Tag: #KualaLumpur

  • Mini EsportsCon 2024: Memeriahkan Industri Esukan Malaysia yang Dinamik di Parlimen

    Mini EsportsCon 2024: Memeriahkan Industri Esukan Malaysia yang Dinamik di Parlimen

    Kuala Lumpur — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah mengadakan Mini EsportsCon buat kali pertama pada 4 Julai 2024. Acara ini berlangsung di bangunan utama Parlimen Malaysia dan menghimpunkan penerbit permainan terkemuka tempatan dan antarabangsa.

    Acara ini diadakan untuk meraikan industri esukan yang berkembang pesat di Malaysia, serta menyediakan platform untuk interaksi antara pemain industri sukan elektronik dan warga Parlimen, terutamanya Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang merupakan penggubal undang-undang negara.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang hadir dan warga Parlimen yang menyokong acara Mini EsportsCon di Parlimen. Acara ini merupakan langkah penting dalam mengiktiraf esukan sebagai industri yang dinamik dan berpengaruh. Kami berharap inisiatif ini diterima dengan baik dan dapat memberikan pandangan lebih jelas kepada pembuat dasar mengenai perkembangan esukan,” kata Yang Berhormat Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, semasa sesi walkabout ke Mini EsportsCon di Dewan Bankuet, Bangunan Utama Parlimen.

    Acara ini juga dijayakan dengan kerjasama Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Moonton, Tencent, Raceroom Asia, Gamesbond, Ammobox Studios, Kaigan Games, dan Todak Studios.

    Antara aktiviti yang berlangsung termasuk sesi penerangan tentang sukan elektronik dan demonstrasi permainan yang memberi pengalaman langsung dengan pelbagai judul permainan. Acara ini juga menampilkan pembentangan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG), yang dirancang untuk menyokong pelaksanaan strategi di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik Kebangsaan 2020-2025. MESF juga memperkenalkan Esports MedicA, inisiatif yang memberikan pendidikan dan khidmat nasihat kesihatan kepada para pemain dalam industri ini.

  • SWEET CHARITY KEMBALI KE KUALA LUMPUR SELEPAS 13 TAHUN UNTUK KONSERT SEMALAM DI MALAYA LIMA DEKAD SWEET CHARITY KUALA LUMPUR

    SWEET CHARITY KEMBALI KE KUALA LUMPUR SELEPAS 13 TAHUN UNTUK KONSERT SEMALAM DI MALAYA LIMA DEKAD SWEET CHARITY KUALA LUMPUR

     4 Disember 2023 – Band Lagenda, Sweet Charity akan datang lagi ke Kuala Lumpur setelah lima dekad pembabitannya dalam dunia muzik rantau ini. Band Lagenda mengimbau nostalgia lama selepas terakhir kalinya muncul dalam sebuah konsert 13 tahun lalu. Akhirnya, mereka mengadakan konsert Sweet Charity lagi bagi peminat-peminat yang telah  menunggu lama dan menantikan konsert mereka.

     

     Dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association, Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari depan. 

     

    Iaitu, di tahun ke-55 penubuhan Sweet Charity yang diterajui Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis yang juga pengasasnya bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua). 

     

    Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

     

     “Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena. Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa. 

     

    “Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah. 

     

    “Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini. 

     Biar pun tidak kembali ke stadium, menurut Ramli, Zepp Kuala Lumpur dengan kapasiti 2,500 orang itu berupaya memenuhi jangkaan persembahan kerana lokasi itu ada formula untuk mendukung sesebuah konsert, daripada suasana ke akustiknya, malah chemistry.

     

     Beliau malahan tidak mengenepikan kemungkinan untuk konsert yang mengenakan bayaran tiket pada kadar serendah RM180 itu berlanjutan dua hari.

     

     “Penganjur ini, saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni. Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.

     

     “Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya. Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.

     

     Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity merupakan sebuah produksi Rasa Karya, bersama Mewah Event Management sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan tiket.

     

     Kuala Lumpur, kata Ramli, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan Sweet Charity yang sebelum ini, tampil dengan dua konsert berskala besar, masing-masing di Johor Bahru dan Singapura, tahun ini.

     “Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini. “Persembahan di Kuala Lumpur akan lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.

     

     “Gaya persembahan, tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri. Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini. 

