Tag: #Muzik

  • MERINTIS ERA ROCK KAPAK: MALAM SPEKTAKULAR MUZIK ROCK MALAYSIA !

    MERINTIS ERA ROCK KAPAK: MALAM SPEKTAKULAR MUZIK ROCK MALAYSIA !


    Kemeriahan muzik rock pada dekad 1980-an menjadi titik tumpuan yang menggoncangkan industri muzik Malaysia. Ketenaran era ini tidak terhenti di sempadan negara, ia turut meresap ke negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, dan Indonesia, mencipta impak mendalam.

    Apa yang lebih menarik, demam rock itu menular begitu mendalam sehingga mewujudkan fokus dan buzz pada kumpulan-kumpulan rock Malaysia. Sambutan yang gemilang yang diperoleh di serata rantau ini adalah sesuatu yang luar biasa, dan penjualan album mencatat pencapaian cemerlang.

    Pada masa yang sama, munculnya banyak kumpulan rock baharu menghias pasaran muzik, dan syarikat rakaman berlumba untuk merakamkan album untuk kumpulan-kumpulan rock ini.

    Sejarah muzik Malaysia dicorakkan dengan ketara. Lagu-lagu ciptaan kumpulan-kumpulan rock ini mendapat tempat istimewa dalam hati peminat muzik, dan sekarang, mereka menguasai carta lagu di Malaysia dan negara-negara jiran.

    Puncak kehebatan ini dicapai pada tahun 1990, apabila acara akhir Juara Juara Lagu (Muzik Muzik TV3) dikuasai oleh kumpulan-kumpulan rock terkenal ini. Ini adalah zaman yang memukau dalam sejarah muzik Malaysia, yang mewarisi dan terus menyinari warisan rock kapak, menggemparkan seluruh rantau.

    Kini setelah hampir 40 tahun lagu-lagu dari Kumpulan-kumpulan Rock ini masih berkumandang serta diminati termasuk oleh generasi baru. Juga, ramai penyanyi-penyanyi masa kini cover lagu-lagu dari Kumpulan-kumpulan Rock 80’an 90’an ini sehingga mendapat tumpuan hebat dan ada yang menjadi viral.

    Konsert-konsert Rock juga banyak dianjurkan untuk memenuhi permintaan peminat-peminat yang dahagakan hiburan dan merindui nostalgia muzik Rock 80’an.

    Walaupun begitu tidak semua Kumpulan-kumpulan yang pernah popular satu masa dahulu diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Hanya segelintir Kumpulan-kumpulan yang merupakan nama besar dalam industri muzik berulang kali dijemput untuk mengadakan konsert.

    Oleh itu Boss Production Enterprise dan Attah Music mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konsert Rock Kapak yang menampilkan Kumpulan-kumpulan yang tidak diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Boss Production dan Attah Music sedar mungkin pulangan dari segi pendapatan tidak memberansangkan, tetapi yang lebih penting adalah memberi kegembiraan serta kepuasan kepada peminat-peminat serta Kumpulan-kumpulan yang terlibat. Kami percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

    En. Naz Hamzah CEO Boss Production Pte Ltd dari Singapura yang merupakan syarikat induk kepada Boss Production Enterprise juga menegaskan tujuan penganjuran Konsert Rock Kapak ini bukan untuk bersaing dengan produksi yang sediada.

    Ianya lebih kepada usaha untuk meluaskan peluang dan mempertingkatkan perniagaan ke aras yang lebih tinggi disamping antaranya meneruskan legasi pertandingan nyanyian Who’s The Boss yang sebelum ini diadakan di Singapura. Pertandingan nyanyian yang melibatkan peserta-peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia ini bakal dianjurkan di Malaysia.

    Walaupun target Boss Production untuk 2024 mengadakan sekurang-kurangnya 3 – 4 event yang menampilkan artis-artis luar negara dari Singapura, Indonesia, Hong Kong dll namun dalam masa yang sama bukan sekadar memilih artis-artis dan Kumpulan-kumpulan berdasarkan populariti. Boss Production tetap fokus untuk memberi peluang kepada semua.

    Junction, Desire dan Meditasi akan tampil menghiburkan peminat-peminat di dalam Konsert Rock Kapak dengan lagu-lagu hit mereka seperti Akan Ku Kenang, Monolog Untuk Rina, Bias Cinta, Dian Cinta, Bidadari, Biar Pedih Kasih Memanjang serta banyak lagi lagu-lagu lain.

    Lagu-lagu Rock keras akan turut didendangkan untuk memeriahkan suasana dan memenuhi kehendak peminat-peminat muzik sebegini.

    Sebelum persembahan Kumpulan-kumpulan Junction, Desire, Meditasi, Bloodbrothers dan Revenge akan membuka tirai Konsert Rock Kapak dengan penampilan tersendiri.

