Tag: #SavePalestine

  • Faizal Tahir bida barangan peribadi di Faith4Palestin untuk kumpul dana bantuan

    Faizal Tahir bida barangan peribadi di Faith4Palestin untuk kumpul dana bantuan

    Faizal Tahir melalui gerakan kemanusiaan beliau, iamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine, sebuah acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia bersama dalam isu ini.

    Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artisjemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi beliau. Faith4Palestine dijadualkan berlangsung pada 12 November 2023 di Royale Chulan, Damansara dari jam 2 petang hingga 4 petang.

    Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan – Cinta Gaza Malaysia.

    Objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana kita boleh membantu dalam tindakan secara kolektif. Acara ini bertujuan untuk menerangkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah-langkah positif dalam membantu mereka di sana.

    Tumpuan Utama:

    o Sesi Podcast: Faizal Tahir & Nadir Al-Nuri (Cinta Gaza Malaysia)

    o Lelongan Amal: Barang Peribadi Faizal Tahir

    o Persembahan Akustik: Faizal Tahir & Artis Jemputan

    Kami menjemput masyarakat awam, perniagaan, persatuan serta badan-badan kerajaan untuk mengambil bahagian bersama Faith4Palestine denagan:

    o Hadir ke acara untuk menunjukkan sokongan dan solidariti.

    o Membeli tiket di laman web acara kami, www.ticket2u.com.my atau terus ke http://t2u.asia/e/33456

    o Meneroka peluang penajaan atau menyediakan sumbangan.

    Faizal Tahir berkata, “Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan juga bidaan barangan peribadi saya. Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah.”

    “Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita meyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti.”, tambahnya lagi.

    Rakan Tempat & Rakan Radio:

    Kami mengucapkan terima kasih kepada Royale Chulan Damansara dan Media Prima Audio (Hot FM, Kool 101, Molek FM) atas sokongan mereka dalam menjadikan Faith4Palestine menjadi kenyataan.

    Mengenai Faizal Tahir:

    Faizal Tahir adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan aktivis Malaysia yang terkenal dengan usaha-usahanya dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan. Beliau menganggap muzik sebagai salah satu medium untuk menyatukan dan membawa perubahan positif.

    Sertailah Faith4Palestine kerana bersama-sama kita mampu menjadikan impak yang lebih bermakna dan meningkatkan kesedaran. Bersama, kita boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah serta membantu mereka yang memerlukan.

     

  • UMMAH MEGA HAFLAH 2023: KEMERIAHAN TERUNGGUL DI TAHUN INI !

    UMMAH MEGA HAFLAH 2023: KEMERIAHAN TERUNGGUL DI TAHUN INI !

    Pada 7 Oktober 2023, tarikh yang menggamit, Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam, menyaksikan kehebatan Festival Ummah Mega Haflah yang amat memukau. Acara ini turut dianjurkan serentak dengan perayaan 22 Rabiulawal 1445H, dan telah mencetuskan semangat dan kesyukuran dalam kalangan hadirin.

    Festival ini adalah anjuran Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat, pengasas #MyInfaqIhsan dan #SweetTalkKeSyurga. #MyInfaqIhsan menggalakkan penglibatan dalam kerja-kerja kebajikan, manakala #SweetTalkKeSyurga adalah platform dakwah yang menerapkan kebijaksanaan dalam berdakwah.

    Festival Ummah Mega Haflah ini juga menjemput Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,

    1. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022,
    2. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022,
    3. Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023),
    4. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022),
    5. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang),
    6. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017),
    7. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
    8. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
    9. Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)
    10. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

    Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai, dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.

    Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-              quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

    Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarluas pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

    Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

    Harapan, agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.

    Sekian, terima kasih.