     

    “Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada. Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock, memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.”

     

     Bagi apa jua yang dirancang, kata Ramli lagi, apa yang diharapkan tentulah kesihatan yang baik buat semua anggota Sweet Charity walaupun pada sebahagian masa, mereka perlu akur dengan cabaran dalam perjalanan.

     

     “Mudah-mudahan kami sihat, dapat berikan yang terbaik untuk peminat, juga industri. Lima dekad perjalanan Sweet Charity moga jadi penggalak buat band tanahair, terutamanya Page 3 of 4 pelapis. Kami cuba menghargai apa yang dikurniakan, apa yang dianugerahkan untuk dikongsi.

     

     “Bukan saja dalam muzik atau persembahan, tapi juga perjuangan untuk dikongsi sama. Jika boleh jangan ada banyak pertelingkahan antara satu sama lain, mesti bersatu, tapi kalau terjadi juga kadang hal sebegini mengajar kita. Itu yang membuatkan kita terus ada,” katanya. 

     

    Tiket berharga RM180 (Batu – Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah – Normal Seat), RM388 (Zakiah – Premium Seat) dan bermula RM15,000 bagi VIP Box boleh didapatkan dengan melayari www.ilassotickets.com.my atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.

     

     MENGENAI MALAYSIA SHIPOWNERS’ ASSCOCIATION (MASA) Malaysia Shipowners’ Association atau MASA ditubuhkan pada 1976 dengan objektif untuk melindungi dan mempromosi kepentingan pemilik-pemilik kapal Malaysia, juga sebagai peneraju dalam memperkasa Industri Perkapalan Malaysia yang berdaya maju bagi menyokong aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara maritim utama di persada dunia. 

     

    Dengan moto “Towards Maritime Excellence”, misi MASA adalah untuk membantu dalam pembangunan Industri Maritim Malaysia, selain berkolaborasi dalam usaha pembaikan standard maritim secara berterusan demi faedah bersama selain melindungi dan mempromosi kepentingan ahli. 

     

    MASA yang mewakili industri perkapalan mengekalkan hubungan akrab dengan agensi kerajaan yang berkenaan seperti Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Selain itu, MASA turut menjadi Ahli tetap dalam beberapa badan Kerajaan antaranya Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (LPPDN), Lembaga Dius Api, Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) serta wakil industri beberapa Lembaga Pemaliman. 

     

    Di bawah kepimpinan Pengerusi, Mohamed Safwan Othman, MASA menerusi Inisiatif Strategik menyaksikan pelbagai usaha sedang dilakukan, antaranya pengukuhan Perkapalan Domestik di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui polisi perkapalan domestiknya, pemanjangan pengecualian cukai pendapatan dan lain-lain. 

     

    Untuk Pengurusan, sila hubungi: Presenter: Mohd Helmi Zaharudin, Pengurus Besar, MASA – 014 3309857 Konsert: Juria Banding, Pengurus, Rasa Karya Sdn Bhd – 013 2633938 Media: Aida Husin, Pengurus, Mewah Event Management – 012 2166873

     

  • Konsert Ungu Live In Kuala Lumpur pada 25 Februari 2024 Nantikan Kehangatan 30 Hits Terunggul

    Konsert Ungu Live In Kuala Lumpur pada 25 Februari 2024 Nantikan Kehangatan 30 Hits Terunggul

    Lagu-lagu hits Ungu iaitu Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu sangat popular ini bukan di Indonesia sahaja tetapi di negara jirannya juga. Malaysia tak akan pernah dilupakan  walaupun sudah lebih 10 tahun Ungu tidak ke Malaysia masih lagi  diingati.

     

    Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.

     

    Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.

     

    Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.

     

    Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.

     

    “Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.

    “Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.

     

    “Kerana apa? Kerana selain kami yakin banyak peminat yang sudah merindui Ungu dan mahu menonton persembahan secara langsung dalam sebuah konsert, ia juga adalah kerana mereka memiliki segudang hit yang akan membuat Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless istimewa.

     

    “Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini.

     

    Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu.

     

    Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless. “Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua Kami.

    “Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah. “Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.

     

    Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak. Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).

     

    Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.

     

    Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.

     

    Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit. Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.

     

    Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa Semua!

