Tag: #Melaka

  • MASJID MOTORHOME TOUR PADA 7 OKTOBER DIADAKAN OLEH ZAYAN UNTUK BERTEMU DENGAN PEMINAT.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Imej%202_ZAYAN%20Masjid%20Motorhome%20Tour.jpeg

    ‘ZAYAN Masjid Motorhome Tour’ bakal menemui peminat pada 7 Oktober ini”

    • Semua peminat ZAYAN dijemput hadir untuk memeriahkan ZAYAN Masjid Motorhome Tour yang akan diadakan pada 7 Oktober, bermula 6 pagi hingga 8 malam di lima masjid sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa satu hari perjalanan.

     

    Lokasi-lokasi ZAYAN Masjid Motorhome Tour di bawah:

     

    Masa Lokasi ‘ZAYAN Masjid Motorhome Tour’
    6 pagi Johor Bahru

    • Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar

    Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

    1 tengah hari Melaka

    • Masjid Cina Negeri Melaka (Al Muttaqin)

    Paya Rumput Krubong, 75260 Melaka

    4 petang Negeri Sembilan

    • Masjid Sri Sendayan

    Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Negeri Sembilan

    6 petang Putrajaya

    • Masjid Putra

    Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya

    8 malam Cyberjaya

    • Masjid Cyberjaya 10

    Persiaran Rimba Permai, Cyber 10, 63200 Cyberjaya, Selangor

    • ZAYAN Masjid Motorhome Tour bakal memberi pengisian dan aktiviti menarik kepada para peminat termasuk solat berjemaah di lokasi lawatan, permainan yang menghiburkan, pemberian barangan eksklusif ZAYAN serta sesi beramah mesra bersama selebriti tempatan dan personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Fynn Jamal, Mawi, Anas, Faisal Ismail (ZAYAN Pagi), Lin Ariffin (ZAYAN 10-3) serta Hadhari dan Hazwan (H&H di ZAYAN).

     

    • Sebagai tambahan, para peminat ZAYAN juga berpeluang menang hadiah wang tunai dalam peraduan-peraduan menarik seperti Tebuk Surah ZAYAN, di mana peserta perlu memberi sambungan ayat dari surah yang dibacakan, dari sekarang hingga 6 Oktober dan Siapa itu ZAYAN?, di mana peserta perlu meneka suara penyanyi mengikut sedutan lagu nasyid, bermula pada 9 hingga 20 Oktober di udara.

     

    • Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Imej%201_ZAYAN%20Masjid%20Motorhome%20Tour.jpeg

  • PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA MEMIKAT 40,000 PENGUNJUNG.

    PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA MEMIKAT 40,000 PENGUNJUNG.

    Terkini, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah mengumumkan pembukaan Program Jelajah Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2023. Acara ini berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

    Pada hari ini, Program Jelajah Jualan RAHMAH yang dilaksanakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka ini mensasarkan sekurang-kurangnya 40,000 orang pengunjung. Program impak berskala besar ini bukan sahaja mensasarkan kumpulan kategori B40, malahan semua lapisan masyarakat kerana ini adalah platform untuk rakyat Melaka dan sekitarnya mendapatkan bekalan barang-barang keperluan harian. Untuk makluman, seramai 34 pemain industri sektor peruncitan dan 9 agensi Kerajaan terlibat menjayakan Program Jelajah Jualan RAHMAH Negeri Melaka bagi tahun 2023.

     

     

    Program Jualan RAHMAH yang diadakan pada hari ini menawarkan sehingga 15 sehingga 25 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

    Antara barang keperluan yang ditawarkan pada hari ini ialah ayam bulat RM6.30 sekilogram; minyak masak botol 5 kilogram RM23.00; telur gred C RM9.00 sepapan; tepung serbaguna RM2.00 sepaket; beras super import 5 kilogram RM13.00; daging segar RM32.00 sekilogram; susu pekat RM2.00 satu tin dan banyak lagi barangan keperluan asas yang lain.

    Sehingga 29 September 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 111 lokasi di seluruh 6 parlimen dan 28 DUN di Negeri Melaka. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 82 lokasi, di luar premis sebanyak 3 lokasi dan secara bergerak sebanyak 26 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 258 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh Negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang.

    Selain Program Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH juga turut ditawarkan di sini dengan penglibatan seramai 12 peniaga dan food truck yang menawarkan pelbagai menu masakan tempatan dan barat pada harga RM5.00 dan ke bawah.

    Pada masa yang sama, 90 set Bakul RAHMAH turut diserahkan kepada kumpulan sasar pada pagi ini. Usaha ini adalah dengan kerjasama Gerakan Pengguna Negeri Melaka dan beberapa pemain industri sektor peruncitan.

    KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

  • Menjelajah Warisan Negara: Program Bermalam Di Muzium Tarik Minat Pelajar Seluruh Malaysia

    Menjelajah Warisan Negara: Program Bermalam Di Muzium Tarik Minat Pelajar Seluruh Malaysia

    Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia dan berkerjasama dengan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mencetuskan kegemparan dengan melancarkan Program Bermalam Di Muzium 2023 di Muzium Hang Tuah, Kampung Duyong, Melaka.

    Program yang bermula pada tahun 2005 di Muzium Negara ini kini telah menjadi salah satu program ‘signature’ yang terkemuka di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Pada tahun 2016, program ini dilaksanakan serentak di muzium-muzium negeri dan institusi, menarik minat pelajar-pelajar sekolah dari seluruh Malaysia dengan penyertaan yang semakin meningkat setiap tahun. Walau bagaimanapun, program ini pernah terhenti selama tiga (3) tahun akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 yang melanda negara. Kini, semangat program ini kembali menyala, mengajak semua untuk menyelami pengalaman menarik ini.

    Tahun ini menyaksikan program ini dilaksanakan semula dengan penyertaan seramai 1,551 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia melalui penglibatan 25 buah muzium-muzium yang terdiri dari muzium persekutuan, muzium negeri dan muzium institusi. Program ini menyasarkan golongan remaja secara khusus ke arah menyuburkan semangat cintakan tanah air sekaligus memupuk apresiasi yang tinggi kepada warisan sejarah, seni dan budaya negara menerusi aktiviti permuziuman.

     

    Pelbagai pengisian menarik telah diisi sepanjang program ini berlangsung. Antara kelainan yang dibawa adalah Aktiviti Ekspresi Ikat dan Celup dengan mewarnakan t-shirt putih menggunakan warna jalur gemilang iaitu kuning, merah dan biru secara serentak oleh semua peserta yang terlibat di muzium masing-masing. Penghayatan Rukun Negara juga dijadikan salah satu aktiviti wajib pada tahun ini sejajar dengan program dan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam memperkasakan pembudayaan prinsip Rukun Negara di semua peringkat.

    Program ini juga dilihat sebagai satu tapak integrasi kepada para pelajar yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, budaya, bangsa dan agama. Secara tidak langsung mampu memberi impak yang lebih besar ke arah memperkasakan generasi muda negara.

    Ketua Setiausaha Perpaduan Negara menyatakan bahawa penganjuran program ini amat bertepatan dan sesuai kepada para pelajar bagi menerapkan nilai-nilai yang baik serta pemahaman terhadap citra negara. Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa memberi sokongan jitu terhadap apa jua program yang memberi penekanan kepada penyatuan masyarakat sama ada melalui kerjasama atau sinergi bersama agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, organisasi, institusi pengajian tinggi mahupun pihak sekolah.