Tag: \#MalaysiaMenua2030

  • Malaysia Menua 2030: Keutamaan Penjagaan Berkualiti untuk Warga Emas

    Malaysia Menua 2030: Keutamaan Penjagaan Berkualiti untuk Warga Emas

    Malaysia semakin menuju ke arah menjadi sebuah negara yang menua, dengan warga emas dijangka merangkumi 15.3% daripada populasi negara menjelang tahun 2030 dan satu daripada lima warganegara diklasifikasikan sebagai warga emas menjelang 2040. Peralihan demografi ini dijangka memacu peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan memberikan tekanan yang lebih besar kepada sistem penjagaan kesihatan yang disebabkan oleh kes-kes penyakit degeneratif yang akan semakin meningkat.

    Dengan mengambil berat mengenai hal ini, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) berazam untuk meningkatkan kemampuan warga emas untuk mengakses prosedur pembedahan dan perubatan yang lazim yang sering diperlukan mereka, bagi membolehkan mereka mengekalkan tahap kesihatan yang baik, memulihkan mobiliti serta kembali berdikari. Di samping itu, SMCV juga ingin mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga dan komuniti yang memberikan penjagaan serta sokongan.

    Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV

    “Malaysia sedang beralih ke arah status negara menua dengan kadar lebih cepat daripada yang dijangkakan ramai,” kata Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV. “Di SMCV, kami melihat ini bukan sekadar sebagai satu cabaran, tetapi sebagai tanggungjawab untuk digalas. Kami kekal komited untuk memberikan solusi yang dapat memberikan jaminan kepada warga emas dan keluarga mereka.”

    Cabaran Kesihatan Untuk Malaysia Yang Menua

    Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Kecemasan di SMCV

    Bagi kebanyakan warga emas, menangguhkan rawatan perubatan selalunya bermakna penyakit mereka hanya akan dapat dikesan apabila ia telah berkembang ke peringkat yang lebih serius. Golongan ini juga kekal sebagai golongan yang mempunyai keperluan penjagaan kesihatan tidak terpenuhi yang tertinggi di Malaysia, dengan alasan paling banyak dilaporkan untuk tidak mendapatkan atau menangguhkan rawatan disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang rawatan perubatan yang ada serta kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan. Menurut Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Kecemasan di SMCV, ramai pesakit yang datang ke hospital dengan komplikasi boleh dielakkan jika mereka mendapatkan campur tangan perubatan dengan lebih awal, justeru menjadikan rawatan mereka lebih kompleks, pemulihan lebih lama, dan peluang untuk kembali berdikari jauh lebih sukar.

    Akibat diagnosis lewat amat jelas dalam isu kesihatan yang tinggi di Malaysia. Sesetengah penyakit, seperti penyakit jantung mengancam nyawa dan kekal sebagai punca utama kematian di negara kita. Penyakit-penyakit lain seperti strok mengakibatkan kehilangan upaya untuk jangka masa panjang, menyebabkan mereka yang terkesan dengan penyakit ini mempunyai had batasan yang mengubah kehidupan seharian mereka. Osteoartritis, terutamanya pada lutut, secara beransur-ansur menghakis mobiliti di kalangan warga emas, menjadikan aktiviti asas seperti berjalan atau menaiki tangga semakin sukar. Sementara itu, penyakit yang sering diendahkan seperti batu karang atau hernia, boleh berkembang secara senyap dan kemudian bertukar menjadi kecemasan dan menyebabkan risiko lebih besar ketika usia tua. Bersama-sama, penyakit ini bukan sahaja boleh memendekkan hayat tetapi juga boleh mengakibatkan warga emas hilang keupayaan diri.

    Membantu Warga Emas Melalui Program Golden Hands for Golden Care

    Menyedari cabaran-cabaran ini, dari 10 September hingga 10 November 2025, SMCV akan memperkenalkan tawaran keemasan terhad bagi prosedur pembedahan dan perubatan yang lazim untuk memudahkan warga emas mendapat rawatan pembedahan yang tepat pada masanya bagi warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas yang membayar sendiri, dengan memberi tumpuan kepada prosedur-prosedur berkaitan penyakit yang disebabkan usia serta membantu memulihkan kesihatan, mobiliti dan kemampuan warga emas untuk kembali berdikari.

    “Pembedahan yang dilakukan tepat pada masanya amat membantu untuk memulihkan pesakit yang berusia,” kongsi Dr Wee. “Apabila doktor memberikan rawatan dengan cepat dan sebelum penyakit bertukar menjadi lebih serius, peluang pemulihan adalah lebih tinggi dan lebih cepat, serta pesakit akan lebih berkemungkinan tinggi untuk mengekalkan keupayaan diri mereka.”

    Faedah rawatan yang dilakukan tepat pada masanya bukan sahaja memberi kesan positif kepada pesakit sahaja. Apabila warga emas memperoleh semula keupayaan mereka, keseluruhan keluarga akan mengalami ketenangan fikiran yang lebih baik, cucu-cicit dapat menikmati lebih banyak masa yang berkualiti dengan atuk nenek tersayang, dan komuniti sekeliling akan kekal muhibah melalui sumbangan berterusan warga tua yang aktif dan terlibat secara sosial. Di luar campur tangan pembedahan, SMCV juga memberi penekanan kepada pemulihan selepas strok dengan menawarkan rawatan perubatan untuk memberi sokongan kepada pesakit strok untuk mendapatkan semula keupayaan motor, pertuturan dan kognitif mereka.

    “Di SMCV, penjagaan bukan sahaja mengenai merawat penyakit. Ia mengenai memulihkan semula keupayaan dan keyakinan warga emas agar mereka dapat mengambil bahagian sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka bersama keluarga dan masyarakat,” tambah Susan. “Dengan menambah baik akses kepada rawatan pembedahan yang penting, kami ingin memastikan warga emas yang memerlukan pembedahan atau prosedur berkaitan usia yang lain boleh mendapatkannya tanpa perlu bertangguh.”

    Melalui program ini, SMCV berharap untuk menjadikan rawatan perubatan berkualiti lebih mudah diakses dan bermakna untuk warga emas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila layari laman sesawang Golden Hands for Golden Care. Pesakit yang berminat dialu-alukan untuk hadir ke SMCV untuk berunding dengan pakar bedah yang mengambil bahagian di dalam program ini, di mana kelayakan pesakit akan dinasihatkan oleh pakar bedah tersebut.

    Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my