    Konsert Rock Kapak ini akan diadakan pada 07 Oktober 2023 bermula Sabtu 08.00mlm di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

    Untuk pembelian yang berharga RM85.00 tiket sila hubungi 0192333435, 0105667384, 0192407994 & 0199247924 atau secara online

    https://rockkapak.ubertickets.asia/

    Hadiah2 istimewa utk pembelian tiket :

    • 2 pakej percutian di Pulau2 Semporna, Sabah (tajaan AR Travel & Tours)
    • 2 voucher penginapan di AMES Hotel Ayer Keroh, Melaka
    • 2 unit gitar eletrik Ibanez GRX70QA (tajaan Gama Rock House JDT)
    • Kasut rare Fung Keong (tajaan Mentari Merah Entertaiment dgn signature Pengarah Filem Nasir Jani)
    • Gitar akustik, Jaket kulit, drum stick, poster, button band Rock Kapak, t’shirt serta byk lagi untuk Pakaian Rock Terbaik & Cabutan Bertuah.
    • Lain2 penaja adalah AF Services dan W3 Studio utk studio latihan

  • ALAMI KE ‘GALAUAN’ LUAR BIASA BERSAMA FIERSA BESARI DI ZEPP KL BERSAMA PEMINAT ‘GALAU’ PADA 12 OKTOBER 2023

    ALAMI KE ‘GALAUAN’ LUAR BIASA BERSAMA FIERSA BESARI DI ZEPP KL BERSAMA PEMINAT ‘GALAU’ PADA 12 OKTOBER 2023

    Fiersa Besari telah menegakkan namanya bukan hanya sebagai seorang musikus, tetapi juga sebagai seorang penyair. Karya-karya menawan yang dihasilkannya telah mendapat tempat istimewa di hati mereka yang mendapati inspirasi dalam kata-katanya. Kemampuannya untuk menggubah naratif-naratif yang mengasyikkan melalui puisi dan muzik telah mendapatkan pengikut yang setia dan berterusan berkembang.

    Fiersa Besari, yang dilahirkan di Bandung, Indonesia, adalah seorang seniman serba boleh yang telah menapak dalam industri seni sejak muda. Pada usia 39 tahun, beliau mewakili lebih daripada sekadar seorang pengkarya seni yang tulus dan jujur malahan menjadi perwakilan sejati generasi yang meneruskan warisan seni Indonesia.

    Menghargai perjalanan karier muziknya yang memberi inspirasi kepada ramai orang, Seraya Group berbesar hati membawakan konsert Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari Berjalan Mundur yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan.

    Kemunculan kedua Fiersa, selepas kejayaan penampilan sulungnya di pentas yang sama tahun lalu bakal membawa peminat mengembara ke sebuah persembahan yang sarat nuansa nostalgia dan apresiasi terhadap karya puitisnya.Fiersa berkata, konsert tunggalnya itu akan membawa peminat mengimbau perjalanan karier seninya sepanjang 14 tahun menerusi pilihan lagu yang membantu memperkasakan namanya dalam industri muzik Nusantara.

    “Ia termasuk lagu pilihan peminat yang jarang saya bawakan dalam persembahan pentas biasa, Curahan idea dan pembabitan semua dalam menjayakan konsert ini sangat memberi erti buat saya.

    “Secara peribadi, konsert ini sudah lama saya dan mungkin juga anda semua nanti-nantikan. Bertahap, kita jadikan konsert ini sebagai perjalanan indah kita bersama,” katanya.

    Untuk penampilan terbarunya di Zepp KL nanti, Fiersa tidak bersendirian, sebaliknya dia turut ditemani dua penyanyi muda berbakat besar yang sedang mencipta pengaruh tersendiri iaitu Feby Putri dan Aisha Retno.

    “Kemunculan dua penyanyi hebat ini membangkitkan lagi keterujaan saya untuk beraksi di pentas Zepp KL nanti. Saya sudah tidak sabar lagi untuk berkongsi pentas dengan penyanyi berkarisma seperti Feby dan Aisha.

    “Kembali ke Kuala Lumpur dan dapat berdiri di hadapan peminat adalah penghargaan terbesar buat saya. Sokongan tidak berbelah bahagi dan keterujaan peminat memberikan saya inspirasi untuk mempamerkan persembahan yang tidak mungkin dilupakan,” katanya bersemangat.

    Dengan lontaran vokal yang sarat emosi dan jiwa, Fiersa bakal mengheret emosi penonton untuk ‘galau’ bersama dengan pilihan 18 lagu popular menerusi keunikan gabungan muzik pop indie, folk dan alternatif yang membentuk identiti nyanyiannya.

    Pastinya himpunan lagu yang pernah mendaki carta popular seperti April, Waktu Yang Salah dan Celengan Rindu, Fiersa bakal melarutkan emosi peminat dengan keindahan karya yang mempertahankan namanya sebagai pemuzik.

    “Setiap lagu akan saya bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari Berjalan Mundur nanti membekas pengalaman bermakna buat peminat.

    “Janji saya akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai, namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya Putri berkata, sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan peminat Fiersa, mereka menawarkan diskaun eksklusif 30% bagi pembelian tiket menerusi www.ticket2u.com.my.

    Tiket boleh diperoleh pada harga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah – VVIP Box untuk lapan orang).

    “Peminat hanya perlu menggunakan kod promo: “FIERSALIVEINKL” ketika membuat pembelian menerusi ticket2u.com.my untuk menikmati diskaun 30% yang ditawarkan.

    “Justeru, jangan lepaskan peluang hebat ini untuk menyaksikan persembahan Fiersa bersama Aisha dan Feby pada harga berhemat. Kami percaya kolaborasi istimewa ini menawarkan kembara pengalaman muzik melangkaui sempadan yang mempesonakan dan tidak terlupakan semua peminat,” katanya.

     

     

    Layari Instagram Seraya Live (@serayalive) dan saluran media sosial rasmi Fiersa Besari untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai konsert Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari Berjalan Mundur.