industri seni. Nak tak nak memang kena hadapi perasaan itu. Tapi kami anggap ia seperti satu perasaan nervous yang sangat best (seronok).”

    Ramai yang tertanya-tanya apakah keistimewaan pasangan keenam ini. Adakah petunjuk yang diberikan dapat menjawab teka-teki ini sebelum episod pertama bermula? Nantikan kemunculan pasangan duo terakhir ini pada 15 Oktober, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

    Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

    Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

    Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

    #FamiliDuo2023, #FamiliDuoTV3, #TV3, #TV3Malaysia, #OhBulan!, #XTRA, #HotFM

  • HALOBA: “HASAD DENDAM, TIDAK PERNAH PADAM”.

    Erina menghadapi banyak kesukaran untuk menerima masa lalunya, tetapi juga sukar untuk melepaskan dendam. Erina, bersama Hadi, kekasih rahsianya, bertekad untuk menghancurkan kehidupan Raif, yang sudah berumahtangga, akibat daripada kesalahan yang dia lakukan pada masa lalu. Adakah Erina akan dapat membalas dendamnya terhadap Raif?

    Terbaharu di slot Samarinda, drama berjudul Haloba akan disiarkan di kaca televisyen bermula, 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim HD secara langsung di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my. 

    Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini merupakan hasil karya Kent Tan dan Chooi Keen dan diarahkan oleh Emi Suffian. Drama bersiri Haloba yang mempunyai 15 episod ini menggandingkan barisan pelakon popular tanah air seperti Afifah Nasir, Aiman Hakim, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin dan ramai lagi.

    Haloba mengisahkan Erina (Afifah Nasir) yang pulang ke Malaysia untuk membalas dendam terhadap Raif (Aiman Hakim) dengan pertolongan Hadi (Syaffiq Sahli) dalam misinya. Sebagai permulaan misinya, Erina berjaya mendapat pekerjaan di syarikat pembangunan milikan Raif. Namun rancangannya untuk menghancurkan kehidupan Raif ini tidak semudah yang disangkakan kerana isteri pertama Raif, Aliya (Sherry Ibrahim) dan ayahnya, Dato Kamal (Hilal Azman) merupakan orang yang berkuasa di dalam syarikat tersebut.

    Misya (Shiqin Kamal), isteri kedua Raif merupakan seorang bekas pelakon filem yang popular. Misya seorang yang bijak dan ini membuatkan Erina perlu lebih berhati-hati. Erina sanggup untuk membuat apa sahaja demi dapat mencapai matlamat menghancurkan Raif dan keluarganya. 

    Menurut Afifah Nasir yang diangkat sebagai watak utama drama slot Samarinda ini, “Drama Haloba ini memang bertemakan tentang pembalasan dendam. Jadi, watak yang saya pegang kali ini, dia agak berlainan juga lah dari watak-watak yang saya pernah lakonkan dulu, sebab walaupun dalam konteks drama ini Erina mungkin bukan antagonis tapi dia punya perwatakan itu sendiri bagi dia nampak macam watak jahat la! Itu bagi saya agak istimewa kerana perwatakan begini membuatkan watak itu lebih kompleks. Jadi, saya harap kaki-kaki drama di luar sana dapat enjoy drama ini sebab jalan cerita dia memang best!”

    Nantikan lakonan hebat daripada Afifah Nasir, Aiman Hakim, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda  Moin dan ramai lagi menerusi slot Samarinda ‘Haloba’ yang telah mula bersiaran pada 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. 

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Dara Gangster Lagi Berbahaya, Bila Bertiga!!

    Dara Gangster Lagi Berbahaya, Bila Bertiga!!

    Shasha Abedul yang diiktiraf sebagai seorang yang cantik dan ayu sedang diuji dalam slot Sakura “Dara & The Gang” oleh seorang watak yang menunjukkan personaliti gelap! Penggambaran Shasha sebagai Dara pasti membuatkan penonton menangis, bersama-sama geng sekampungnya Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan), serta Chubb-E, Cat Farish, Enot, dan ramai lagi.

    Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gangs nukilan Amarilis Rahim. Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan penulisan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal ini akan menemui penonton bermula 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

    Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung! 

    Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara. 

    Menurut Shasha Abedul, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah. “Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya  boleh ke Shasha ni bawakan watak lain? Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok Shasha sebagai Dara Gangster nanti.”

    Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul dan barisan pelakon yang kini melonjak naik di pesada seni. Tandakan kalendar anda dengan slot Sakura ‘Dara & The Gang’ bermula 28 September 2023 setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. 

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.