    JANGAN LUPA TIKET MULAI DI JUAL PADA (JUMAAT 1hb Disember , pukul 11.00 pagi) di www.ticket2u.com.my

    INFORMASI

    ACARA: Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless

    TARIKH: 25 FEBRUARI 2024

    LOKASI: MEGASTAR ARENA, KL

    PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT SDN BHD

    PENAJA UTAMA: AKE GROUP

    DENGAN KERJASAMA (PENGLIBATAN SENI): AKE SENI

    HARGA TIKET:

    RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING)

    RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1)

    RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2)

    PEMBELIAN DI LAMAN SESAWANG: WWW.TICKET2U.COM.MY

    PEMBELIAN DI TALIAN HOTLINE: 012 6530 700 (WHATSAPP)

     

  • JOIN INFINIX AT MALAYSIA ALL STAR ESPORTS TOURNAMENT 2023 SO GET READY FOR THE EPIC SHOWDOWN!

    KUALA LUMPUR, 21 NOVEMBER 2023 – Infinix Malaysia, a leading mobile smartphone brand that has been propelling the gaming community. They are thrilled to announce its sponsorship of the Malaysia All Star Esports Tournament 2023. This tournament, organized by Mega Raya Sdn. Bhd. They are set to take place on the 25th and 26th November 2023 at Melawati Mall Kuala Lumpur. Join us for more fun at the tournament 2023.

     

    The Malaysia All Star Esports Tournament is a celebration of the gaming culture, providing gamers and fans the opportunity to explore a multitude of vendor booths, partake in free-play gaming sessions, and immerse in the captivating world of gaming. With a plethora of activities and surprises in store, it caters to both gamers and spectators alike, aiming to empower and inspire Malaysia esports community. The championship assembles elite gaming teams by offering a dynamic platform for these teams to showcase their exceptional skills and strategic teamwork, catapulting their esports journey to the next level.

     

    As the driving force behind the Malaysia All Star Esports Tournament, we at Mega Raya are thrilled to welcome Infinix Malaysia as a key sponsor for this grand celebration of gaming culture. This tournament is not just about competition; it's a platform that unites gamers, fans, and enthusiasts, providing an immersive experience that goes beyond the games themselves. Infinix ;s commitment to actively support and engage with the gaming community aligns seamlessly with our vision to empower and inspire Malaysias esports community. Together, we aim to elevate the esports landscape, fostering a community where passion, skill, and camaraderie thrive, said Faridz Fadzil, Managing Director of Mega Raya Sdn. Bhd.

     

    Infinix will be showcasing its latest product offerings in an enticing booth, providing XFans with the opportunity to participate in engaging activities and a chance to win exclusive merchandise. With that, this collaboration underscores Infinix Malaysia's dedication to actively support and engage with the gaming community as well as to cherished XFans.

     

    Infinix Malaysia is thrilled to be a part of the Malaysia All Star Esports Tournament 2023. By supporting local tournaments, we believe to empower mobile gamers and provide them a platform to establish themself in the gaming arena. We look forward to connecting with the gaming community and supporting the growth of esports in Malaysia," said Carmen Yong, Marketing and GTM Director of Infinix Malaysia.

     

    The tournament features three blockbuster games including Mobile Legends Bang Bang, EAFC 24, and Tekken 7, catering to a diverse audience of gaming enthusiasts. Each game will take centre stage, providing players with a dedicated platform to showcase their skills and compete at the highest level. Here are the prize pools for each game: 

    • Mobile Legends Bang Bang : RM14,500 PRIZE POOL
    • Tekken 7 : RM5,500 PRIZE POOL
    • EAFC 24 : RM5,500 PRIZE POOL

    Infinix Malaysia invites the gaming community and all XFans in Malaysia to experience the spectacular gaming skills showcased by the regions pro teams at the Malaysia All Star Esports Tournament 2023, which will be held at Melawati Mall, Kuala Lumpur.

    For the latest updates on upcoming events, Infinix Malaysia’s Official Facebook, Instagram, TikTok and check out Infinix Malaysia’s Official website for the latest product details.

  • Konsert Isaac Gracie di Kuala Lumpur: Destinasi Terbaru Jelajah Asia

    Konsert Isaac Gracie di Kuala Lumpur: Destinasi Terbaru Jelajah Asia

    Isaac Gracie, penyanyi dan penulis lagu terkenal dari UK, akan menggegar pentas muzik Asia dengan jelajah konsertnya yang dij. Pengumuman “Isaac Gracie Asia Tour 2023” telah menimbulkan keghairan, dan peminat muzik perlu mengikuti perkembangan terkini.

