Tag: #SpiceArenaPenang

  • “Mahardika: Spider x Ella x Masdo Mencipta Sejarah Di Malam Hari Merdeka 30 Ogos 2024 di Pulau Pinang”

    “Mahardika: Spider x Ella x Masdo Mencipta Sejarah Di Malam Hari Merdeka 30 Ogos 2024 di Pulau Pinang”

    Sambutan ambang Merdeka tidak akan sempurna tanpa keraian kemerdekaan, walaupun dalam bentuk hiburan. Hiburan yang dipersembahkan bukan sekadar hiburan kosong, tetapi penuh dengan cabaran, perjuangan, dan perjalanan pemuzik tempatan yang telah berjaya mengharumkan nama mereka di Nusantara.

    Mengambil semangat perjuangan tersebut, The Dons Group dengan penuh keterujaan mempersembahkan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara. Konsert ini, yang pertama kali dianjurkan di Pulau Pinang, akan menampilkan Mahardika bersama kumpulan legenda Spider, ratu rock negara Ella, dan kugiran kegemaran generasi masa kini, Masdo. Acara ini dijadual berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.

    Mahardika: Spider X Ella X Masdo dijangka menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan oleh The Dons Group tahun ini, serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan kehadiran peminat yang ramai.

    Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau lebih dikenali sebagai Don dari The Dons Group, menjelaskan makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi platform untuk Spider, Ella, dan Masdo berkongsi panggung.

    “Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka‘ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.

    “Kami di The Dons Group memang sengaja memilih nama Mahardika kerana ia sesuai dengan tarikh yang dipilih, iaitu 30 Ogos 2024, yang menuju kepada hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos,” ujar Don.

    Don kemudian menjelaskan bahawa Spider, Ella, dan Masdo sangat tepat untuk menjayakan Mahardika pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang kerana kredibiliti dan sumbangan mereka dalam era dan fasa muzik masing-masing.

    “Kami melihat Spider, Ella, dan Masdo sangat bersesuaian dengan tema konsert Mahardika kerana mereka telah menunjukkan perjuangan yang mengagumkan dan telah mencatatkan sejarah mereka sendiri, baik di peringkat negara mahupun di seluruh Nusantara.”

    Mengenai lokasi acara di Pulau Pinang, Don menyatakan bahawa sebagai penganjur, mereka memanfaatkan peluang tersebut termasuk pengiktirafan antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong, sama ada dari dalam atau luar negara, untuk melancong ke negeri itu.

    “Sementara itu, Mahardika akan menjadi momen yang paling dinantikan oleh Spider untuk bertemu dengan peminat mereka selepas tiga dekad tidak beraksi di Pulau Pinang. ‘Mahardika bukan sahaja akan menjadi kesempatan terbaik buat Spider malah peminat di Pulau Pinang atau Utara akan dapat bertemu dan menyaksikan persembahan kami secara langsung selepas tiga dekad tidak beraksi di sana,’ kata vokalis Spider, Tam.”

    Kugiran Masdo dan Ella juga berharap agar peminat tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Mahardika di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024, kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama Spider.

    Kepada peminat, jangan lepaskan peluang emas ini!

    Semak dan beli tiket bermula dari harga RM98 (STANDING), RM118 (SILVER ZONE), RM128 (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), hingga RM350 (VIP) boleh dilakukan menerusi WWW.TICKET2U.COM.

    “Mahardika bukan Janji Manis Masdo; mari kita hadir meLayar Impian bersama Ella. Itu baru Ngam Ho, seperti kata Spider! Sampai bertemu di Spice Arena Penang, semua!”

     

     

    INFORMASI
    ACARA: MAHARDIKA: SPIDER X ELLA X MASDO ARTIS: SPIDER, ELLA, MASDO
    LOKASI: SPICE ARENA PENANG, PULAU PINANG TARIKH: 30 OGOS 2024
    PENGANJUR: THE DONS GROUP
    TIKET:

    1. RM98 (STANDING)
    2. RM118 (SILVER ZONE)
    3. RM128 (ROCK ZONE)
    4. RM148 (PLATINUM)
    5. RM198 (GOLD)
    6. RM350 (VIP)

    PEMBELIAN: WWW.TICKET2U.COM.

  • Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ di Pulau Pinang

    Tandai tarikh pada kalendar anda! Konsert Wali di Spice Arena, Pulau Pinang pada 3 Februari 2024 adalah destinasi gaya hidup yang sempurna untuk menikmati malam dengan hiburan berkualiti. Fadhilah Intan, Saixse, dan Khai Bahar akan memberikan penampilan yang memukau.

    Bertempat di Gula Cakery, KL East Mall, sebuah sidang media khas diadakan untuk mewar-warkan konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi, menurut Dato’ Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International, “Alhamdulillah setelah beberapa siri konsert yang diadakan seperti konsert ‘Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)’ yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, pihak Orange International terus berkembang dan terpanggil untuk memajukan industri hiburan tempatan, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.

    “Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana Wali Band tidak dapat menghadirkan diri pada majlis sidang media hari ini di atas urusan kerja di Indonesia, tetapi kami tampilkan pada hari ini bintang ‘Dawai’ iaitu Fadhilah Intan sebagai salah satu artis yang bakal membuat persembahan pada malam konsert nanti.

    Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 merupakan salah satu kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu yang sering menghasilkan hit-hit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

    Konsert yang direncanakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal diserikan dengan persembahan di antara 13 sehingga 15 buah lagu, kesemuanya bergantung diatas permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang disarankan oleh kerajaan.

    Tambah Dato’ Fadzli lagi, “Kami sangat mengalu-alukan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian serba hijau pada malam konsert nanti sebagai tanda sokongan anda terhadap program Eco-Schools. 

    “Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal menghiburkan penonton semua.

    Tiket-tiket ke KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG terdapat dalam beberapa kategori seperti Rock Zone (RM88), Silver (RM99), Gold (RM129), VIP (RM159) dan VVIP (RM259) dan pembelian boleh dilakukan secara atas talian di laman web www.ticket2u.com.my/walipenang atau di talian hotline +6011-1133 7638.