    “Isaac Gracie Asia Tour 2023” akan bermula pada 24 November 2023 di Jakarta, Indonesia. Beliau akan terus menawan peminatnya pada 25 November 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia di The Bee @ Publika.

    Selepas itu beliau akan memulakan perjalanannya ke China, di mana beliau akan beraksi di beberapa kota dari 27 November hingga 3 Disember 2023. 

    Mengenali daya tarikan Isaac Gracie bukan lagi satu rahsia, dengan gaya muziknya yang mengasyikkan dan penceritaan emosional yang mendalam. Konsert ini dijangka akan menyajikan pengalaman luar biasa buat peminat-peminat muzik di seluruh Malaysia dan benua Asia.

    2023 menyaksikan kembalinya Isaac Gracie dengan single terbarunya, ‘Something Inside Me’ selepas ‘The Man Who Flew Into Space’. Sejak EP ‘close up – looking down’ yang mendapat pujian kritis pada 2018, single baru ini mempamerkan gabungan istimewa diantara lirik mendalam dengan melodi penuh perasaan yang membawa pendengar ke dalam alam muziknya yang introspektif dan evokatif. 

    Gabungan uniknya antara unsur folk, rock, dan indie terus memukau pendengar, menjadikan “Isaac Gracie Asia Tour 2023” sebagai peluang istimewa bagi peminat untuk terbenam dalam pengalaman muzik live yang tak terlupakan.

    Tiket untuk Isaac Gracie Asia Tour 2023 – Kuala Lumpur boleh didapati di www.myticket.asia bermula 25 Oktober 2023. Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket mereka awal supaya tidak lepas peluang untuk menyaksikan Isaac Gracie secara live.

    Isaac Gracie Asia Tour 2023 – Kuala Lumpur dianjurkan oleh Primuse dengan kerjasama dari Shiraz Projects.

    Untuk maklumat lanjut, sila lawati saluran media sosial rasmi Isaac Gracie.

    Kenali Isaac Gracie

    Isaac Gracie adalah penyanyi dan penulis lagu dari UK yang terkenal dengan penceritaan emosionalnya dan gaya muzik yang memukau. Dengan single terbarunya, ‘The Man Who Flew Into Space,’ dan “Isaac Gracie Asia Tour 2023” yang akan datang, beliau terus memukau penonton dengan persembahan penuh emosi dan lirik yang mendalam, meneguhkan tempatnya sebagai bakat yang berkaliber dalam landskap muzik kontemporari.

    Tentang PRIMUSE

    PRIMUSE memberikan akses unik kepada pelbagai kandungan seni, budaya, dan sukan dengan bantuan teknologi baru memanfaatkan hubungan antara penyedia kandungan dan pengguna di seluruh dunia.

    Melalui model perniagaan bersepadu secara vertikal, selain daripada promosi acara, Primuse merancang untuk beroperasi di hampir semua peringkat hiburan secara langsung, termasuk pemilikan dan pengurusan tempat; penjualan tiket; pemasaran; F&B; barangan dagangan; penstriman; dan sponsor korporat. Akibatnya, kami akan menghasilkan pendapatan daripada pelbagai aktiviti berkaitan dengan operasi. 

    Kedudukan terkemuka dan pengalaman panjang pasukan kami dalam industri hiburan, memberi Primuse kepercayaan terbukti dari penyedia kandungan terbesar di dunia. Mendapatkan akses langsung dan istimewa kepada kandungan terbaik dunia untuk acara seni, sukan & budaya, yang memperkuat hubungan Primuse dengan penaja korporat dan membangkitkan minat orang ramai.

    Isaac Gracie Asia Tour 2023 – Kuala Lumpur

    Tarikh : 25 November 2023

    Masa : 8pm

    Lokasi : The Bee @ Publika, Kuala Lumpur

    Harga Tiket : RM 388 (VIP)

    RM 188 (GA)

    Tiket : www.myticket.asia

    Tiket Hotline : 03 8605 0196

    Info Hotline : 012 2560082

    Laman Web : www.isaacgraciemusic.com

      www.primuse.live 

      www.shirazprojects.com